53 : Main Ojus

113K 1.9K 116
                                    

"John?! Apa kau buat kat sini?!" Aku jerit separuh berbisik. Mataku ligat memandang sekeliling, risau kalau-kalau Boy nampak kehadiran John. Pesanan Boy ringkas; bawa duit dan datang seorang. Kalau dia nampak John, apa pula dia akan fikir?

"Persoalannya, apa yang kau buat kat sini, Qasha?" John mengangkat kening. Aku menelan liur. "Aku tahu apa kau buat kat sini, Qasha, jadi tak perlu kau bersusah-payah nak reka alasan, okay?"

Otakku yang tadi sibuk berfikir mahu mencipta alasan terus berhenti berfungsi. Mulutku juga turut terkunci.

"Mana kau dapat RM20 ribu tu?" John dengan selamba menarik dan meminum jus dari straw gelasku. "Adam." Aku hanya mampu jawab sepatah. Mendengar nama itu, John tersedak minumannya.

"Mamat gayboy tu?? Wow. Banyak betul duit dia. Nampak biasa-biasa je." John mengurut-urut dadanya, kemudian kembali menghirup minumanku. "Dia tak tanya ke apa kau nak buat dengan duit sebanyak tu?"

Gila tak tanya. Orang gila pun akan persoalkan.

"Pandailah aku cover. Yang penting dia tak tahu tentang hal ni." Aku menarik kembali gelasku yang sudah hampir kosong. Baru saja aku mahu minum, mulutku seolah menolak tindakanku, dan bibirku terhenti betul-betul di hujung straw. Perlahan-lahan, aku duduk tegak kembali dan menolak gelas itu ke tengah meja. John mengangkat sebelah keningnya.

"Apasal? Geli dah nak share minuman dengan aku? Dulu okay je." John menarik kembali gelasku dan menghabiskannya.

"John. Aku rasa lebih baik kau pergi. Aku tak nak Boy nampak kau dengan aku kat sini." Aku terus menukar topik.

"Qasha. Kau fikir Boy sendiri akan turun padang dan jumpa dengan kau untuk ambil RM20 ribu tu? Mimpi, Qasha. Mimpi." John menggeleng-gelengkan kepalanya, melempar pandangannya ke serata kafe itu.

"Apa maksud kau? Mestilah dia yang akan jumpa aku." Bidasku.

"Qasha, jangan jadi naif. Mestilah dia hantar budak-budak dia. Kau ingat dia tak ada benda lain nak buat selain pick-up duit daripada kau?" John bertegas. Aku menelan liur lagi. "Percaya cakap aku. Kejap lagi budak-budak dia yang sampai. Budak-budak, bukan budak. Plural, Qasha, means more than one. Kau sure nak settle benda ni seorang diri?"

Okay. Ini tak terlintas di fikiranku. Memang patutlah aku berdebat dengan diri sendiri tadi, sebab tindakanku menyelesaikan perkara ini seorang diri memang kerja gila. "Sebab tu aku pesan bawa aku. Aku risaukan kau, Qasha." John mengambil tanganku di atas meja. "I care for you."

Aku terkesima sesaat dengan tindakan John. Aku pandang tangannya yang menggenggam tanganku di atas meja, tak berkelip. Sebaik tersedar apa yang berlaku, terus aku tarik tanganku. "Aku dah bersuami."

John tergelak besar tak semena-mena. "Suami? Mamat gayboy tu kau anggap suami? Come on, Qasha. Kita tahu betapa kau bencikan dia."

"Ya, Adam suami aku. Suka atau tak, kau kena terima hakikat tu. Mungkin dulu aku bencikan dia, tapi sekarang aku terima dia sebagai suami aku. Adam seorang lelaki yang baik, no matter what you say. You don't know him like I do!" Aku terus mempertahankan maruah Adam yang diperkotak-katikkan John.

"Oh, come on lah. Kalau dia betul lelaki yang baik, suami yang prihatin, dia sepatutnya tahu di mana kau berada saat ni. Takkan dia tak curiga, isteri tiba-tiba minta RM20 ribu. Kalau aku kat tempat gayboy tu, aku awal-awal dah syak isteri aku nak lari dengan jantan lain." John menempelak kembali.

"Dia tak tahu sebab aku yang tak nak dia tahu! Please, aku malas nak bertekak dengan kau sekarang. Aku rasa lebih baik kau beredar." Aku cuba mengawal perasaan marahku dengan kata-kata John. Wajah John kembali lembut.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now