BAB 38

6K 340 11
                                    

Tiga hari berlalu sejak Aimin dimasukkan ke hospital. Keadaannya juga bertambah baik dan sihat. Sakit-sakit di bahagian belakang tidak lagi terasa setelah mendapatkan rawatan. Ditambah pula dengan keadaannya yang hanya terperap di dalam wadnya tanpa melakukan apa-apa. Cuma bergerak untuk menunaikan solat sahaja.

Walaupun begitu, Aimin masih lagi tidak dibenarkan pulang ke rumah. Doktor yang merawatnya bimbang keadaan akan bertambah larut jika berada bebas di luar. Untuk itu, Aimin disarankan untuk menetap di hospital sehari dua lagi. Aimin akur sahaja memandangkan semua itu untuk kebaikan dirinya juga.

Cuma dia berasa bosan terperap di dalam wad sahaja. Walaupun selama keberadaannya di hospital itu, TGT yang setia bersamanya iaitu Wanie dan Arin,kawan-kawan sekelas dan guru-guru kerap melawatnya. Dia tetap boring!

Dalam fikirannya, pelbagai idea dan aktiviti yang telah dirancang untuk dilakukan setelah keluar dari hospital nanti. Namun, dia hanya mampu merancang sahaja pada masa itu. Sekarang, dirinya sedang terbaring elok di atas katil hospital. Menunggu kehadiran Wanie dan Arin.

"Boringnya!!!" Rungut Aimin.

Tangannya mencapai smartphonenya di atas meja sisinya. Dia membuka screenlock dan membelek-belek segala apps dan games yang berada di dalam telefonnya.

Tak lama selepas tu, dia kembali mencampakkan smartphonenya ke sisi.

"Ape punya hospital lah.. Wifi slow! Langsung tak boleh nak download games!" Rungutnya lagi. Macam-macamlah hal yang berbangkit apabila boring menimpa diri.

"Hai Aimin...kau pahal cakap sorang-sorang" tegur Wanie yang baru melangkah masuk ke dalam wad Aimin.

"Wehh.. Aku boringlah!! Dahlah wifi kat sini macam siput!" Aimin meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Wanie.

"Nak buat macam mana? Ermm...." Arin berfikir sejenak.

"Hahhh!!! Aku nak kirim benda kat korang. Tolong beli tau!" Kata Aimin dengan nada riang.

"Apa yang kau nak kirim?" Soal Wanie.

"Aku nak.... Novel, komik, majalah dan bahan bacaan dakwah!!" Kata Aimin riang. Berbunga-bunga hatinya apabila terbayangkan berbuah-buah novel di depan mata.

"O....keyy.." Balas Wanie ragu-ragu.

"Alahhh... Kau kan minat novel jugak.. Kau pilih yang best-best yeh?" Balas Aimin lagi.

"Okehh babeh!" Jawab Wanie. Tak ikhlas sebenarnya.

Aimin mencapai dompetnya yang berada di dalam laci meja sisinya. Dikeluarkan beberapa not 50 dan dihulurkan kepada Wanie.

"Whoaa!! Banyak hang! Kau nak suruh aku beli novel dan pebenda tu cukup-cukup ngan RM300 ni?" Terkejut Wanie. Tetiba je rasa ikhlas lahh pulak..

"Yelahh! Aku nak novel yang paling banyak... Komik sederhana.... Buku-buku dakwah tu kau belilah dalam 5-6 buah.. Ok?" Lancar Aimin berbicara.

Wanie kelihatan sedikit mengeluh.

"Yelahhh! Aku pergi dulu ek? Ni mahunya sejam lebih aku kat kedai buku tu." Katanya sebelum melangkah keluar dari wad Aimin.

Arin pula masih berdiri di sebelah Aimin. Wanie yang disuruh, bukan dia.. So, tak perlulah nak ikut dia, kan?

"Kau dah sihat.. Tapi asal tak boleh keluar lagi?" Soal Arin hairan.

"Aku tak bagitau lagi ye?.. Doktor tu suruh aku rest sampai aku betul-betul-betul sihat. Dan dia sarankan aku rest kat sini. Aku pun ikutkan jelah... Ehh mesti banyak homeworks kan?? Letihnyaaa!!!" Jelas Aimin. Merungut di hujung kata.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now