BAB 25

7.3K 424 11
                                    

8:00 a.m...

Setelah bersarapan, kami semua berpecah mengikut kumpulan semula. Aku diam je sejak tadi. Malas nak bersuara.

Sebab apa? Sebabb... Sejak daripada semalam, aku dah bergelar forever alone.. Ohhh so sadd.

Semasa hendak naik ke dalam kereta.. Aku menyuruh Amy duduk kat sebelah pemandu. Apa lagi tergedik-gedik dia bukak pintu kereta kat sebelah pemandu tu. Aku duduk belakang sekali. Tepi Edry. Arin duduk ngan Izzul.

Sepanjang hari itu, aku diam tak berkutik. Semua arahan aku ikut jer. Malas nak gaduh malas nak bertengkar malas segala-galanya. Aku datang sini nak have fun ngan TGT. Tapi yelah... Memandangkan semua dah ada pakwe, aku diabaikan. Aku cuba faham diorang, tapi entahlah..

~~~~~

Masuk hari ni dah hampir sebulan aku kat sini. Aku memang tak boleh nak senyum langsung sekarang. Impianku untuk bercuti dengan sahabat tercinta hancur begitu sahaja. Diorang dah banyak berubah. Diorang langsung tak ambil peduli pasal aku. Setiap malam aku menangis meratap nasibku.

Sehinggalah satu malam tu, aku terdengar perbualan Amy dan Wawa. Aku masa tu tengah buang air kecil kat tandas yang terletak di hujung aras tersebut. Amy ngan Wawa pulak tengah sembang-sembang kat sinki.

FLASHBACK

"Wehh.. Aku tengok si Aimin tu dah macam orang terbiar. Dipinggir oleh kawan-kawan dia." Kata Wawa.

"Huhh.. Padan muka dia. Itulah balasan yang setimpal untuk dia." Jawab Amy tersenyum puas.

"Tapi kenapa kau bersendam sangat ngan dia?" Tanya Wawa pelik.

"Kalau kau nak tahu...papa aku bercerai ngan mama aku semata-mata nak kahwin ngan mak Aimin tu. Mama aku menderita lepas papa ceraikan dia. Sampaikan.. Dia sanggup makan pil tidur sehingga terlebih dos. Dan menyebabkan dia mati. Aku satu-satunya anak dia.. Aku dah takde tempat bergantung kau tahu tak?! Semuanya gara-gara mak perempuan tak guna tu! Aku akan buat apa saja untuk hancurkan kebahagiaan mereka sekeluarga.! Dan aku akan bunuh mereka sekeluarga satu demi satu. Sorang dah tumbang masa mak dia tengah kapel ngan papa aku." Terang Amy berkobar-kobar.

"Ahhh.. Kesiannya kau.. Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan kau. Tapi takpe aku sentiasa sokong keputusan kau. Kalau kau rasa itu yang terbaik buat kau." Kata Wawa sambil menggosok bahu Amy.

Aku terkedu. Sampai macam tu sekali? Apa yang aku perlu buat ni? Dia nak bunuh aku dan keluarga aku!! Maknanya...dialah yang bunuh oppa? Argghhh!! Tidakk!

Aku terdengar bunyi pintu ditutup. Aku pasti mereka dah keluar. Sejurus itu, aku keluar dari tandas tersebut.

END FLASHBACK

Aku perlukan ketenangan!!! Aku bangkit dan mengambil sweater putih lalu menyarungkannya ke badanku. Rambut aku biarkan tanpa mengikatnya. Aku mengambil telefon bimbitku dan keluar dari bilik.

Aku turun ke lobi. Kebetulan Sarah bertugas pada malam tu. Aku mendekatinya.

"Kak... Kat area ni ada ke pantai ke pulau ke tempat-tempat yang ada air?" Tanyaku kepada Sarah.

Dia memandangku sambil berkerut.

"Ada ada.. Tapi kenapa? Kamu nak tenangkan fikiran ke?" Tanya Sarah.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now