BAB 34

5.9K 342 7
                                    

🎵Gibun eottae
My girl my girl my girl
Neorang gatae
My love my love my love
Hamkke i gil du son kkok japgo
Georeo gandaedo
Jeoldae hoeejiji anha
Doksugung Doldamgil🎵

Nada dering smartphoneku tiba-tiba berbunyi. Hmmm... Dah tukar nampak. Aku pantas duduk bersila dan mengambilnya di dalam poket seluarku.

0113××××××× is calling...

Aku berkerut. Hmmm unfamiliar number. Aku slide ke butang hijau. Aku merapatkan smartphone di telingaku.

"Hello?"

"Hello.. Ni cik Aimin ke?"

"Ye saya?"

"Maaf kerana mengganggu. Ni saya, Adhli."

"Ahhh.. Takpe, tapi kenapa tetiba je call saya ni? Ada sebarang perkembangan ke?"

"Eh takk! Ni bukan pasal kerja. Tapi pasal papa Aimin. Err.. Dia.. Diaa"

"Hisyy.. Cepatlah bagitau!!"

"Sebenarnya dia accident. Kereta bertembung lori balak. Dia sekarang tengah koma. Peluang dia untuk hidup sangat tipis. Saya harap cik Aimin banyak-banyak bersabar."

Pranggg!

Dugaan apakah ini? Aku bersandar lesu di dinding rumah datuk Ama. Mataku kembali merah dan menitiskan air hujan yang lebat.

"Aimin... Kau apasal?" Tanya Arin.

Aku menggelengkan kepala. Aku menekup mukaku dengan telapak tanganku.

"Arin... P-papa aku a-accident.. Tolong h-hantar aku ke h-hospital sekarang!" Tangisku.

Arin mengusap-usap lembut belakang badanku.

"Okey.. Jomlah." Balas Arin. Kesian pulak dia tengok Aimin yang asyik ditimpa masalah satu-satu.

~~~~~

Hospital

Aku melutut di kerusi yang disediakan di luar ICU yang menempatkan papa. Tangisku masih tak henti-henti. Macam mana aku nak hidup tanpa papa wehh? Memanglah aku tinggal asing-asing, tapi aku dan papa saling ziarah-menziarah antara satu sama lain. Kalau tak aku ke rumah papa, papa yang datang ke rumah 'kami'.

Masalah aku bertambah banyak! First, Amy yang aku syak pembunuh oppa. Then, aku yang menyebabkan nenek Ama meninggal. Sekarang, papa aku terlantar kat hospital. Tenat pulak tu. Balasan ke apa ni? Tak cukup tu, Ama dah pandang sangsi kat aku. Yepp.. Macam yang aku kata, dia tuduh aku yang menyebabkan nenek dia mati. Aku memang dah tak boleh nak kata apa-apa.

Masalah...Masalah!! Apasal kau masalahkan kepala otak aku!?

"Dahlah tu Aimin. Kau kena tabah. Redha dengan kehendak Tuhan. Kau tak boleh nak paksa diri kau macam ni. Kau tak makan lagi sejak tadi. Come onlah! Mana Aimin yang aku kenal?" Pujuk Arin yang duduk di sebelahku.

Sekarang ni, aku hanya ada Arin dan Wanie di sampingku. Iffah ngan Aten dah terhasut dengan kata-kata Ama.

"Ha'ah... Nanti kau sakit macam mana? Kau jugak yang susah. Makan ek?" Kata Wanie pula.

Aku tersenyum hambar sambil mengesat air mataku. Aku hanya menganggukkan kepalaku perlahan.

Aku mengambil bungkusan nasi ayam yang dibeli oleh Wanie sebentar tadi. Setelah aku gaul semua bahan, aku mula menyuapnya ke dalam mulut.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now