16 : Balas Dendam

153K 2.1K 87
                                    

note: this is maria from august 2020, just want to point out that this story was originally written back in 2015, and i am just republishing this gradually now, one chapter every day, so hold your horses and be patient, also i will not be trying to edit anything bcs i appreciate how raw this ugly writing had been, it showcased how much i had grown throughout the years, therefore pls just excuse all the typos, incorrect punctuation, wrong spelling and all, uqasha was only my first attempt in writing malay novels, thank you

◈◈◈

Pagi tadi dia tidak mengejutkanku bangun untuk Subuh bersama seperti semalam. Apabila aku turun ke bawah, rumah ternyata sunyi. Prius Adam tidak kelihatan di depan. Tapi ada sarapan di bawah tudung saji; pancake coklat cip kegemaranku. Mana dia tahu?

Aku makan 3 keping bersama sirap strawberry. Kemudian, aku mandi dan sambung membaca novel semalam di ruang tamu. Lebih kurang pukul 3, Adam pulang. Dia terus masuk dengan 1 beg kertas, langsung tak menegurku.

Jujur, aku sedikit kecil hati.

Parti Janna bermula jam 8 malam. Adam sudah pun bersiap ketika aku baru hendak mandi. Ketika berselisih di tangga, barulah dia menegurku. "Awak nak pergi parti Janna sama-sama tak?" Kukerutkan keningku.

"Now I remember. Ground rule number 3; no carpool to anywhere involving campus event or people." Baru aku hendak berpaling, Adam menahanku. Dia mengucup dahiku dan berkata, "Saya pergi dulu. Hati-hati bawa kereta nanti." Dan seraya itu, dia pun berpaling.

Lebih kurang jam 9, baru aku tiba di rumah Janna. Janna merupakan anak Dato', jadi tak hairanlah rumahnya besar dan suasana partinya meriah.

"Qasha?! Qasha, kan?" Satu suara menegurku. Apabila aku menoleh, satu wajah yang aku ingat-ingat lupa menantiku dengan satu senyuman. Di tangannya ada segelas air berwarna oren.

"Erin, kan?" Tekaku. Senyumannya melebar apabila aku mengecamnya dan dia terus memelukku. Wow, she's friendly tonight.

"Apa you buat kat sini? You memang dijemput ke parti ni??" Erin bertanya, lantas meneguk air di tangannya sambil menunggu jawapanku.

"Ya, Janna kawan sekelas I kat kampus. Dia yang jemput I datang. You pula?" Hatiku sedikit lega kerana ada wajah yang dikenali. Adam dan Janna masih tak nampak bayang.

"Oh, I datang dengan John. Tak tahu siapa jemput dia datang sini. I follow je. My guess asalnya dia just crash the party." Erin tergelak. "Tapi lepas tu, bila tengok ni parti siapa, laa rupanya ni parti-"

"Hai, Qasha!" John muncul tiba-tiba dan memeluk Erin di pinggang. Mesranya mereka? Bukankah John beritahu hari itu yang mereka sudah berpisah?

"Hai, John. Tak sangka dunia ni kecil sangat, boleh jumpa kau dengan Erin kat sini." Mungkin kerana habit, aku tercium pipi John seperti selalu. Mujur Erin sudah sedia maklum dan tak menjadikan ia isu.

"Haa, nak tahu kecil ke besar, aku nampak Adam tadi. Tak tahu apa kaitan dia dengan Janna, tuan parti ni. Tapi, mesra semacam je. Siap peluk-peluk tadi aku nampak. Alahai, gayboy alim dah tukar jadi playboy sangap lah weh!" John tak teragak-agak mengutuk Adam.

Mereka berpelukan??

"Baguslah, lepas ni boleh I try dia. Lepas dapat nombor dia hari tu, ada juga I try mesej, call, tapi sikit pun dia tak layan. Tapi sekarang dah nampak lain je. Ada harapanlah macam ni." Erin pula menambah sambil mengangkat sebelah kening.

"Eh, hari tu kau nak contact Adam kan? Sorry aku betul-betul lupa nak minta daripada Erin. Tapi dah Adam ada kat sini, kau pergilah tegur dia, tengok dia cam ke tak perempuan yang dah berjaya menundukkan nafsu dia!" John tergelak lagi. Terbuntang mataku mendengar rahsiaku dipecahkan selamba oleh John di depan Erin.

RAW || UqashaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant