BAB 23

7.7K 393 3
                                    

*selama sebulan ni, author akan imagine dan reka tempat yang dituju. Ikut suka hati author la nak buat macam mana. Yang pasti, hotel yang author mention ni just sekadar nama je. Author akan reka yang lain macam, kedudukan lift, bilangan bilik bagi satu aras, kedudukan bilik dan sebagainya. It just for fun...

Kami tiba di Hotel Rossa Passadena tepat pada pukul 2 petang. Aku melangkah ke dalam hotel dan menuju ke receptionist counter.  Aku menjinjit bagasiku bersama.

"Hello miss... Can I help you?" Tanya seorang penyambut tetamu yang cantik bertudung.

"Ahh.. We're from Emerald Highschool. Mr. Mustaffa Yusoff had already booked our rooms. Isn't?" Tanyaku.

"Ohh... Yes yes... Do you want all the keys?" Tanya penyambut tetamu tadi. Aku mengerling sekilas nametagnya. Sarah.

"Erm... How many rooms for us?" Tanyaku lagi.

"Wait a second.... Amm 18 rooms totality." Balas Sarah sambil setia mengukirkan senyuman.

Woahh.. Sorang satu bilik.. Daebakk!

"Yes... Give me all the keys." Kataku sambil mengoyakkan senyuman di bibirku.

"Here, miss.." Ujar Sarah sambil menghulurkan gugusan kunci yang mempunyai nombor bilik masing-masing.

"Thank you so much..." Kataku sambil menyambut hulurannya.

"Most welcome miss.." Jawabnya.

"Please tell them to wait here until I come back ." Bisikku kepada Sarah.

Sarah hanya mengangguk sambil tersenyum manis kepadaku.

Aku melangkah ke dalam lift dan naik ke tingkat yang diarahkan. Sampai sahaja, aku menjengukkan kepalaku di luar. Aku berpaling ke kiri dan kanan. Kiri kosong, cuma ada tingkap.
Okey kanan baru ada bilik yang disusun menderet sebelah menyebelah dan bertentangan.
Aku tengok nombor bilik mula-mula yang menjengah pandanganku.

400. Bertentangan dengan bilik ni 401. Okeyh ni dah betul. Aku kira-kira bilik yang ada kat situ. Hehh.. Cukup-cukup 18 buah bilik. Okeylah tu.. Aku sekarang berdiri kat tengah-tengah laluan untuk ke bilik-bilik di aras tersebut. Jadi, nombor-nombor bilik kat sebelah kanan aku... 400,402,404,
406,408,410,412,414, dan 416. Dan sebelah kiri aku... 401,403,405,407,409,411,413,415, dan 417.

Aku target bilik-bilik sebelah kanan aku,perempuan punya. Tapi disebabkan kitorang ada 10 orang, jadi salah satu bilik kat sebelah kiri aku juga kitorang punya. Yang selebihnya untuk lelaki. Aku segera mengasingkan kunci-kunci mengikut perancanganku tadi.

Setelah itu, aku turun ke lobi semula secepat mungkin. Bagasi aku pun aku tinggal kat kaunter penyambut tetamu tu. Aku memanggil mereka semua yang masih lagi asyik berbual sesama sendiri. Tak bosan ke diorang ni?

"Beratur kat depan aku sekarang jugak!" Laungku kepada mereka. Lengang je keadaan hotel ni sebab sekarang masih lagi musim persekolahan. Cuba korang datang waktu cuti... Menangis tau tak?

Mereka semua segera beratur seperti yang disuruh. Aku suruh mereka buat barisan mengikut jantina. Senang nak bagi kunci nanti. Beberapa minit kemudian, mereka beratur dengan kemas dan rapi sekali.

"Okey... Bilik-bilik untuk kita semua berada di tingkat 4. Korang boleh bergerak lepas aku bagi kunci ni." Kataku.

"Fir... Nah, kau bagi kat pelajar lelaki." Arahku sambil menghulurkan kunci-kunci tersebut.

Dia menyambutnya tanpa banyak soal.

Kami berdua mengagihkan kunci-kunci tersebut kepada setiap pelajar. Aku punya bilik 400. Setelah itu, kami mula ke lift mengikut kumpulan untuk ke tingkat 4. Kumpulan Blue mula-mula naik.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now