EPILOG

9.9K 319 14
                                    

Aimin's POV

Sedikit sebanyak aku kecewa dengan mama yang tampar aku masa tu. Depan Firdaus pula tu. Tapi aku beranggapan bahawa itu cara mama mengendalikan kes aku dan Firdaus itu. Alhamdulillah sejak hari tu, dia dah tak ganggu aku dah.

Keputusan aku untuk ke Tanah Suci Mekah juga merupakan suatu keputusan yang paling tepat. Buktinya, sepanjang berada di sana, aku berasa tenang je. Aku doakan kesejahteraan keluarga aku, kawan-kawan aku dan seluruh muslimin muslimat di atas dunia ini.

Dan apa yang paling penting, aku dah boleh lupakan peristiwa memeritkan itu. Dan aku juga slow-slow  dalam proses nak memaafkan dia. Yelah, kita ni manusia yang tetal hina dan penuh dosa kepada Allah. Langsung tak layak untuk tidak memaafkan hamba-Nya yang lain.

Bak kata orang, Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Betullah kan. Dugaan dan ujian yang ditempuhi oleh kekasih Allah itu jauh lebih mencabar daripada dugaan aku yang mungkin sekecil zarah ini.

Aku cuba untuk mencontohi sifat terpuji Rasulullah SAW dalam menempuhi kehidupanku yang akan datang. Inshaallah, semuanya berjalan dengan lancar.

Aku bahagia dengan hidupku sekarang. Tanpa gangguan daripada sesiapa sahaja yang mungkin menyebabkan aku serabut. Namun, jikalau perkara itu berlaku, inshaallah akan kutempuhinya dengan penuh matang. Takdelah nak merajuk, mengamuk, menengking tak tentu pasal.

Aku rumuskan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan ini ada hikmahnya. Buktinya cukup jelas terpampang di depan mata. Disebabkan stress dengan masalah aku dan Firdaus tempoh hari, aku dipertemukan dengan seorang jejaka yang bagiku amat baik.

Dia menjadi telinga dan memberikan nasihat kepadaku selain aku beradu kepada Allah dan keluarga. Dan mulai saat itu juga, kami berkawan baik. Suka dan duka kami kongsi bersama.

Hmm pasal Firdaus? Dia entahlah.. Aku tak tahu keadaan dia sekarang. Sebab lepas je dia datang rumah aku hari tu, aku langsung tak dapat berita tentang dia lagi. Kawan-kawan aku, TF apa tu semuanya berdiam diri apabila aku bertanyakan mereka. Mungkin mereka tidak mahu aku berjumpa dia lagi.

Tapi semenjak ni, aku dengar desas-desus yang mengatakan bahawa dia outsea untuk menguruskan syarikat papanya di sana. Di mana tak tahu. Dan kebenarannya juga aku tak pasti.

Kita sebagai manusia, doakan jelah yang terbaik untuk dia. Perkara yang sudah lepas, jangan dikenang. Let bygones, be bygones. Tak baik berdendam bagai ni. Cukup aku berperangai begitu sebelum ni. Memang ketenangan hati tak pernah tercapai kalau kau tanam perasaan dendam tu. Percaya cakap aku.

TGT ngan TF?

Mereka baik-baik sahaja. Cuma sudah ada yang bertunang antara mereka. Nak tahu siapa? Alah dekat bab yang lepas aku dah bagitau klu dia. Tapi ada jugak yang tak betul kat situ.. Hehe..

Ha ni list diorang eh.. :

💕Khairul & Amalia
💕Syamid & Aten
💕Iffah & Ad

Okey, tu je. Arin ngan Izzul tu baru tengah buat persediaan. Nanti, adalah tu khabar berita diorang. Wanie pulak? Wanie tu, hmm dia tu acah je nak berdendam bagai. Kalau korang nak tahu, sebenarnya, si Shazwan tu cuma prank dia masa tu. Kitorang semua tahu pasal tu.

Alih-alih si Shazwan tu pergi hantar rombongan mak kiah ke rumah Wanie. Takdelah, rombongan meminang lah! Kitorang termasuk sekali dalam rombingan tu. Punyalah menangis tak berlagu Wanie masa tu. Lepatu acah nak merajuk.

Tapi akhirnya dia tetap termakan pujuk Shazwan. Cumanya, dia tetapkan syarat pula nak bertunang tu. Banyak songeh kan pompuan ni? Kawan siapa la. Haihh.. Dia kata dia nak bertunang masa umur dia genap 20 tahun. Mengada betul kawan aku sorang tu.

Dan aku? Aku masih belum terbuka hati untuk terima siapa-siapa pun buat masa ni. Tunggulah.. Nanti kalau aku dah bersedia, akan ada juga nanti. Jodoh di tangan Allah, kita sebagai hamba-Nya tidak mampu mengubah itu. Cuma kita perlu berusaha kan?

Inshaallah, aku akan berjumpa jodoh aku beberapa tahun lagi dari sekarang. Untuk pengetahuan korang, TGT takkan berkahwin selagi salah seorang ahli takde calon. Sebab apa? Sebab kitorang rancang nak buat majlis perkahwinan sekali enam pasangan.

Tapi aku takkan ada pasangan la buat masa sekarang ni. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Lagipun, tak lama lagi, aku akan buka sebuah kafe yang aku usahakan sendiri 100%. Tanpa sumbangan sesiapa. Berbaloi jugaklah walaupun hanya sederhana.

Aku cukup bahagia tinggal bersama mama, Alia dan kak Arin. Walaupun kak Arin jarang-jarang berada di rumah, sebab belajar luar negara. Tetapi kenikmatan itu tetap ada, walaupun ahli keluarga berkurang. Aku tetap akan tinggal bersama mereka walaupun kami adik-beradik sudah mempunyai rumah peninggalan masing-masing.

Keluargaku syurgaku.💞

THE END



#EDITED

Harap korang semua sudah boleh menerima takdir yang telah disuratkan ye? Author dah tak nak edit apa-apa dah kat story ni. Korang jangan mengada eh? Kalau tak, author bagitau mak author. Korang buli author.

Jadi, habislah sudah kisah Emerald Highschool ini. Semoga kita berjumpa lagi di story author yang seterusnya.. Babaii😘

School : World Of Musical ✔ Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang