BAB 14

9.1K 438 46
                                    

"Shh... kau bersabar ek? Kau kena kuatkan semangat. Kau kena buktikan kat dia yang apa yang dia cakap tu salah. Ok?" Pujuk Ama untuk menenangkan Aimin.

"Tsskk..tsskk.. Aku.. aku cuba." Balas aimin sambil teresak-esak.

"Tasha?? Kenapa kau nangis? Ada benda yang aku tak tahu ke ni?" Tanya Wanie tiba-tiba.

Aimin dan Ama berpandangan sesama sendiri. Aimin mengesat air matanya yang mengalir. Tangisannya reda sedikit.

"Takde.. papelah" Aimin menafikan.

"Kalau takde pape.. apasal kau nangis? Kau kuat , okey? Dan aku tak pernah lagi tengok kau nangis macam ni. Please bagitau aku. Apa guna kawan kalau dia tak boleh nak tolong kawannya yang dalam masalah?" Wanie merayu.

"Er... Tasha tak bagi la." Balas Ama.

Aimin memandang Ama lama.. Dia melepaskan keluhan kecil. Kemudian, barulah dia menganggukkan kepalanya kepada Ama.

"Betul ni?" Ama inginkan kepastian.

Aimin hanya mengangguk. Dia tersenyum tawar.

"Aku.. naik dulu la ye." Pamit Aimin. Dia mula melangkah ke biliknya.

Masuk sahaja ke dalam bilik, dia menyembamkan mukanya di atas bantal empuknya. Dia berfikir sejenak.

"Aimin... kau ada show esok. Janganlah sedih-sedih. Nanti sembap mata kau karang. Sekarang kau pergi tidur. Esok kena bangun awal." Aimin mengingatkan dirinya sendiri.

Setelah itu dia membetulkan posisinya dan memejamkan matanya.

~~~~~

6.15 a.m.

Mereka berempat bangun awal pada hari itu. Mereka bersiap-siap. Mereka mengenakan pakaian sekolah terlebih dahulu di rumah. Nanti di sekolah nanti, barulah tukar balik.

Setengah jam kemudian, mereka semua selesai bersiap. Hari ni Aimin tak sempat nak menyiapkan sarapan.

"Kita beli makanan ringan jelah kat koperasi tu." Itulah kata Aimin.

Namun, ahli TGT yang lain tak kisah pun sebenarnya. Tapi oleh kerana mereka ada show, mereka memerlukan tenaga. Dan mereka perlu makan untuk mengisi perut yang kosong. Untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Mereka melangkah ke luar rumah sambil masing-masing menjinjit sebuah beg kertas. Dalam beg tu ada semua kelengkapan mereka dari rambut hingga ke kaki. Seperti biasa Aimin mengunci pintu rumah tersebut sebelum melangkah ke Lamborghininya.

~~~~~

Aimin's POV

Selepas memarkir kereta dan motor di parking lots yang disediakan, kami menuju ke bilik Cikgu Mus untuk mendapatkan maklumat.

Setelah itu, kami berlalu ke bilik persalinan yang berdekatan Golden Hall. Golden Hall ialah tempat khas untuk perhimpunan rasmi dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kami memboloskan diri ke dalam sebuah bilik kecil yang dikhaskan untuk menukar baju. Di dalam bilik persalinan itu terdapat lebih kurang empat puluh bilik kecil. Almaklumlah... sekolah ni besor... pelajarnya pun berjumlah 'besor'.

Kami mengambil masa suku minit untuk menukar pakaian dan sebagainya.

Aku menukar pakaian sekolahku kepada dress yang disponsor oleh mama Wanie. Dress itu paras lututku sahaja.

School : World Of Musical ✔ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora