BAB 26

7.3K 383 6
                                    

Aimin's POV

Keesokannya : 8.00 pagi...

Seperti biasa, setelah bersarapan beramai-ramai, kami akan berkumpul untuk mengambil misi pada hari ini. Kami semua berkumpul di lobi seperti yang diarahkan.

Aku dah mampu tersenyum kali ni. Setiap kali terpandang Firdaus, tiap-tiap kali tu lah aku tersenyum. Berkat penangan Firdaus je.

"Misi hari ni special sikit sebab hari ni hari terakhir korang. Tajuk hari ni 'True Love True Couple'. Perlumbaan hari ni secara berpasangan. Sebaik saya sebut pasangan masing-masing, sila ke depan untuk ambil t-shirt dan sweater nipis yang telah disediakan. Baiklah... Pasangan pertama Firdaus-Aimin." Kata si pengacara.

Aku tersentak. Seriously?? Perasaan gembira menular dan merebak perlahan-lahan di dalam badanku.Kakiku tetap melangkah ke depan bersama Firdaus. Seorang gadis menghulurkan
t-shirt dan sweater yang berwarna pink. Aku menyambut hulurannya dengan teruja.

"Kamsahamnida." Kataku kepadanya. Dia mengangguk sambil tersenyum.

Firdaus aku lihat sudah keruh mukanya.

"Cik... Kitorang perlu ke mana sekarang?" Tanyaku ramah.

"Nah, ambil kad ni dan pergi ke kereta Swift yang ada kat parking lot depan tu. Pilih yang mana suka dan tunggu dalam kereta tu dulu. Kamu boleh bergerak setelah semua pasangan selesai diatur. Kami akan bunyikan wisel.Dan kamu boleh salin baju kat stesen pertama nanti." Terangnya sambil menghulurkan kad misi.

Aku segera menarik tangan Firdaus ke parking lot seperti yang diarahkan.

"Fir... Pilihlah kau nak kereta mana..." Kataku kepada Firdaus.

Firdaus tidak membalas sebaliknya menunjuk ke arah kereta Swift yang berwarna putih dengan jarinya. Apasal pulak mamat ni? Dah bisu dah ke? Aku punya bersemangat hari ni sebab semalam... Eh tak tak tak...

"Fir.. Kau kenapa? Kau tak suka ke berpasangan ngan aku? Kalau kau tak suka aku boleh minta tukar." Sayu aku bersuara. Sedih nampak? Ada pape ke?

Firdaus mengeluh kecil.

"Takdelah. Aku suka couple ngan kau. Cuma..."

"Cuma apa?" Potongku.

"Cuma perlu ke warna pink?" Balasnya macam nak nangis.

Aku tergelak mendengar jawapannya. Laghh.. Tu jer masalahnya? Ingatkan apa lah tadi.

"Lahh... Pink comel apa.." Balasku sambil menghulurkan t-shirt dan sweater kepunyaannya.

Firdaus memandangku tajam. Ayyoyyoo!!! Okey Fine!! Aku pujuk.
Aku menghembus nafas kecil.

"Fir.. Kau nampak lebih handsome tau kalau pakai baju warna pink." Pujukku.

Dia memandangku sambil mula tersenyum. Aku meneguk air liurku.

"Betul ni?" Tanyanya menginginkan kepastianku.

"Ye.. Betull.. Jomlah masuk dulu sementara tunggu diorang." Kataku sambil menolaknya ke pintu pemandu.

Setelah itu, aku berlalu ke pintu sebelah pemandu dan meloloskan diri di dalam kereta. Begitu juga dengan Firdaus. Aku senyap dia pun senyap.

"Fir.. Panaskanlah enjin tu dulu." Aku akhirnya bersuara.

Firdaus segera memulas kunci yang sedia ada di dalam kereta tersebut untuk memanaskan enjin kereta. Usai itu, dia kembali bersandar di kerusi pemandu.

Tanganku ligat membuka radio. Aku menekan-nekan butang di remote controlnya untuk mencari siaran radio korea.

Papp!!

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now