BAB 63

7.7K 303 30
                                    

FAIQ FIRDAUS' POV

Keesokannya, selesai sahaja solat Subuh dan mandi, aku turun ke dapur untuk bersarapan bersama keluarganya. Namun, aku pelik apabila melihat ruang dapur dan ruang tamu yang masih lagi gelap.

'Takkan tak bangun lagi kut.' Monologku.

Jangkaannya tepat apabila dia melihat mamanya baru turun tangga. Air muka mama agak keruh menyebabkan aku tak berani nak menegurnya. Tapi..

"Morning, ma.." Aku kuatkan diri untuk mengucapkan itu.

Mama sekadar menjelingku sekilas. Aku terkejut. Whoa? Masih marah lah ni? Hmm apa nak buat.

"Mama baru bangun eh?" Soalku lagi sambil mengikuti langkahnya ke dapur.

"Ha'ahh.. Ni nak naik tidur balik." Jawab mama sarkastik.

Aku terkedu. Sejak bila mama macam ni? Ni mesti akak yang ajar. Tapi aku tak berani nak melawan mama. Biarlah.

"Ma, Faiq nak keluar dulu ye? Ada kerja." Tangannya kucapai lalu dicium.

"Hm pagi-lagi buta lagi dah ada kerja? Kerja apa? Ke sibuk keluar dengan betina lain?" Soal mama tanpa nada.

Aku mula berasa bahang di dalam diriku.

"Ma! Cukuplah! Sampai bila nak tuduh Faiq macam ni?" Balasku dengan nada yang agak tinggi.

"Eh Faiq! Kau jangan nak kurang ajar dengan mama eh? Kau nak masuk neraka ke? Tinggikan suara macam tu pulak. Cukup-cukuplah buat masalah!" Sampuk kakakku yang baru turun.

Aku pandang mama dan kakak berulang kali. Aku mendengus kecil.

"Dahlah.. Faiq pergi dulu." Kataku lalu terus berjalan keluar dari banglo tersebut. Kereta sportku dipandu menuju ke satu destinasi.

Beberapa minit kemudian...

Perkarangan rumah itu masih sunyi. Firdaus melilau pandangan di sekeliling rumah itu.

Dia menghampiri pintu pagar. Loceng ditekan sebanyak dua kali. Beberapa minit kemudian, kelibat Melissa muncul. Terus berubah mukanya tatakala melihat aku di depan pintu pagar rumahnya.

"Abang buat apa kat sini?" Soalnya dingin. Nampaknya mereka juga sama seperti keluargaku. Hukhukk..

"Erm, mama Alia ada? Abang nak cakap sesuatu dengan dia." Kataku lembut.

Alia Melissa menjelingku tajam sebelum kembali masuk ke dalam rumahnya. Mungkin untuk memaklumkan kepada mamanya.

Selang beberapa minit, pintu pagar automatik itu terbuka. Aku tersenyum kecil. Ada harapan ni. Aku melangkah masuk ke dalam rumah itu setelah dijemput.

×××××

"Ha, kenapa Faiq nak jumpa mama ni?" Soal Puan Fatini penuh ramah. Sebab dia masih tidak mengetahui perkara sebenar.

"Err ma, Faiq nak minta maaf."ucap Firdaus sambil menundukkan wajahnya.

"Eh? Lahh kenapa pulak?" Soal Puan Fatini lagi. Agak pelik dengan perangai bakal menantunya itu.

Firdaus pelik sedikit dengan cara Puan Fatini itu, seolah-olah dia tidak mengetahui tentang peristiwa itu. Mungkin juga dia lupa. Sangka Firdaus.

"Sebab Faiq putus dengan Aimin." Jawab Firdaus jujur. Ingin mengingatkan kembali Puan Fatini yang mungkin lupa.

"HAH? Putus?!" Jerit Puan Fatini dengan lantang. Terkejut sangat. Mujur saja dia tidak mempunyai penyakit serangan jantung, kalau tak memang dah k.o. kat sini.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now