BAB 27

6.9K 395 8
                                    

"Arghhh!" Jeritku.

"Amy! Baik kau lepaskan dia." Kata Firdaus dengan muka bengisnya. Begitu juga dengan ahli The Fliers yang lain.

"Biyy... Sanggup biy curang ngan ayang?" Rintih Amy namun pegangan rambutku masih tidak dilepaskan.

Wekk... Nak muntah... Help me please?..

Firdaus tergelak sinis. Dia memandang Amy..

"Hehh.. Kau tak payah nak ber'biy-ayang' sangatlah dengan aku!" Jerkah Firdaus.

"Apa maksud biy?" Soalnya kehairanan.

"Ceyh.. Aku ingatkan kau tu bijak sangat. Rupànya beruk lagi pandai dari kau. " sinis kata-kata Firdaus.

"Heyhh!! Biy ni dah kenapa?!" Tengking Amy pula.

"Sape biyy kau!? Buat pengetahuan kau, aku memang dah rancang semua ni lah! Hehh.. Kau ingat aku ni bodoh sangat nak terhegeh-hegeh dekat kau yang tak semenggah ni? Ohh please lahh... Orang gila pun belum tentu nakkan kau.!" Keras Firdaus bersuara.

"So, selama ni kau gunakan aku?!! S**t you, bast**d!!" Jerit Amy bersama tangisan yang kedengaran amat menakutkan di telingaku.

Aku dah tahan!.. Aku berpaling ke belakang perlahan-lahan. Aku terus merentap rambutku dan menolak tubuh Amy dengan kuat. Amy yang terkejut dengan tindakanku tidak sempat berbuat apa-apa dan terdorong ke belakang sehingga terjatuh. Aku mengambil kesempatan itu untuk kembali mendapatkan TGT dan The Fliers.

Aku membisikkan sesuatu kepada Arin dan dipass kepada semua ahli TGT. Mereka kemudian mengangguk. Aku memandang Amy yang sudah berdiri itu.

"Hehh.. Kalau kau berani sangat. Mehh, lawan kitorang." Kataku sambil tersenyum sinis. Begitu juga denga ahli TGT yang lain.

The Fliers pulak terbingung-bingung sendiri. Namun, mereka tidak pula menghalang.

"Kau ingat aku takut ngan korang? Haktuih!!" Balasnya.

"So, come here.." Aku memulakan permainan.

Setelah itu, Amy meluru ke arahku dengan muka bengisnya. Aku menunggu sehingga di betul-betul dekat dengan aku. Dia berlari pulak... Aku segera bergerak ke tepi menyebabkan Amy tersungkur sekali lagi di tanah.

"This is a simple moving, right TGT?!" Kataku kuat. Sorry bukan kata but tanya.

"Mestilah.. Budak pra pun pandai elak tau tak?? Tapi si nangka busuk ni?? Hehh,, so sad.." Sindir Wanie.

Yang lain hanya mengangguk. Amy kembali berdiri dan menyerang Wanie pula. Dia melakukan tindakan pantas dengan mencekik tengkuk Wanie. Namun, Wanie hanya tersenyum. Syazwan dah macam kucing hilang anak.

"Watch this!" Kata Wanie sinis. Kemudian, dia memegang kedua-dua belah tangan Amy yang mencengkam tengkuknya. Manakala kakinya bertindak untuk menyepak kepala lututnya sehinggalah Amy jatuh terduduk. I guess mesti lutut dia rasa sengal-sengal kan?

"Wehh Amy... Kitorang tak sampai hati nak pukul engkau." Kata Arin.

"First, sebab kau junior kitorang. Second, engkau tu perempuan... Perempuan kebanyakannya lemah. Kan?" Sambung Ama.

"Nanti kang pasal-pasal menangis kat sini... "Sampuk Aten pula.

Muka Amy dah bertukar warna. Entahlah dia marah ke malu. Tapi riak wajahnya yang bengis tu menunjukkan bahawa dia masih marah. Mungkin bertambah marah.

"So, kau nak teruskan ke?" Tanyaku sambil tangannya sibuk menguis rambutku yang terjulur di muka dan diselitkan di belakang telinga.

"Kau tunggu eh Aimin, Kau tunggu!! Huhh!" Balas Amy kuat sambil menuding jari telunjuknya ke mukaku. Setelah itu, dia meninggalkan kami dengan langkah yang laju.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now