PROLOG

37.5K 1.3K 50
                                    

Aku menjejakkan kakiku di pintu gerbang Emerald Higschool. Hari ni jugak first day aku kat sini. Memang impian aku sejak di tingkatan satu lagi untuk belajar di sini. Sebab...... Nanti korang akan tahu jugak nanti. Tak perlu aku umumkan awal-awal.

Oh ya, nama aku Aimin Natasha bt Dato' Ahmad. Umur aku 16 tahun. So, tahun ni aku form 4. Ok... That's all about me.😀 Back to the story....

Aku melangkah masuk dan menuju ke bangunan sekolah yang sangat besar dan luas itu. Kecut perut aku tengok bangunan ni. Besar nak mati. Boleh sesat aku kalau macam ni la gayanya.
Aku berjalan perlahan-lahan sambil meninjau-ninjau perkarangan sekolah tersebut.

'Mana pejabat ehh?' Tanyaku sendirian.

Aku mengambil keputusan untuk bertanya pelajar yang sedang lalu-lalang di kawasan bangunan tersebut. Aku menghampiri dua orang gadis yang lagaknya sedang berbual.

"Haii... Saya nak tanya ni, boleh tak?" Aku bertanya dengan penuh sopan-santun.

"Haii.. Ehh kau ni pelajar transfer  tu kan? Hahh! Kau nak tanya apa?" Soal gadis yang berambut brown itu.

"Yup.. Sayalah tu. Ermm.. Office kat mana eak?" Soalku lagi.

"Oh.. Office  ada kat tingkat satu ni jer. Marilah aku tunjukkan." Pelawa gadis yang berambut ikal mayang warna hitam pekat itu pula.

"Ok.. Thanks" ujarku.

"Hah.. Jomlah." Balasnya.

"Woi Lisya!! Kau pehal hah!?" Tengking gadis yang berambut brown tadi kepada rakannya.

Terkejut beruk aku. Mujur tak keluar latah aku.

'Hisy minah ni, tak reti nak beradab ke? Sekolah ni bapak dia punya ke?!' Rungutku di dalam hati.

"Ehh kau kenapa Rie? Aku nak tolong budak ni kejap. Kalau kau tak nak tolong, kau tunggu jelah kat sini." Tegas Lisya bersuara.

"Amboi.. Amboi... Banyak cantik muka kau? Budak ni aku punya lah. Dia tanya aku dulu." Balas Rie sambil memegang lenganku.

"Hisy.. Rie.. Kau jangan buat kecoh la. Aku nak hantar dia pergi office. Kau jangan nak halang aku, kalau tak siaplah kau." Ujar Lisya berbaur ugutan. Serentak dengan itu, Rie melepaskan lenganku.

"Ok fine!! " balas Rie dengan wajah yang seperti tertelan kulit lemon.

"Jomlah." Ajak Lisya kepadaku sambil memegang tanganku. Aku hanya mengikutinya.

"Nama kau apa ek?" Soal Lisya sambil berjalan.

"Nama aku Aimin Natasha. Boleh panggil aku Tasha." Balasku sambil tersenyum manis.

"Ohh cantik nama kau. Aku suka. Nama àku Putri Alisyia. Tapi ramai panggil aku Lisya. And aku form  4."  Balasnya.

"Oh.. Sebayalah kita." Ujarku pula.

"Hah.. Dah sampai. Aku pergi dulu ek? Bye.. Take care." Ujarnya sambil melambaikan tangannya kepadaku.
Aku hanya membalas lambaiannya.

Setelah menghantar pemergian Lisya, aku berlalu masuk ke dalam office tersebut. Aku berjalan ke arah seorang kerani perempuan yang sedang ralit melakukan tugasnya.

"Erm.. Cik.. Saya ni pelajar transfer dari SM Charles." Ujarku dengan penuh berhati-hati.

"Oh ya.. Kejap eh.." Balas kerani tersebut .Aku lihat dia seperti mencari-cari sesuatu...

' Mungkin fail peribadi untuk aku kot. Hahakk memandai jer aku ni.' Aku tersenyum sendiri.

"Nah dik.. Isi borang ni pastu bagi semula kat akak ye?" Ujarnya sambil menghulurkan sehelai kertas bersama sebatang pen.

"Ok." Balasku sepatah

Beberapa minit kemudian, aku siap mengisi borang tersebut. Aku menghulurkan kembali borang itu kepada akak kerani.

"Ok.. Nah kunci loker kamu.Loker kamu ni terletak di tingkat tiga. Kamu cari yang nombor 55, ye. Oleh kerana hari ni hari first kamu, kamu bebas meronda di sekitar sekolah ni untuk pengetahuan lanjut mengenai tempat-tempat di sekolah ni. Kamu tak masuk kelas pun takpe." Ujar kerani tersebut panjang lebar.

"Ok.. Thanks  akak. Saya pergi dulu." Balasku sambil berjalan keluar dari office tersebut.

                                  ~~~~~

Sudah hampir sejam aku jalan-jalan kat sini. Baru berapa tempat aku jumpa. Mana taknya, bangunan ni besar sangatlah..

Aku meneruskan perjalananku meneroka bangunan sekolah ni.
Lenguh pun lenguhlah. Hari ni je peluang aku. Esok dah takde. Aku berjalan melintasi sebuah padang rumput yang sangat besar.

"Tak pernah lagi aku jumpa padang sebesar ni. Kalau aku post kat mama ni, mahunya pengsan mama." Omelku
Aku mengeluarkan smartphoneku dari dalam kocek seluarku. Aku ingin mengambil gambar padang ni.

Clapp!

Tulah bunyi kamera aku. Pelik kan.. Aku pun tak tahu kenapa dia bunyi camtu.

Aku memegang telefonku sambil memandang padang yang besar itu. Di satu sudutpadang tersebut , aku lihat sekumpulan pelajar lelaki sedang melakukan senaman. Dan adà jugak beberapa biji bola sepak berhampiran mereka. So, I guess  diorang sedang buat latihan kut.

Aku berjalan perlahan-lahan di  laluan pejalan kaki di sepangjang padang tersebut. Aku pandang ke depan. Lebih kurang 1 kilometer lagi sebelum sampai di bangunan lain.

"Haihh. Confirm bengkak kaki aku." Rungutku perlahan.

Tiba-tiba kedengaran suara para pelajar lelaki yang berada di padang tadi. Suara mereka macam...melaung... kut. Kuat nak mampus. Aku yang ada kat sini pun boleh dengar. Sedangkan mereka berada di sudut padang bola yang luas tu.

BAMM!!

Serentak dengan itu, kepalaku berpinar-pinar. Ada kalung bintang di sekeliling kepalaku. Aku memegang kepalaku.

"Adoiii!! Sapa yang sepak bola ni?!! Kuat nak mampus.. Ke korang memang nak aku mati?! Korang ni saja kan?" Laungku kuat sebelum pandanganku menjadi gelap dan aku rebah ke tanah.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now