BAB 31

6.9K 383 3
                                    

Kami tiba di rumah Dato' Ahmad pada pukul 10:45 pagi. Sebaik sahaja memarkir kereta di tempat yang disediakan, terus aku masuk ke dalam rumah, diikuti ahli TGT yang lain.

"Papa!! Aimin ngan kengkawan Aimin datang ni! " laungku.

"Ya, ya papa kat dapur ni!" Balas Dayo' Ahmad juga melaung.

Aku berlalu ke dapur. Aku tengok papa tengah masak lauk untuk tengah hari kut? Ada kari ayam dan sayur campur.

"Whoaa sedapnya!" Kataku.

"Ahh kamu tolong cedukkan lauk-lauk ke dalam mangkuk. Papa nak buat air kejap." Arah Dato'Ahmad.

"Okey.." Segera aku mengambil 2 mangkuk dan mengisinya dengan lauk-lauk tersebut.

Setelah itu, aku letakkan di meja makan. Aku menyendukkan pula nasi putih ke dalam pinggan. Cukup untuk kitorang semua makan.

..............

Setelah selesai makan dan mengemas apa yang patut, kami semua berehat di ruang tamu.

"Uncle, kitorang nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi tumpangkan kami kat rumah tu." Ujar Ama.

Ahli TGT yang lain hanya menganggukkan kepala.

"Dan kami nak mintak maaf sebab lambat berterima kasih kat uncle. Sorry sesangat kitorang ni leka dengan kemewahan. We're meant it." Sambung Wanie.

"Lahh.. Takpelah. Rumah tu uncle dah pindahkan ke nama Aimin. Dia yang berhak ke atas rumah tu. Bukan uncle lagi." Balas papa sambil tersenyum.

"Yelahh.. Tapi uncle tetap gigih luaskan rumah tu. " kata Aten pula.

"Demi kebaikan kamu semua jugak. Kalau satu hari nanti uncle dah takde kat dunia ni, kamu semua janganlah berpisah or mempunyai hasat dengki ye.. Semua tu boleh memusnahkan masa depan kamu." Papa memberi nasihat.

Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak. Namun, cepat-cepat aku usir perasaan tu.

"Ye papa..."balasku.

"Kamu semua dah bersedia ke untuk sukan esok?" Tanya papa.

"I'm always ready for it." Balasku yakin.

"Dah!" Balas mereka semua serentak.

"Hahh. Buat yang terbaik ye? Harumkan nama sekolah tu. Buat cikgu-cikgu berbangga dengan kalian." Kata Papa lagi.

Kami semua hanya menganggukkan kepala. Dalam hati, aku dah rasa lain macam. Aku pandang papa lama-lama. Aku rasa tak sedap hati sekarang... Namun, melihatkan senyuman papa membuatkan hatiku kembali tenang.

~~~~~

Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Hari itu, kami semua tiba awal sikit ke sekolah. Semangat punya pasal. Kami semua nampak berwarna-warni ke. Mana taknya baju sukan yang didekor oleh pihak sekolah, warnanya terang dan berbelang.

*Pinky Bluessom - Pink belang biru
*Purply Whitten - Purple belang putih
*Black Yellowing - Kuning belang hitam

Tapi aku rasa sesuai lah kut. Sebab takkanlah nak buat warna yang pudar kan? Tengah-tengah panas nanti lagilah pudar warnanya.

Ding dong ding ding

Perhatian kepada semua pelajar, sila ke padang sekolah sekarang juga.. Ulang suara..............
Sekian terima kasih.

Ding dong ding ding

Selesai sahaja pengumuman itu, kami semua segera ke padang. Maklumlah kitorang duduk kat kantin tadi, so dekatlah sikit perjalanan tu.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now