BAB 33

6.1K 358 11
                                    

"Assalamualaikum!!!" Bergema suaraku di dalam kelas 4 Gold tu.

Semua mata memandang ke arahku. Aku apa lagi?? Dengan selamba badaks nya aku berlalu ke tempat dudukku macam biasa.

"Wehh... Dia bagi salam ke tadi?"

"Psstt.. Sejak bila ni?"

"Dia ni Muslim rupanya.."

Segala bisikan tentang perubahanku terngiang-ngiang di telingaku.

"Aimin! " panggil Izzul.

Aku memandangnya. Keningku dijongketkan.

"Wehh.. Kau dah tobat ke weh?" Tanya Izzul berbaur sindiran.

"Ha'ah.. So what?" Balasku.

"Alhamdulillah.." Ucap Khairul pula.

"Ouhh... Tapi asal kau tak pakai tudung...n uniform untuk muslim?" Soal Izzul lagi.

Kali ni aku sentap.

"Hei.. Aku tak bersedia lagi untuk semua tu. Aku berubah ni kerana Allah. Aku tak suka dipaksa. Lagipun Islam pun tak memaksa umatnya yang baru terbuka hatinya untuk menerima Islam sepenuhnya. Insyaallah satu hari nanti, bila aku dah dapat hidayah, aku akan menjadi muslimah sejati. Insyaallah..." Kataku.

"Insyaallah..." Balas Izzul dan Khairul serentak.

"Huhh.. Bajet muslim konon... Tapi pakaian mengalahkàn orang kafir!" Sindir Rie kuat. Sengaja.

Ciss.. Natang ni menyibuk jugak.

Belum sempat aku nak jawab, Khairul dah potong.

"Hehh... Kau cakap.. torbaikk weh torbaikk! Kau sendiri tu, asal tak pakai pakaian muslimah?? Bukan ke kau orang Islam ke?" Sindir Khairul pedas.

Rie mengetap bibirnya kasar.

"Ehh.. Kau tak payah nak sibuk lah!" Bentak Rie.

"Ek elehh.. Betul apa." Balas Izzul pula.

"Korang berdua ni sapa hah?! Yang korang ni beria sangat nak backup betina tu apasal?!" Marah Rie.

"Diorang kawan aku. Apasal?" Kataku tanpa nada.

"Ohh kawan je. Aku ingatkan suami! " sindir Rie. Bias tu terkena kepada kami bertiga.

"Ehh.. Jaga mulut kau tu, sial! Dasar bongok!!" Izzul mengamuk.

"Izz,. Bawak mengucaplah!" Tegurku.

" Hey Rie! Kau dengar sini, sekali lagi kau kacau Aimin, kau mati!" Ugut Khairul.

Rie hanya mencebik bosan. Dia jeling aku. Aku pun jelinglah balik. Terbalik habis bebola mata aku.

~~~~~

"Eh Aimin...Mana Ama?" Soal Khairul semasa kami sedang bersiap-siap untuk pulang.

"Hehh.. Dah nak balik baru perasan? Apa jenis boyfriendlah kau ni." Sindirku.

"Aku betul-betul tak ingat. Terharu tengok kau berubah." Balas Khairul.

Aku mencebik.

"Dia ke kampung. Lawat nenek dia yang tengah nazak." Jawabku beberapa minit kemudian.

"Oohh.. Asal korang tak ikut sama?" Tanya Izzul pula.

Ehh apasallah banyak sangat soalan hari ni?!

"Lepas ni kitorang pergilah. Dahlah aku dah lewat ni. Korang punya pasal lah ni." Rungutku. Aku menggalas begku di sebelah bahu. Ala-ala gengster gitu.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now