BAB 56

5.7K 295 2
                                    

Aimin's POV

Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan telah berlalu. Hari ni masuk hari ke 27 umat Islam berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Dua tiga hari je lagi nak raya. Tahun ni tahun pertama aku berpuasa penuh. Sebelum ni, aku puasa gitu-gitu. Betapa jahilnya aku masa tu.

Aku malu dengan diri sendiri apatah lagi dengan orang di sekeliling aku. Tapi  Alhamdulillah dengan bimbingan Firdaus dan juga sokongan keluarga, aku terbuka hidayah untuk mendekati Islam. Aku dah membiasakan diri dengan pakaian yang menutup aurat, cuma aurat rambut dan leher sahaja yang masih belum aku tutup.

Ibadah puasa dapat aku laksanakan dengan cukup syaratnya. Aku juga dah mula berjinak-jinak dengan rukun Islam kedua iaitu solat 5 waktu. Perjalanan sehari-hari berpuasa menjadi lebih senang dan lancar apabila waktu persekolahan. Setiap hari, aku diberi nasihat dan pengajaran oleh Firdaus dan gengnya.

Tgt yang lain pun dah mula berhijrah macam aku. Arin dan Iffah dah mula menutup aurat dengan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Yang selebihnya sama macam aku. Walau apapun, kami tetap bersahabat dan kalau boleh biarlah persahabatan kami ini hingga ke jannah.

End POV





💕💕💕


"Bulan-bulan puasa ni, banyak perkara yang boleh kita buat untuk mendapatkan shafaat Allah. Lebih senang kerana tiada godaan syaitan. Namun, kita harus bijak mengawal nafsu kita. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah membaca al-quran, mengerjakan solat terawih, bangun pada waktu malam dan sebagainya. Jika dilakukan dengan hati yang ikhlas, insyaallah pahala yang diberikan Allah tidak berkurang." Tutur Firdaus panjang lebar.

Mereka yang berada di situ mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian, Shazwan pula menyambung ceramahnya.

"Apa yang penting sewaktu berpuasa ialah menahan sabar. Sentiasa sabar. Kerana apa? Definisi berpuasa juga ada terselit mengenai kesabaran umat Islam dalam mengerjakan puasa. Sabar juga merupakan sebahagian daripada iman. Jadi, kawallah rasa baran, marah, cemburu dan apa saja emosi dengan sabar." Katanya tenang.

"Okey.. Siapa antara korang ni tahu mengenai lailatulqadar?" Soal Syamid kepada TGT.

Mereka semua menggelengkan kepala.

"Baiklah. Meh aku terangkan apa itu lailatulqadar. Lailatulqadar ni lebih dikenali sebagai malam seribu bulan. Allah SWT bahkan Nabi Muhammad SAW menyeru umat Islam untuk mencari malam lailatulqadar ni. Bila nak cari? Cari pada 10 malam terakhir Ramadhan. Rasa terbeban, sebab banyak sangat? Hah, korang cari pulak pada malam-malam ganjil (still 10 malam terakhir). " katanya panjang lebar.

Mereka terlopong.

Khairul pulak sambung..

"Korang boleh menunaikan ibadat kepada Allah pada malam tu. Solat sunat banyak-banyak. Lepastu dzikir kepada Allah. Dan kalau masa panjang lagi sebelum bersahur, baca Quran. Kalau boleh biar dalam bulan mulia ni kita dapat khatam 30 juzuk Al-Quran, faham? Macam aku, aku alhamdulillah dah khatam kelmarin." Kata Khairul.

Mereka meneruskan sesi ceramah tersebut sehingga tiba waktu Asar.



🍴🍴🍴

"Aimin, kak Arin, Melissa! Mama nak shopping baju raya ni. Korang taknak ikut ke?" Jerit Puan Fatini di ruang tamu.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now