BAB 10

10.7K 535 10
                                    

Emerald Highschool...

Pada waktu rehat pada hari itu, Aimin dan kawan-kawannya berkumpul di port mereka seperti biasa. Iaitu di pondok Flamingo.

Aimin dan Wanie membawa bekal mereka masing-masing. Manakala Ama dan Aten telah membeli makanan segera yang terdapat di koperasi sekolah.

"Aku dah bincang ngan papa aku pasal tempat tinggal tu. Kebetulan kami ada sebuah banglo kat Klang yang jarang sangat digunakan. Aku pujuk punya pujuk papa aku semalam. And... It's succes! " Aimin memulakan bicara setelah beberapa minit mereka berdiam diri.

"Oh baguslah... Aku pun dah bagitau family aku kelmarin. Mujurlah mereka sokong keputusan aku." Balas Aten bernada gembira.

"Ha'ah.. Aku pun. Aku bagitau mama aku masa kat dalam kereta lagi, kelmarin. Mula-mula dia macam tak nak bagi je... Tapi aku pujuk dia sehabis mungkin, barulah dia setuju." Kata Wanie pula.

"Kau, Ama?" Tanya Aimin. Kini, semua mata memandang kepadanya.

"Erm.. Aku... Aku... Sebenarnya.." Ama tergagap-gagap dan memandang ke bawah.

"Kau jangan kata yang kau tak boleh? Parents kau?" Tanya Wanie berbelit-belit.

"Aku.. Sebenarnya......... Boleh jerrrr... Aku saja nak bagi suspen sikit." Balas Àma.

"Saspen la saspen... Aku hempuk kepala kau tu dengan tin ni baru tau." Gertak Aimin sambil menunjukkan minuman tin berperisa caramel latte kegemarannya yang sedang dia sisip.

"Heheh.." Balas Ama sambil tersenyum sumbing dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Okey girls. Nanti balik ni, korang boleh packing selalu barang-barang keperluan dan yang penting-penting. Kita akan berpindah ke banglo tu esok. Lepas habis waktu sekolah. Faham?" Aimin memberi arahan.

"Faham, leader.!" Balas Ama, Aten dan Wanie hampir serentak.

"Okeylah... Ama, jom naik ke kelas. Dah nak habis dah ni waktu rehat. Korang berdua pun, pergi masuk kelas sekarang. Nanti lewat pulak tak pasal-pasal." Arah Aimin sekali lagi apabila mereka bertiga tidak menunjukkan tanda-tanda untuk naik ke kelas.

"Ehh.. Time ni waktu Fizik!! Oh tidak.. Janganlah engkau lambat wahai Fatin Amalin." Bebel Aten sendirian sambil membuang sisa-sisa makanannya.

"Bye... Aku pergi dulu!" Kata Aten setelah selesai mengemas meja yang bersepah dengan sisa makanan tadi. Dia berlari-lari anak menuju ke kelasnya.

Manakala Aimin, Ama dan Wanie hanya berjalan dengan rileksnya. Mereka tidak terburu-buru sebab pada masa itu ialah subjek yang mereka tidak suka. 4 Gold subjek Kimia. Ama dan Aimin masing-masing tidak menyukai subjek tersebut. Manakala kelas Wanie iaitu 4 Silver pula subjek Addmath. Subjek tu fevret Ama bukannya Wanie.

Mereka berjalan dengan lenggang lenggoknya di laluan pejalan kaki untuk menuju ke kelas mereka yang terletak di tingkat paling atas.

~~~~~

Hari yang ditunggu-tunggu oleh empat sekawan ini akhirnya datang juga. Mereka telah siap memunggah luggage mereka ke dalam boot limousin kepunyaan papa Aimin. Mereka berempat berkumpul di rumah Aimin, begitu juga dengan keluarga masing-masing. Para ibubapa mereka sibuk berbual...atau berbincang...mungkin? sesama mereka.

Manakala Aimin, Ama, Aten dan Wanie sudah seperti cacing kepanasan. Mereka tak sabar-sabar hendak menetap bersama-sama.

"Papa!! Jomlah bertolak.. Kitorang dah tak sabar dah ni." Jerit Aimin.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now