BAB 9

11.2K 539 31
                                    

Waktu pulang...

"Eihh korang... Aku dah bagitau Cikgu Mus tadi pasal kita nak buat band muzik tu..." Aimin tidak sempat menyudahkan kata-katanya apabila Aten menyampuk.

"Hah.. Dia kata apa?" Sampuk Aten.

"Eh pleaselah... Aku tak suka sangat orang yang suka menyampuk ni. Korang dengar jelah apa yang aku nak cakap. Tak payah nak tanya bagai." Bebel Aimin. Pantang sungguh dia dengan orang yang menyampuk.

"Ok.. Okey.. Sorry..." Balas Aten sambil menundukkan kepalanya.

"Okehh. Macam ni Cikgu Mus setuju kalau kita nak tubuhkan band tu... Cuma dia bagi syarat... Dia kata kita kena bangkitkan muzikal yang telah lama menghilang. Aku pun tak tahu kenapa dia cakap macam tu." Terang Aimin panjang lebar.

"Memang sebelum ni takde orang suka muzik eh kat sekolah ni?" Tanya Ama. Mereka semua hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Tulah pasal.. Masa mula-mula aku datang sini, aku tercari-cari jugak bilik muzik ni. Sebab aku dah biasa training piano pada waktu rehat, masa kat sekolah lama aku dulu. Aku ada tanya beberapa orang senior ni, pastu diorang balas acuh tak acuh je. Sudahnya aku carik sendiri bilik muzik tu. Mujurlah jumpa, kalau tak memang aku frust menonggeng ahh." Kata Wanie pula.

"Kalau macam tu, kita mesti serlahkan semula keserian muzik yang hilang tu!" Ujar Aten dengan semangat yang tinggi. Begitu juga dengan yang lain.

"Okayy girls. Nanti aku bincangkan tempat tinggal untuk kita ngan papa aku. Kita akan tinggal tanpa parents kita kat rumah tu. Maknanya kita akan hidup berdikari. Got it?" Kata Aimin.

"Ehh.. Aku lebih dari got it.." Selamba Aten menjawab.

"Herm.. Aku pun. Lagipun selama ni memang parents aku suruh aku berdikari pun. Diorang suruh aku tinggal kat asrama..tapi aku tolak. Sebab tu lah diorang masih risaukan aku yang tak reti nak berdikari ni. So aku rasa ni peluangnya untuk aku tunjukkan yang aku mampu berdikari." Jelas Ama panjang lebar dengan bersungguh-sungguh.

"Ohh. Aku pun sama." Balas Wanie  tetiba.

"Okey lah kalau semua dah setuju. Nanti aku bagitau perkembangan...esok." Kata Aimin.

"Okay boss! Aku balik dulu ea? Bye..~" Wanie melambaikan tangannya kepada mereka bertiga.

Mereka membalas sahaja sambil mengukirkan senyuman.

"Aten.. Jomlah balik." Ajak Aimin sambil mula mengorak langkah menuju ke taman perumahan yang terletak di sebelah pintu pagar sekolah itu.

"Wehh.. Janganlah tinggal aku. Tunggulah sini sampai mama aku datang.. Please.." Jerit Ama sedikit. Dia bimbang untuk menunggu seorang diri di pondok Emerald itu.

Pondok Emerald terletak bersebelahan pintu pagar Emerald Highschool itu. Kebanyakan pelajar duduk kat pondok ni semasa menunggu parents masing-masing menjemput mereka.

"Okh.. Hermm yelah.. Yelah.." Kata Aten dengan nada kemalasan. Dia berpatah balik dan berjalan mendekati pondok yang diduduki mereka tadi..begitu juga dengan Aimin.

Belum sempat mereka berdua melabuhkan punggung di atas bangku pondok, Ama bersuara...

"Ehh.. Mama aku dah sampai lah.. Aku balik dululah ye. Sorry susahkan korang. Bye..~" kata Ama sambil berlari mendapatkan mamanya yang memandu kereta Mercedes Benz  berwarna silver.

Manakala Aimin dan Aten yang melihatnya membuntangkan mata. Kecik besar kecik besar je Ama kat mata mereka. Penàt-penat mereka berpatah balik tadi. Kalau tahu macam ni jadinya, mereka tak akan patah balik tadi.. Tapi, dah diorang tak tahu akan terjadinya macam tu.. Nak buat macam mana kan..

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now