BAB 35

5.9K 351 7
                                    

Aku berpaling ke belakang. Dadaku berombak ganas. Aku memandangnya tajam.

"Eh kau buat apa hah kat sini?!" Tanyaku keras.

"Err... Saya datang ni nak bagitau benda kat akak." Balasnya gementar.

"Apa yang kau nak bagitau tu, Maira Melissa?" Soalku tanpa memandangnya.

"Saya just nak bagitau akak yang Amy dan Flamingoes tengah buat rancangan untuk musnahkan akak. Dan diorang dah tahu pasal kemalangan Pak Long...."

"Termasuk kau? Kau kan yang bagitau diorang tentang insiden papa aku? Hehh..  Apalah malang sangat nasib aku ada sepupu macam kau?.." Pintasku laju.

"No. Akak saya tak terlibat dalam perancangan ni. And saya akan keluar dari Flamingoes secepat mungkin. Saya tak sanggup nak bersubahat lagi." Balasnya tenang.

Aku tersenyum sinis.

"Kau nak bagitau aku yang kau ni dah insaf, gitu? And kau nak aku bangga dengan kau? Hehh hell no!" Balasku.

"Terserah akaklah nak cakap apa pasal saya. Tapi kenapa akak benci sangat dengan saya?" Tanyanya sayu.

"Cehhh.. Buat-buat tak tahu lah pulak." Balasku sinis.

"Kak... Saya betul-betul tak tahu punca akak benci saya." Balasnya.

"Okey aku bagitau. Kau dah rampas kebahagiaan dan kemesraan aku dengan kakak dan arwah oppa aku!" Aku mengeluh keras.

"Kau buat jadi lonely masa tu... Aku tak sempat nak mintak maaf dengan oppa disebabkan kau! Dan sampai sekarang, kak Arin tak bercakap sepatah pun dengan aku!! Kau faham ke perasaan aku? Aku tak rasa yang kau faham. Yelah, kau hidup dengan kemewahan dan dihargai semua orang. Okey SEMUA orang termasuk keluarga aku!!...." Bentakku.

"Kak!! Mel tak buat semua tu. Dan saya tak tahu menahu pun yang korang adik-beradik bergaduh..." Jawabnya.

"Ohh... Kau nak cakap yang aku lah penyebab semua ni? " sinis aku bertanya.

"Tak... Tak... Bukan tu maksud saya."
Balasnya.

"Kerana kau, oppa abaikan aku. Dan sebab kau jugak, aku dituduh oleh kakak kandung aku sendiri. Kau licik betul kan? Yelah... Kau tahu yang aku pantang kalau ada yang buat hal dengan aku. Tapi kau ni berani giler.. Siap baling batu lagi kat aku. Hehh.. Kau pasang perangkap kat aku. Kau memang tahu yang kak Arin akan lalu kat situ kan? Sungguh kau licik!" Balasku sambil memandangnya tajam.

"Kak.. Tu kisah lama lah. Tak payah nak ungkit." Balas Melissa.

"Tapi... Sebab kisah tu la kak Arin benci aku!!!" Bentakku.

"Kakk...."

"Kau pergi!!! Pergi dari sini! Jangan kau muncul depan aku lagi!" Kataku kasar sambil menolaknya menjauhiku.

Kebetulan masa tu, Arin dan Wanie sampai. Mereka terkejut dengan aksi kasarku.

"Tasha! Bawak bersabarlah.." Kata Arin lalu membawaku ke kerusi yang kududuk tadi.

"Suruh dia keluar sekarang!!" Bentakku lagi.

Arin memberi isyarat mata kepada Wanie. Wanie mengangguk sebelum mendekati Melissa.

"Lisa.. Kau baliklah dulu." Kata Wanie.

Melissa akur. Dia berlalu ke lift dan menerobos masuk ke dalam perut lift tersebut.

"Kau tak berbaik lagi ke dengan dia?" Tanya Arin lembut.

Aku menggeleng kasar.

"Takpelah.. Nah makan ni. Makan sampai habis tau." Balas Wanie ceria.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now