BAB 62

6.3K 294 12
                                    

AIMIN'S POV

Aku merenung kosong siling bilik tidurku. Sesekali aku menutup kelopak mata, agak lama sebelum membukanya semula. Letih, letih dengan permainan yang cuba disusun oleh dia. Sekali lagi, dia kecundang.

Entah kenapa aku terfikirkan semula peristiwa ni. Padahal, hari tu bukan main lagi aku berlagak akan lupakan dia. Tapi hakikatnya? Hati ni masih lagi terkenangkan dia.

Apa salah aku? Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Orang lelaki memang macam ni eh? Perangai cam apa tah, sama lah macam watak-watak utama dalam novel dan drama selalunya.

Kita takde buat salah apa-apa pun, tetap dipersalahkan. Macam kisah aku ni la. Apa yang aku tak bagitau korang, si jantan tak guna tu, salahkan aku tau. Dia salahkan aku sebab aku tak menarik perhatian dia?

Apa dia tu dah gila ke apa? Aku tak nak la jadi macam beruk yang tergedik-gedik je 24 jam dengan pakwe sendiri? Geli tahu tak geli? Nikah pun tak lagi. Bangang betul.

Okey, now, aku cuma perlukan vacation. Aku nak bercuti di tempat yang aku idamkan. Inshaallah semua ni akan aku lupakan.

Tiket penerbangan ke Mekah yang aku beli petang tadi, ditatap penuh minat. Aku tersenyum kecil. Tak sabar pulak rasanya nak menjejakkan kaki di tanah suci itu. Aku nak sucikan sedikit sebanyak diri dan amalan aku sebelum ni yang banyak compang-campingnya. Diri penuh dengan dosa dan hina ini perlu dididik.

Sabarlah duhai hati. Lagi dua hari. Sekarang, masa untuk tidur.


💖💖💖


FIRDAUS POV

Sehari selepas hubungan aku dan Aimin ditamatkan, aku relaks je. Biasa lah tu, adat couple lahhh katakan. Hari kedua, hati aku berasa gelisah kerana tidak mendengar suara dia. Hari ketiga  aku mula rasa menyesal dengan keputusan terburu-buruku itu. Kesannya, hati ni yang merana.

Sampaikan satu tahap, aku jatuh sakit sebab terlalu rindukan gadis itu. Tapi aku tahu, pasti dia benci gila kat aku. Yelah, aku putus dengan dia tanpa sebab kut. Dan aku juga ada tuduh dia sikit-sikit.

Bodoh kan aku?

I don't know what's going on me?

Adakah aku ni gila cinta?

Gila. Ada ke perkataan tu? Aku rasa cam tak pernah pulak dengar. Mengarut je kau ni, Firdaus. Bilalah nak normal..

Aku rasa macam nak getback dengan dia.. Tapi, dia boleh terima lagi ke? Sanggup ke dia bagi peluang yang ketiga kepada aku? Aku dah banyak kali buat perangai macam ni. Selalunya perempuan, tapi ni aku sendiri. Buat malu kaum je.

"AAARGGHHHHH!" Pekikku sekuat hati.

"HOI KAU DAH KENAPA?!" Jerkah kakakku sambil memulas tombol pintu bilikku. Mungkin dia berada berdekatan bilikku, tu yang cepat je menyahut.

"Faiq tak tahu nak buat apa kakkk.. Tolonglah Faiqqq.." Rayuku. Lengannya kupaut.

"Erkk.. Takde maknanya akak nak tolong. Yang kau tu bebal sangat pergi putus ngan Aimin tu siapa suruh?! Mama pun dah berkenan dengan budak tu. Kau yang buat perangai pula. Pandai-pandailah kau.. Ni bukan kali pertama kau buat. Dah berkali-kali. Akak kesian tengok Aimin. Dah lah.. Tak usah kau nak ganggu dia lagi." Bebel kakakku panjang sebakul. Insan-insan di dalam rumah ini masih lagi marahkan aku pasal hal aku dan Aimin tu.

Aku mengeluh lagi.

"Kakakk.. Akak buat Faiq makin fedup tau tak?" Kataku.

"Tahu pun. Akak cuma cakap benda betul eh, fakta." Balas kakakku lagi. Ada sedikit nada menyindir di situ.

"Kakk..."

"Dahlah.. Akak banyak kerja lagi nak buat ni." Kata kakakku seraya berlalu keluar dari bilikku.

Aku hanya menyoroti pemergiannya. Tiba-tiba telefon pintarku berdering. Aku pantas menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello?" Soalku lemah.

"Weii Firdaus! Kau dah gila ke apa putus ngan Aimin? Kau tahu tak, dia sayang gila kat kau. Semudah tu je kau lepaskan dia? Weh, aku konfem Firdaus.. Konfem dia takkan maafkan kau atas semua ni. Kau bagi dia fakehope! Dulu pun macam tu jugak. Dua kali kau buat kawan aku macam ni. Apa kau ingat dia takde hati perasaan ke ha? Bongok la kau Firdauss.. Aku dan yang lain takkan benarkan kau jejak dia lagi. Jumpa pun kitorang tak bagi. Cukuplah dia dipermainkan selama ni. Bodoh!" Ama terus menamatkan panggilan tanpa sempat aku balas apa-apa. Mungkin dia baru dapat maklumat pasal aku putus ngan Aimin tu kut, tu yang baru serang ni. Kan?

Fikiranku bertambah serabut. Sorang-sorang push aku macam ni. Boleh gila aku kalau macam ni terus.

Rambut aku kusutkan dan sekali lagi aku melaung. Cuma kali ni bertekupkan bantal. Takut kena lempias marah mama pula.

Semuanya salahkan aku. Semuanya backup si Aimin tu. Tapi memang salah aku pun. Even TF pun sokong diorang, i mean, TGT tu la.

Rasa bersalah pula tiba-tiba menjengah lubuk hati. Macam mana dengan penerimaan keluarga dia? Adakah sama seperti keluargaku, dan rakan-rakanku?

Akh perlu buat sesuatu.

Jam di dinding dikerling sekilas. Jarum jam menunjukkan angka 11 dan jarum minit pula berada pada angka 10. 11.55 p.m.

Aku mengeluh lagi. Macam mana boleh tak sedar yang sekarang ni dah malam? Haihh.. Takpelah, esok masih ada. Baik aku tidur dulu. Hmm..




#EDITED

Struggle author edit semula bab-bab ni untuk kepuasan korang tau. Tapi ni pun tak tahu la korang puas hati ke tak. Mohon puas ya? Author tak mahir bab ending ni. Tolong faham author. Sekian, terima kasih.

BTW, sekali lagi nak bagitau, my fandom is PEARLS.. Hehe, teringin nak ada fandom jugak😌 Saje je bagitau😅

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now