66 : Dua Personaliti

117K 2.1K 137
                                    

"Janganlah pandang I macam I ni hantu ke, penjenayah ke. I datang sebagai kawan you, Qasha. Tak salah, kan?" Ed menarik senyum kecil. Dia kelihatan segak berbaju Melayu hitam dan berseluar jeans.

"Tak, tak salah. I cuma terkejut. Kalau papa tahu you ialah Edri—"

"Dia tak tahu. I cakap nama I Shah tadi, jadi you kena panggil I dengan nama Shah lah macam tu." Ed tersengih. Hatiku yang tadi rasa tak keruan, risau dengan kemunculan tiba-tibanya, kini rasa sedikit lega apabila tak terasa dia ke sini untuk mencipta drama atau mengapa-apakan aku.

"Shah, it feels so weird." Gumamku, lalu Ed ketawa kecil. Untuk beberapa saat, kami seperti kembali pada malam pertama aku mengenalinya. Perlahan-lahan, dia menapak dan duduk di gazebo. Dia menepuk lantai gazebo itu, mengajakku duduk sama. Lambat-lambat, aku akur dan menurutinya.

"Takziah, Qasha. I terkejut dapat tahu tentang your mom. Ajal maut ni, kita tak boleh nak duga. I doakan agar you sentiasa tabah, I know you are." Suara Ed perlahan menyampaikan salam takziahnya.

"Thank you. I sendiri pun masih terkejut, tapi I redha. I anggap ni semua satu wake up call untuk I." Aku mengeluh, cuba menahan hiba. Habit mungkin, Ed meraih tanganku dan menggenggamnya. "Yes, I can see that. Uqasha yang I nampak malam ni, berbeza dengan Uqasha yang I kenal dulu."

Aku tertawa kecil. "Why? Sebab I pakai tudung?"

Ed melepaskan tanganku dan memandang ke depan. "Pakai tudung tu luaran je, Qasha, tak membuktikan apa-apa. Tapi, sikap you, that goes a long way." Kemudian, dia menoleh ke arahku. "Adam did a great job, I have to give him credit on that."

Aku mengangguk perlahan. "Ya, dia banyak bersabar dengan I. He makes me wanna be good, you know, just so I'd feel that I actually deserve someone like him."

Ed terus menundukkan wajahnya, dan aku rasa bersalah pula bercakap tentang perkara yang melibatkan hati begini. "Sorry, I tak bermaksud-"

"No, it's okay, I faham. Truth is, I dah boleh terima sikit kekalahan I dalam menakluki hati you—" Ed berhenti untuk tergelak sekejap, "—the best man wins right, so I akan cuba terima hakikat ni slowly. Mungkin I masih belum dapat nak ucap tahniah lagi, but the next time we meet, I'm sure I could by then."

Mata kami berpandangan, tiada bicara terucap. Hanya senyuman kecil yang terukir di bibir menjadi tanda terbangnya bibit-bibit duka antara aku dan Ed. Sebelum keadaan menjadi kekok, aku larikan pandanganku. Ed juga berdehem-dehem, mungkin cuba mengurangkan tekanan udara yang dirasa tiba-tiba.

"So, cakap pasal Adam, mana dia? I tak nampak pun dia dari tadi. Kereta dia pun I tak perasan." Soal Ed sambil memandang-mandang sekeliling, seolah mencari kelibat Adam.

"Dia tak ada, outstation. Ada hal kerja di Singapura. Esok dia balik KL." Aku menjawab tenang, teringatkan mesej Adam petang tadi. Ed mengangguk-angguk, faham. 10 minit berikutnya, kami berbual kosong sebelum akhirnya Ed meminta diri untuk pulang. Aku hampir tersasul memanggil namanya sewaktu membawa Ed bersalaman dengan papa.

Selepas mengemas malam itu, aku yang kepenatan tidur dengan tokmak. Malam ini, Sarah turut serta di katil king itu. Seperti rutin sewaktu kami kecil, tokmak berkongsi cerita sebelum tidur.

Sebelum masuk ke bilik tokmak tadi, aku sempat bergayut di telefon dengan Adam. Dia berjanji akan pulang esok selepas menyelesaikan reportnya. Sempat aku ceritakan padanya, aku muntah sebaik merasa gabungan telur masin bersama masak lemak, dan Adam tergelak. Sepatutnya aku kecil hati dia menggelakkan aku, tapi entah kenapa mendengar tawanya di telefon malam itu, aku jadi terangsang pula.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now