BAB 7

12.9K 595 9
                                    

Nafas Aimin tercungap-cungap sebaik sahaja dia sampai di padang. Peluh pula menitik di setiap inci tubuhnya. Dia membongkokkan badannya untuk menghilangkan sedikit rasa letihnya.

'Cis.. Malaun tu punya pasallah ni.!' Rungut Aimin perlahan.

Setelah nafasnya teratur sedikit, dia mencari-cari kelibat Ama dan rakan-rakan sekelasnya yang lain. Ni la padah kalau turun lewat.

~FLASHBACK~

Aimin hanya melihat Ama dan ahli kelasnya bergegas turun ke padang. Dia tidak bersemangat untuk bersukan hari ni. Entah kenapa. My badmood..🙈

Dia sudah merancang untuk tidak turun ke padang. That's mean.. Aimin nak ponteng! Dia berhajat untuk tidur sekejap pada waktu PJ tersebut.

Namun, niatnya terbantut kerana pelajar-pelajar yang lalu-lalang di depan kelasnya. Mana taknya, setiap pelajar yang lalu, mesti akan memandangnya. Kalau pandang biasa-biasa atau acuh tak acuh takpe jugak. Ni pandang orang dah macam nak bunuh orang. Macamla aku ada niat tak baik.

Erkk... Aimin ponteng kelas sebab nak tidur tu baik ke tak ehh?😨.. Ahh pedulikanlah... Sebab... Dia tetap kena turun. Nanti tak pasal-pasal tersebar gosip yang bukan-bukan mengenai dirinya.

Kut-kut tajuk 'PELAJAR PEREMPUAN PONTENG KELAS PJ DAN MELEPAK SEORANG DIRI DI DALAM KELAS' terpampang di dada majalah sekolah.

Tapi ada jugak ke berita macam tu keluar? Ahh.. Whateverlah..

Aimin terpaksa jugak turun ke padang. Dia melangkah lemah macam orang yang lembik lutut. Jatuh situ kangg.. Baru padan muka. Lagi bertambah gosip kau.

Aimin berjalan dengan coolnya di laluan pejalan kaki yang menghubungkan bangunan yang terdapat kelasnya dengan padang. Tiba-tiba dia ternampak sekumpulan pelajar lelaki sedang bergelak-ketawa di Taman Flamingo. Taman tersebut terletak di samping laluan pejalan kaki itu.

Aimin mengamati mereka betul-betul. Kemudian, dia mengukirkan senyuman sinis apabila terpandangkan seseorang. Dia merancang untuk membalas dendam kepadanya. Makin melebar senyuman Aimin tatkala terpandangkan ketulan batu berhampirannya. Dia mengutip batu-batu tersebut lalu memandang targetnya iaitu..... Faiq Firdaus...

Dia mula melontar batu-batu tersebut ke arahnya. Satu...tak kena. Dua...tersasar jauh... Tiga..yess!! Mengena!

Aimin hanya memandang Firdaus yang nampak terkejut dan mengaduh..mungkin.. Sambil menggosok-gosok belakang badannya yang terkena batu balingan Aimin.

Aimin berura-ura untuk meneruskan perjalannya menuju ke padang. Dia berjalan sambil bersiul-siul riang.

"Aimin Natasha!!!" Pekik satu suara.

Terkejut beruk Aimin. Dia memandang ke belakang dan tersenyum. Dia dapat lihat Firdaus yang mahu mengejarnya.

Aimin membuat muka minta kaki dan menjelirkan lidahnya kepada Firdaus. Selepas itu, dia memecut laju menuju ke padang yang sudah semakin hampir.

~END FLASHBACK~

"He Tasha!! Mari la duk sini." Panggilan Ama menyerdarkan Aimin dari lamunan.

Aimin hanya mengangguk dan berjalan perlahan-lahan mendekati Ama dan beberapa pelajar perempuan kelas mereka yang lain.

"Wehh.. Asal kau letih semacam je ni?" Tanya Ama kepada Aimin. Pelik mungkin melihat Aimin yang berjalan dengan termengah-mengah.

"Tadi.. Masa aku nak datang sini. Ada beruk mat yeh kejar aku. Aku pun larilah." Kata Aimin sambil membuat muka serius.

Usai berkata, dia turut duduk di sebelah Ama.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now