10 : Agenda Dara

196K 2.5K 116
                                    

Ini kesempatan yang aku cari sejak Rabu minggu lepas. Aku perlu bersemuka dengan Adam dan memintanya membatalkan pernikahan kami. Untuk apa dia mengambil tindakan sebegitu pun aku masih keliru. Mana ada lelaki yang selamba nak memperisterikan perempuan yang pernah disentuh lelaki lain sewenangnya, apatah lagi perbuatan itu dilakukan di hadapan mata?

Selesai kelas CCT, Janna mengajakku makan tengahari bersama dan terus pergi membeli-belah seperti selalu, namun kutolak dengan alasan ada hal kecemasan yang perlu aku selesaikan. Dia tidak banyak menyoal dan aku terus bergerak ke bangunan Sains Komputer.

Gigih aku melewati dari pintu ke pintu di setiap tingkat untuk mencari bilik pejabat Adam. Aku sedar ini waktu makan tengahari, jadi dia mungkin tiada di bilik sekarang. Tak mengapa, aku akan tunggu sehingga dia balik.

Setibanya di tingkat 2, sedang aku melewati pintu bilik kedua yang terbuka luas, wajahnya tertangkap di mataku dan aku berhenti. Aku hampiri pintu dan menjenguk ke dalam.

Dia masih belum perasankanku. Dia sedang gigih membelek beberapa kertas di atas mejanya, sambil tangan kanannya memegang sandwich tebal. Mulutnya tertutup rapat sambil mengunyah. Pipinya penuh dan kembang kuncup. Mataku tertarik ke bibirnya yang gebu kemerahan.

Adilkah seorang lelaki sepertinya boleh kelihatan cantik?

Kunyahannya terhenti saat matanya diangkat ke arah pintu di mana aku berdiri. Matanya tidak berkedip, sama seperti mataku. Perlahan-lahan, dia menyambung mengunyah makanan di dalam mulut dan menelannya sambil tangannya meletakkan kembali baki sandwich di dalam bekas di meja tepinya. Sapu tangan dikeluarkan dan mulutnya dilap sebelum menyapaku.

"Uqasha. Duduklah." Adam mempelawaku duduk di kerusi yang disediakan. Aku tidak bergerak seinci pun. Pandanganku masih keras memandangnya.

"Kenapa?" Aku tidak melengahkan masa lagi. Soalan itu terus kulontarkan kepadanya. Aku tahu dia mengerti maksudku.

"Kenapa apa ya, Uqasha? Kenapa saya pelawa awak duduk? Kenapa saya makan di dalam bilik saya? Kenapa apa?" Dia berdalih. Wajahnya kekal formal, begitu juga dengan panggilan namaku di bibirnya.

"Tak usah berdalih, Adam-"

"Encik Adam, Uqasha." Adam memintas kata-kataku sambil menekankan panggilan Encik itu. Nafasku naik panas, sebahang terik tengah hari di luar. Kepalaku mendidih dengan marah yang datang membuak-buak, lalu kuhampiri mejanya dengan hentakan kaki yang kuat seolah-olah mahu meroboh lantai pejabatnya. Penumbuk di tangan digenggam dan kuketuk mejanya tanda tidak puas hati. Sedikit pun Adam tak terkesan.

"Don't pull that shit with me! I peduli apa pangkat you kat sini, you're still a jerk who knows no boundaries! Sampai hati you beritahu-"

"Uqasha." Adam tiba-tiba berdiri, memintas kata-kataku lagi, tapi kali ini dengan suara yang jauh lebih tegas sehingga aku terdiam. Matanya yang menatapku tajam ditutup sekejap saat nafas dihela perlahan. Apabila matanya dibuka kembali, dia kelihatan lebih tenang.

"Please, Uqasha, not here. Saya tahu awak nak berbincang dan banyak yang perlu saya jelaskan. Tapi bukan di sini." Suaranya juga sudah lebih tenang dan bait kata-katanya perlahan, memintaku mengerti.

"Di sini, saya pensyarah awak, dan awak pelajar saya. Muktamad. Saya minta awak hormat perhubungan kita di kampus. Boleh?" Kedua tangannya ditekap di meja depannya dan kepalanya ditunduk sedikit supaya separas denganku. Kuketap gigiku menahan diri daripada kembali menghambur kata-kata kasar terhadapnya. Permintaannya realistik, bukan?

"Okay. Tapi bila?" Ujarku pendek. Adam terus menarik senyuman lebar.

"Saya datang ke rumah awak esok malam selepas Isyak. Boleh?" Cadangnya pantas selepas membelek buku planner di tepi komputer.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now