BAB 18

8.9K 440 15
                                    

Minggu ni, rumah Aimin akan diupgrade. Dari 2 tingkat ke 4 tingkat. Dan setiap tingkat mempunyai keluasan yang sekata.

Dalam masa 3-4 hari je semuanya selesai. Cepatkan? Mana taknya, setiap tingkat , Dato' Ahmad upah 30-40 orang. Dan Papa Aimin menyumbangkan rumah itu untuk kegunaan bagi Musical World.

~~~~~

Aimin's POV

Sahabat lamaku dan juga kawan Ama sudah pun tiba sekejap tadi. Kawanku, Tengku Putri Arina, masuk ke kelas 4 Bronze . Manakala kawan Ama, Sharifah Sherry,ke kelas 4 Silver. Adillah kan. Aku ngan Ama. Aten ngan
Sharifah. Dan Wanie ngan Arina.

Diorang jugak akan masuk dalam band kitorang. That's mean, kitorang dah berenam. Arina memang berbakat dalam nyanyian. Dia pernah jadi wakil  ke pertandingan Idola Kecil peringkat negeri. Dia dapat naib johan. Okaylah tu. Sharifah pulak giat dalam tarian ballet. Nyanyian dia, okeylah jugak. Tak lah sumbang. Nice to hear.

Dan yang paling penting, diorang ..... K-POPPERS! Hahaha. So, takdelah masalah nak nyanyi lagu korea pun.

4 Gold...

"Ama... kita buat show jugaklah nanti karnival tu." Cadangku.

"Ohh.. okey jer. Lagipun, kita nak kenalkan ahli baru kan." Balas Ama.

"Kau dah bagitau ke kat semua pelajar tentang karnival tu?" Tanya Ama kembali.

Aku membulatkan mata dan memegang pipiku.

"Omo!!! Aku tak ingatlah. Jomlah teman aku keliling sekolah ni. " kataku.

"Alahh.. kau buat announcement jelah." Cadang Ama.

"Betul jugak kan. Jimat masa dan tenaga. Haha.. jomlah." Kataku.

"Jom." Balasnya.

Kami pun keluar dari kelas dan menuju ke bilik Cikgu Mus terlebih dahulu. Setelah mendapatkan segala maklumat tentang karnival tersebut, mereka ke tempat untuk membuat announcement.

Aku membuka suis mikrofon dan mengetuknya dengan jari.

Buk buk..

Okay.. dah bunyi. Aku menghela nafas.

Ding Dong.. Ding Dong..

Selamat sejahtera. Pada hari Selasa minggu depan, sekolah kita akan mengadakan Karnival Muzik. Pertandingan utama pada karnival tersebut ialah menyanyi. Jadi, sesiapa yang mahu menyertainya, sila berjumpa dengan saya, Aimin Natasha di kelas 4 Gold. Jurinya ialah TGT. Kami hanya memilih 3 kumpulan atau band sebagai pemenang. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan TGT. Harap maklum, sekian terima kasih.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now