BAB 3

16.9K 837 19
                                    

Firdaus POV

Aku terkejut melihat Aimin menangis tadi. Aku bersandar di dinding tangga tersebut. Aku meraup muka dan rambutku berkali-kali.

"Kenapa aku cakap macam tu? Kenapa... Kenapa??!!" Ujarku sendirian. Mukaku sudah memerah.

"Aku.. Aku.. Mintak maaf Aimin. Aku tak sengaja tuduh kau macam tu."  Kataku lagi sambil menghantukkan kepalaku perlahan ke dinding.

Aimin POV

Aku masuk ke dalam rumahnya yang gelap. Semua ahli keluarganya keluar kerana ada urusan masing-masing. Aku mengeluh. Aku masuk dan menutup kembali daun pintu tersebut. Aku membuka suis lampu ruang tamu, halaman rumah dan di dapur.

Aku menuju ke bilikku yang terletak di tingkat atas. Aku merebahkan badanku di atas katil yang empuk itu. Aku mengerling jam di dinding. 7.25 petang.

Lewat betul aku pulang hari ni. Aku teringat peristiwa yang benar-benar telah merobek harga maruahku. Sebelum ni, tak ada orang lagi yang mengeluarkan kata-kata yang tajam bak belati seperti lelaki itu. Lebih-lebih kepada new student. Sekarang barulah aku mengerti akan satu peribahasa yang mengatakan benda yang paling tajam di dunia ni ialah lidah.

Tak sangka hidup aku macam ni. Tanpa aku sedar, air mataku menitis satu demi satu. Aku tak dapat nak tahan mereka daripada menitis. Mereka amat memahami keadaanku. Mataku memerah. Aku mengepal tanganku.

Aku akan balas dendam,Faiq Firdaus.. Kau ingat tu. Kau jangan main-main ngan aku. Aku boleh tahan lagi siapa yang mengejek dan mengeji aku. Tapi aku paling sensitif kalau orang 'bermain-main' ngan maruah aku!

Aku bangun dan mencapai tualaku. Aku berlalu ke kamar mandi dengan hati yang membara.

Keesokannya...

Aku membelek-belek buku Add-Math yang tebal itu di mejaku. Kebosanan melanda diriku. Aku mengerling seat di sebelahku. Aku lihat Amalia juga sepertiku. Mata kami bertembung. Aku tersenyum begitu juga dengan dia.

"Haip.. Tasha.. Kau kenapa? Boring ea?" Tanya Amalia pantas.

"Haha.. Kau ni tau-tau jer. Kau bosan jugak ke?" Tanyaku pula.

"Hha'ah. Dahlah masa Bio ngan Fizik tadi cikgu tak masuk. Ni Add-Math pulak. Mau tak jenuh aku duk dalam kelas ni." Balasnya sambil menongkat dagu.

"Tulah pasal... Apakata kalau kita rehat awal? " cadangku kepada Amalia.

"Ermm.. Boleh jugak. Lagipun ada berapa minit je lagi sebelum waktu rehat. Jom." Balasnya seraya berdiri dan mengemas mejanya. Begitu jugak dengan aku.

Kami berjalan seiringan menuju ke tangga untuk turun ke kantin. Untuk ke tangga tu, kami perlu melalui kelas 4 Silver. Aku mengintai-intai kelas tersebut. Nampaknya kelas diorang pun takde cikgu.

"Ama... Aku nak panggil kawan baru aku kejap." Ujarku sambil berlalu ke pintu kelas 4 Silver.

"Hai.. Selamat sejahtera! Saya nak pinjam ahli kelas ni kejap eh.. Lepas ni saya bagi balik. Aten... Jom?" Selamba badak aku menerjah kelas tersebut.

Mujurlah takde sebarang halangan. Mereka hanya memerhati sahaja dengan muka minta kaki. Aku abaikan saja.Mudah kerja aku. Aku lihat Aten berjalan ke arahku.

"Tasha! Nak pergi mana?" Tanyanya.

"Kantin jom? Alah.. Kita rehat awal sikit arini ye? Sekali-sekala apa salahnya." Jawabku.

"Hurmm.. Okaylah.. Lagipun aku boring jugak sebenarnya." Katanya lagi.

Aku mendapatkan Amalia kembali. Fatin mengikutiku dari belakang. Aku memperkenalkan mereka. Setelah itu, aku mendahului mereka menuju ke kantin.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now