BAB 5

14.4K 742 10
                                    

Normal POV

Ding Dong!

Terkocoh-kocoh Aimin berlari mendapatkan pintu rumah. Sebaik sahaja Aimin membuka daun pintu, tersembullah tiga wajah yang ditunggu-tunggunya sejak tadi.

"Haii!!! Jemputlah masuk. Jangan malu-malu. Family aku semuanya takde kat rumah." Aimin menyapa mereka sambil meluaskan bukaan pintu.

Fatin, Amalia dan Wanie masuk seorang demi seorang. Orang yang last tutup pintu... Mestilah Aimin...

"Wahhh, besarnya rumah kau!" Kata Ama sambil memerhati segenap sudut di dalam rumah Aimin yang luas itu.

"Ha'ahlah. Rumah aku tak sebesar ni. Kaya betul kau kan?" Kata Wanie pula.

"Seram sejuk aku duduk kat rumah kau. Kau tak takut ke tinggal sorang-sorang?" Tanya Aten pula.

"Hisy.. Korang ni melebihla. Yang kayanya papa dan mama aku. And.. Aku dah biasa tinggal sorang-sorang." Balas Aimin.

"Korang duduk atas sofa tu ek? Aku nak ke dapur kejap." Kata Aimin sambil berlalu meninggalkan mereka yang terkulat-kulat memandangnya.

Aimin ke dapur untuk mengambil makanan yang telah dia siapkan pagi tadi. Aimin sempat masak nasi goreng jer tadi. Aimin menyenduk nasi ke dalam empat biji pinggan. Aimin juga mengambil sebotol susu dari dalam peti sejuk. Aimin meletakkan pinggan-pinggan ke dalam sebuah loyang yang agak besar bersama sudu dan garpu. Begitu juga dengan botol susu tersebut. Aimin letak botol susu itu di dalam sebuah dulang bersama dengan beberapa biji gelas. Aimin mendulang nasi terlebih dahulu.ke ruang tamu diikuti dengan susu.

"Ehh... Susahkan kau pulak." Kata Ama sopan. Sopan lah sangat. Padahal dalam hati tu dah tak sabar-sabar nak terkam hidangan tu.

"Eh.. Takpe.. Memang aku dah prepare dah pun. Teruja punya pasal korang nak datang." Balas Aimin sambil mengoyakkan senyumannya untuk tatapan mereka. Malangnya, mereka bertiga hanya mengangguk dan langsung memandang tajam ke arah hidangan tersebut.

'Kuang hajo korang!' Jerit hati Aimin. Terasa diabaikan..😢 alahh... Emo terlebih Aimin ni.

"Yang korang duk tenung makanan ni apasal? Makanlah." Kata Aimin menyedarkan mereka yang sedang ralit...ralit apa entah.

Selepas mendengar arahan Aimin.. Arahan lah sangat... Mereka segera menerkam nasi goreng tersebut. Buruk sungguh rupa diorang berkelakuan macam ni. Selama ni Aimin tengok diorang ni ayu-ayu je. Dah macam perempuan melayu terakhir. Apa... Nilah perangai tersembunyi mereka. Muhahahah.

Aimin turut serta menjamah makanan tersebut. Mereka menikmati makanan tersebut tanpa membunyikan suara. Hanya bunyi sudu dan garpu yang bertelagah dengan muka pinggan.

Beberapa puluh minit kemudian...

Mereka berempat telah selesai membasuh segala pinggan mangkuk dan juga gelas yang terlibat. Sekarang, mereka tengah berbual-bual kosong di ruang tamu. Aimin dan Ama duduk di atas sofa. Manakala Aten dan Wanie pula bersila di atas lantai di hadapan sofa tersebut.

'Okayy Aimin.. This is the time..' Bisik Aimin.

"Girls... Aku ada benda nak bagitau ni." Ujar Aimin membuatkan mereka bertiga berpaling kepadanya.

"Apahal?" Balas mereka serentak.

"Sebenarnya.... Aku ada plan untuk tubuhkan sebuah band muzik. Korang setuju tak?" Aimin bermukadimah.

"Band muzik?! Ommo! Aku setuju.. Tapi boleh ke?" Tanya Wanie.

Aten dan Ama juga menganggukkan kepala mendengar kata-kata Wanie.

School : World Of Musical ✔ Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt