BAB 48

5.7K 377 4
                                    

Pemandangan malam yang mengasyikkan menjamah mata Aimin. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi dan wajahnya.

Bengang bengang. Satu-satunya cara aku nak release tension aku, ialah dengan melihat pemandangan semulajadi ni. Tenang je rasa.

Aku mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang telah disediakan  di balkoni itu.

~My

Aku menyentuh butang yang berwarna hijau.

"Hello?" soal Aimin.

"Hello.. Ni cik Aimin ke? Anak Dato' Ahmad?" soal si pemanggil.

Aimin mula rasa tak sedap hati.

"Ahh ye-ye. Betullah tu. Kenapa ek?" soal Aimin lagi. 

"Actually, Dato' Ahmad tengah....nazak sekarang. Kalau boleh, cik diminta datang ke hospital sekarang juga. Boleh kan?" jelas si pemanggil pula.

Telefonnya terhempas ke lantai balkoni. Aimin terkaku. Kolam matanya terasa panas. Air mula menakung di dalamnya. Bila-bila masa sahaja boleh melimpah keluar.

Perlahan-lahan dia melurut jatuh terduduk.

Aimin's POV

Aku mula menangis teresak-esak.

Oh damn! Aku kena ke sana cepat.! Air mata yang mengalir diseka kasar.

Aku bingkas bangun dan mencapai kembali telefonku tadi. Nasib tak retak. Aku berlalu ke bilik tidur untuk mengambil kunci kereta dan juga slingbag ku.

Outfits yang aku pakai malam ni pun dah sesuai. Tak perlu nak tukar-tukar bagai.

So, aku terus meluru ke bawah. Sampai di tingkat bawah, aku terserempak dengan Firdaus. Kami bertentang mata buat beberapa saat. Kemudian aku membuang pandanganya dan meneruskan agendaku yang tergendala tadi.

"Where are u going?" soal Firdaus, prihatin.

Aku mengukirkan senyuman sinis.

"Mind your own bussiness!" balasku.

"But..."

Aku mengendahkannya. Aku berlalu keluar dari banglo itu dengan gopoh-gapahnya.

Aku membuka kunci Lamborghiniku dan masuk ke dalam kereta. Aku menghidupkan enjin kereta dan memandunya keluar dari kawasan parking lot dan banglo tersebut.

Setelah itu, aku memandu menuju ke hospital yang didiami oleh papa. ASAP AIMIN!!!

End POV

🏥🏥🏥

"What's going on, doc? Huh?" soal Aimin sambil menahan tangisnya.

Dato' Ahmad yang terbaring lesu di atas katil di ICU itu, dipandang dengan rasa yang bermacam. Sedih, kecewa, semua ada.

"Sorry Cik Aimin. Sebenarnya, Dato' Ahmad menghidap kanser otak. Dan dia dah berada pada tahap yang keempat. Dia ada buat pembedahan semasa di stage kedua, tapi gagal. Sekarang, kami dah tak boleh nak buat apa lagi. Kalau kami meneruskan juga pembedahan untuk buang sel-sel kanser tu, berkemungkinan nyawa Dato' dalam bahaya." jelas Doktor itu panjang lebar.

Aimin memandang wajah doktor perempuan itu dengan raut wajah yang tidak percaya.

"What?? Papa ada kanser otak? And, dia pernah operate?" soal Aimin tidak percaya.

School : World Of Musical ✔ Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum