BAB 1

21.1K 1K 123
                                    

Aimin POV

"Auchhh!" Aku memegang kepalaku yang berdenyut-denyut. Aku masih lagi mamai lebih-lebih lagi kepalaku masih pening.

Aku membuka kelopak mataku perlahan-lahan. Hampir tersembul mataku melihat beberapa pelajar lelaki berdekatanku.6 orang kesemuanya. Mereka sedang nyenyak tidur. Ada yang duduk atas sofa, tidur atas kerusi dan sorang ni?.... Tidur kat.....sebelah.... Aku!!!

'Eh jap! Aku kat mana ni? Hospital ke? Putih je wall ni.' Soalku di dalam hati. Tak berani nak keluarkan suara, takut diorang tersedar.

'Dahlah aku sorang jer perempuan kat sini... Omma!! Help me!' Bisik hatiku lagi. Aku memandang mereka macam nak nangis.

Aku cuba untuk bangun, namun tak berhasil. Aku terlalu lemah. Akhirnya aku hanya duduk menyandar di kepala katil. Aku tenung mereka satu per satu. Tekak ni terasa haus la pulak.
Aku lihat di sebelah kananku terdapat sejag air masak dan sepinggan buah-buahan.

Aku ingin mencapai jag air tersebut. Disebabkan jag tu berada di tengah-tengah meja sisiku, aku agak sukar untuk mengambilnya. Capai punya capai.. Last-last jag tu jatuh berderai di atas lantai. Aku segera memejamkan mata dan menutup kedua-dua telingaku.

PRANGG!!

Hah.. Macam tu lah bunyi dia. Dan aku telah mengejutkan mereka yang sedang tidur.

"Hei, kau tak apa-apa ke?"

"Bising betullah minah ni!"

"Arghh! Kacau mimpi indah aku je!"

"Haisy...."

"Kau pening lagi ke?"

"Kau nak air ke? Apasal tak bagitau aku?"

Hah!! Ambik kau... Bertubi-tubi soalan berselang-seli dengan cemuhan daripada 6 jejaka tersebut. Aku mengeluh perlahan.

"Korang... Korang...apasal tidur kat sini? A.. Aku kat mana sekarang ni?" Tergagap-gagap aku menyoal mereka.. Harap ada yang jawab. Aku tengok muka masing-masing cam dingin jer.

"Kau kat bilik kesihatan. Cikgu suruh kitorang bertanggungjawab hantar kau ke sini. Dan dia suruh kitorang teman kau sepanjang kau kat sini." Balas satu suara. Siapa entah aku tak tahu.

"Duhh! Aku bukan budak kecik la nak ditemani bagai." Rungutku perlahan supaya tidak didengari lelaki-lelaki tersebut. Dan...aku terlupa yang salah seorang daripada mereka...ada kat sebelah aku. Dia memandangku tajam.

'Gulp... Kau memang cari masalah, Aimin.' Bisikku.

"Yess kau bukan budak. Tapi kau kena ingat.. Kau tu tak sampai sehari lagi kat sini. Kau tahu ke mana bilik kesihatan ni terletak, tak kan? Bersyukur jelah kitorang sudi tolong kau." Bebel lelaki tersebut.

"Ok.. Fine!" Balasku sambil menjelingnya. Keberanianku mula menjengah masuk.

"Hei, budak! Nama kau ape? Tanya seorang lelaki yang duduk di atas sofa.

'Hekk'ehh.. Sesuka hati mak bapak dia je panggil aku budak.' Aku mendengus di dalam hati.

"Hermm.. Nama aku..." Balasku terhenti sekejap.

'Aimin ke Natasha? Aimin ke Natasha?' Soalku dalam hati.

"Woiih! Berangan pulak dah dia ni. Dia tanya tadi kan?" Sergah lelaki yang lain.

"Ohh.!! Nama aku Aimin Natasha." Jawabku. Last-last, dua-dua aku bagitau dek kerana terkejut dengan sergahan lelaki itu.

Aku memandang muka mereka satu per satu.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now