BAB 54

5.8K 302 10
                                    

Pada hari perlawanan...

Aimin's POV

Pada pagi ini, kami datang awal sikit ke sekolah. Bukan apa, nak buat preparation sebelum pertandingan tu. Kalau sempat, nak test sekali kat dewan tu.

Lagipun, perlawanan start pukul 9.00 pagi. Selalunya, pukul 7 atau 8 pagi, peserta-peserta baru berkumpul.

Kami terus ke Golden Hall sebaik sahaja tiba di sekolah. Sekarang ni pukul 6.15 pagi.

Beberapa minit berlatih untuk kali yang terakhir, kami pun berhenti. Walaupun di mulut, kami cakap kami okey. Namun tak sebenarnya di hati. Kitorang ni, gugup ada, resah ada, gelisah ada, cemas ada, bimbang ada... Semuanya ada. Kalah yang mahu bertanding.

Sedang kitorang sedang berehat di Golden Hall  tersebut, TF menyerbu masuk sama. Terkejut habis kitorang. Lagi bertambah berdebar jadinya.

"Weiii apahal korang ni?!" rungut Wanie sambil mengurut dadanya.

"Jantung aku...." kataku sarkastik. Tapi memang betul pun. Rasa nak luruh je jantung ni.

"Hehehh... Kitorang gementar sikit. Sebab tu nak jumpa, keshayangan semua ni." balas Izzul selamba.

"Tah sape dia, keshayangan dia tu." sindir Arin.

"Alahhh... Tak nak mengaku pulak dahh. Awaklahh cik Arin, sayanggggg!" kata Izzul lagi, dengan muka miang.

"Baldi mana baldi?" soal aku, Arin, Ama dan Wanie serentak. Manakala Aten dan Iffah sudah pun 'muntah'.

"Halahhh! Poyo lah korang ni!" bentak Izzul.

"So whaaattt?" soal aku, Arin, Ama dan Wanie serentak sekali lagi.

"Hisy! Tak payah nak serentak sangatlah! Menyampah aku dengar!" bebel Ad pula.

"Eehhh kau diam!" kata Iffah kepada Ad.

"Sampai hati u.. Nak nangis ah camni." Ad dah buat muka nak nangis.

"Haa... Nangis lah nangis. Cepattt, aku nak rakam and viralkan ke satu sekolah. Gedik betul!" sindir Iffah.

Ad memasamkan muka.

"Dah habis gaduh?" perliku.

"Kitalah pulak yang gaduh." permintaan Firdaus buat aku rasa cam nak sepak terajang je dia tu.

Aku memberikan jelingan maut kepadanya.

"Whoa, Faiq! Kau ni memang dah lama hidup eh?" soal Wanie, dalam nada menyindir.

"Erm... Tahun ni masuk 16 tahun ah.." balas Firdaus polos.

"So, dah puas hidup?" soal Ama pula.

"Eh korang ni dah kenapa, hah?! Puas ke hidup? Lama dah hidup?! Sekarang ni korang yang dah lama hidup!" bentak Firdaus. Geram mungkin.

Terletus ketawa kami semua.

"Wehh, dah-dah ah tu. Dah pukul 7.30 ni weh!" kata Shazwan setelah tawanya reda.

"HAHHH?!"

"Ayoiii! Hah hah hahh!" Ad menarik nafas, tergesa-gesa.

"Jom weh jom! Lambat pulak nanti.." kata Firdaus lalu berlalu keluar dari dewan tersebut. Diikuti Izzul, Ad dan juga Syamid.

"Asal dia tu? Match pukul 9.00 kan? Yang kalut sangat kenapa?" soal Arin bertubi-tubi.

"Hahahh... Actually, diorang takut dapat tempat duduk yang paling belakang kat dalam hall tu." kata Shazwan.

Kami berpakat menepuk dahi masing-masing. Lahhh masalah kecil dowh!


🏀🏀🏀

Wanie's POV

Aku tetiba je rasa cam kaki aku ni kena tukul.. Bergeletar habis. Aihh! Macam mana ni?

Aku duduk di atas rumput yang menghijau di padang tersebut. Cuba untuk menghilangkan kegetaran kaki.

"Wanie... Game dah nak start tu. Jom lah, kita kena bagi sokongan kat diorang." Tegur Aimin.

Aku hanya mampu mengangguk. Aku bingkas bangun bagi menyertai mereka semua. Setiap langkah diatur dengan penuh berhati-hati.

Dari jauh, kelihatan pasukan TF berada di dalam gelanggang bersama sepasukan dari sekolah lain. Mereka membuat undian bagi menentukan permulaan perlawanan.

1...

2...

3...

TF berjaya mendapatkan giliran menyerang. Mereka pilih bahagian 'bola' tadi. Manakala pihak lawan pilih padang. Dan keputusannya berpihak kepada TF.

Tapi yang tak syoknya, aku! Apasallah masa ni jugak kaki ni buat hal? Leceh betul ah!

"Baiklah... Perlawanan akan dimulakan dalam kiraan 3." Kata pengadil.

Kedua-dua pasukan tersebut bersiap-sedia di posisi masing-masing. Begitu juga dengan kami dan juga cheerleaders dari pasukan pihak lawan.

"1....."

Sabarlah kaki... Tunggu habis perlawanan nanti bolehlah kau nak sakit ke apa ke.

"2......"

Tahan... Tahan... Keep going.

"3! Priiiiiiiiit!" Wisel ditiup dengan penuh bersungguh-sungguh.

Bermulanya perlawanan mereka maka bermula jugalah perlawanan kami.

"TF, we are going to support you, keep going! Huhhh huhhh! Keep going!" Aku memulakan laungan soloku.

Kami mula melakukan beberapa pergerakan.

"Sazzy Blides keep going! Keep shininggg!" Laung cheerleaders pihak lawan.

Kami semua mencebik.

'Huhh... Orang kata keep going, dia keep going jugak..'

Maka, tercetuslah 'perlawanan' kami. Sedar tak sedar TF dan Sazzy Blides pebenda tu, dah ke perlawanan akhir.
(Yuhuu, tak logik kan?😂)

Kami juga bersiap-sedia untuk menamatkan sorakan.

Sikit je lagi nak habis, tiba-tiba aku rasa kaki aku sakit teramat. Ya Allah! Time ni jugak dia buat hal!!

Akibat itu, aku tak dapat fokus sebab layan rasa sakit tu. Dah lah aku kat stage 4 daripada 5 stages ni. Aku ngan Ama kat stage 4, tampung kaki Aimin yang kat stage 5 sorang dia. Dan.... Korang boleh teka apa yang jadi.

"AAARGHHH!"













Maigad! Author rasa dah sebulan kut author tak update, kan? Ya Allah, sorry sesangat. Minggu lepas, author fokus exam. Tapi.... Tetap dapat c sejarah😫 huhuuu shedih shangat..

Abaikan note terakhir kat atas. Oh ya, enjoy this part and.....

SALAM RAMADHAN FROM THE FLAWLESS AUTHOR😄

Byebye.... See u olls on the next update!

School : World Of Musical ✔ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora