BAB 15

8.8K 444 4
                                    

Aimin melangkah ke dalam kelas 4 Gold dengan lemah. Mukanya terasa panas, menunjukkan tanda-tanda hendak 'hujan'. Perkara yang dikatakan pengetua tadi terngiang-ngiang di cuping telinganya.

FLASHBACK

"...... Dato' Ahmad dan Datin Fatini.. dah bercerai..." kata Pengetua.

"Whatt??!... kenapa saya tak tahu? Dan macam mana pengetua tahu pasal ni?" Tanya Aimin sebak.

"Maafkan saya.. tapi papa kamu yang telefon saya pagi tadi. Tapi saya tak bagitau kamu sebab takut terganggu persembahan kamu." Terang Pengetua.

"Saya.. saya mintak diri dulu."kata Aimin sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.

END FLASHBACK

"Tasha.. kau kenapa?" Tanya Ama sebaik sahaja Aimin melabuhkan punggung di kerusi.

Aimin tak dapat membendung air matanya daripada mengalir. Dia memeluk erat badan Ama.

"Aku... papa ngan mama... diorang... diorang... bercerai.." kata Aimin teresak-esak.

Berubah muka Ama. Dia menggosok-gosok belakang badan Aimin dengan lembut. Dia kasihan melihat keadaan Aimin.

'Kesian Aimin, banyak betul dugaan dia dapat.' Desis Ama.

"Heii.. kenapa baby girl kita menangis ni?" Tanya Munir, ketua kelas 4 Gold.

"Hisy... Jangan ganggulah." Marah Ama.

"Heh... TGT gedik. Berlagak bagus, semata-mata nak jadi famous je kan?" Sindir Rie, pelajar yang Aimin jumpa mula-mula dia datang sekolah ni. Dia sekelas jugak ngan Aimin. Lisya pulak kelas 4 Bronze.

"Eh..kau ni dah kenapa, Rie? Bagi aku lah kan... diorang dah terbaik. Hehhh... kau jeles kan? Dasar pengecut!" Balas Khairul, geng Firdaus. Dia dan Izzul sekelas. Manakala Syamid dan Arshad kelas 4 Silver . Syazwan dan Firdaus kelas 4 Bronze.

"Diamlahh!!" Tempik Aimin. Serentak itu dia berlari keluar kelas.

Ama terkejut melihat tindakan Aimim. Kemudian, dia memandang tajam seisi kelas yang turut memerhati kejadian tersebut. Pandangannya lebih terhala kepada Rie.

"Puas hati kau?!" Tanyanya sebelum beredar untuk mencari Aimin.

"Aku pulak yang kena." Rungut Rie.

"Dah memang kau. Cakap tak bertapis langsung."Balas Izzul kepada Rie.

Rie hanya menjelingnya.

Ama's POV

"Aduh.. Mana kau Tasha?" Tanyaku sendirian.

Sewaktu aku melintas di hadapan kelas 4 Silver, aku  lihat Teacher Ros sedang mengajar di depan. Aku mengeluh kecil.

Aku mengambil keputusan untuk ke kelas 4 Bronze. Setelah tiba, aku menjenguk sedikit kepalaku di pintu belakang untuk melihat suasana kelas tersebut. Nak tengok cikgu ada ke tak.

Fuhhh.. Nasib cikgu takde. Aku pun berlalu ke pintu utama kelas tersebut. Aku mengetuk pintu tersebut beberapa kali. Apabila aku dah dapat 'perhatian' warga kelas itu, aku memanggil Wanie.

"Hai.. erm... Aku nak curik Wanie kejap boleh? " Tanyaku meminta izin.

Mereka hanya memandangku pelik. Aku lihat Wanie. Dia memberi isyarat supaya sebut nama penuh dia. Aku mengangguk.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now