BAB 13

9.6K 493 6
                                    

7.15 a.m.

Aimin dan TGT bersiap-siap untuk ke Litar Memandu di Klang tersebut. Mereka semua berpakaian simple-simple je. Aimin sudah menelefon papanya sebentar tadi.

Sementara menunggu kedatangan papa Aimin, mereka berempat menonton televisyen di ruang tamu. Pagi-pagi macam ni layan kartun je lah.

Beberapa minit kemudian, mereka terdengar bunyi hon kereta di halaman rumah. Aimin dan kawan-kawannya bergegas keluar rumah setelah menutup suis televisyen dan kipas. Mereka mengenakan kasut Nike Roshe Run yang berlainan warna. Kasut Aimin warna pink dan tapaknya berwarna putih plus glitter. Manakala kasut ahli TGT yang lain mengikut warna kesukaan masing-masing.

Aimin mengunci pintu dan mereka mendekati limousin papa. Mereka memasuki perut limousin itu. Aimin duduk di sebelah pemandu. Limousin itu  mula bergerak meninggalkan kawasan banglo tersebut.

Suasana di dalam limousin tersebut dipenuhi dengan gelak tawa TGT. Mereka membuat lawak dan papa Aimin pun turut serta. Beberapa minit kemudian, mereka sampai di hadapan pintu pagar Litar Memandu itu.

Mereka turun dan menunggu Aimin yang sedang bersalam dengan papanya. Setelah itu, mereka masuk ke dalam kawasan Litar Memandu tersebut.

*skipped*

Aimin dan TGT keluar dari kawasan Litar Memandu dengan perasaan yang cukup gembira sekali. Berbaloi mereka habiskan separuh hari ni kat situ. Yelahh.. Mereka dapat hari ni jugak lesen tu. Hari ni buat lesen, hari ñi jugak dapatnya. Cekap betul diorang buat kerja kan.?

Mereka berempat pulang masing-masing kerana ada yang nak ambik kereta kat rumah family. Dan sebagainya.

Aimin mengeluarkan smartphone nya dari dalam poket seluar dan mula mendail nombor papa.

"Hello pa.."

"Hello.. Dah siap??"

"Dahh.. Papa datang ambik Aimin ngan Lamborghini tu ek?"

"Ok.. Tak nak singgah dulu ke?"

"Hahh.. Singgah la sekejap."

"Okey.. "

"Okey pa.. Bye.."

Aimin memutuskan talian. Dia menuju ke pondok berdekatan. Tinggal dia sorang je kat situ. Ama, Aten dan Wanie semuanya dah pulang ke rumah masing-masing.

Aimin duduk di pondok tersebut dan memandang sekeliling. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan.  Risau mula menjenguk di tangkai hatinya. Dia sorang-sorang kat pondok tu. Dan keadaan jalan raya ni pun agak lengang. Mana tak takut?

Kemudian, barulah kelibat Lamborghini putih kelihatan. Aimin menarik nafas lega. Dia melangkah ke kereta tersebut. Kali ni Aimin yang pandu atas suruhan papa.

Papa kata nak tengok kehandalan Aimin bawak kereta kat jalan raya.

"Alahhh.. Pa.. Ini Aiminlah." Kata Aimin bangga.

Papa Aimin hanya mengangkat bahunya.

Sepanjang perjalanan, Aimin senyap sahaja kerana nak fokus pada persekitaran jalan raya.

~~~~~

Aimin tiba di rumah keluarganya yang berdekatan Emerald Highschool itu. Aimin segera meluru ke dalam rumah setelah mematikan enjin kereta dan menguncinya. Papa atau namanya, Dato' Ahmad hanya menggeleng melihat telatah Aimin.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now