BAB 21

7.8K 411 2
                                    

"Tahniah kepada kamu semua kerana telah memenangi pertandingan ni. Jadi sebagai hadiah... Saya sponsor untuk lawatan ke Cameron Highlands selama sebulan..."

"Woahh.. Lamanya!" Sampuk Aten. Aku menjelingnya sekilas.

"Alahh.. Berapa sangatlah kos untuk sebulan yang saya laburkan kepada kamu semua. Berbanding dengan kamu TGT yang telah mengaktifkan semula Music World ni. Anggaplah percutian sebagai tanda terima kasih saya kepada kamu semua." Kata Cikgu Mus sambil memandang kami.

"Kami betul-betul ikhlas la cikgu.." Kataku.

"Iye.. Tapi cikgu pun ikhlas buat semua ni. Tolong lah terima yek?" Rayu Cikgu Mus.

"Hah.. Okey-okey.. Saya tak kisah pun." Balasku.

"Cikgu... Kita ke sana sekadar suka-suka je ke?" Tanya Firdaus pula.

"Kita??? Kamu semua jer yang pergi. Taklah... Cikgu dah aturkan segala aktiviti yang akan berlangsung di sana sejak bulan lepas lagi." Balas Cikgu Mus sambil ketawa kecil.

"Cikgu tak pergi?"

"Aktiviti apa cikgu?"

"Habis... Kitorang pergi ngan sapa?"

Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut masing-masing.

"Tema aktiviti kamu semua ialah RUNNINGMAN. So kamu semua boleh bayangkan permainan dia macam mana." Balas Cikgu Mus mengundang letusan kegembiraan kami.

"Arrghhh!!! Betulke cikgu!?"

"Happy nya aku!!"

"Mimpi aku jadi kenyataan lah."

Hambik kau... Tergeleng-geleng kepala Cikgu Mus melayan kerenah kami.

"Dan kamu semua pilih yer... Sama ada nak pergi ke sana sendiri ataupun dengan bas?" Tanya Cikgu Mus.

"Bas cikgu!!"

"Bas!!"

"Pergi sendiri lah.."

"Ok stop!" Cikgu sarankan kamu semua pergi dengan bas. Jimat masa dan tenaga. Lagipun kamu semua ni 18 orang jer. Akan ada ruang yang luas lagi dalam bas tu. Okey?" Balas Cikgu.

"Okey Cikgu!" Balas TGT bersemangat.

Manakala The Fliers memandang kami dengan pandangan yang tak boleh blah. Hek eleh.. Aku tau korang tu kaya.. Alahh.. Sekali sekala naiklah bas. Best apa.

"Oh ya cikgu.. Bila percutian ni?" Tanyaku tak sabar-sabar.

"Oh sorry sorry.. Saya lupa nak bagitau. Percutian kamu semua pada hujung minggu ni. So, kemas-kemas lah apa yang patut. Dan pastikan mencukupi selama sebulan!" Kata Cikgu Mus.

Kami semua bersorak gembira.

"Baiklah kalau takde pape.. Saya keluar dulu ye?" Pamit Cikgu Mus.

Kami semua hanya mengangguk. Kenapa kitorang tak masuk kelas? Hahaha... Sebab kitorang diberi kebebasan hari ni. Sebab kitorang uruskan majlis ni. Banyak kau punya sebab. Yang pemenang tu pulak... Entahlah kenapa cikgu bagi kebebasan.

Sekarang kami masih lagi kat dalam dewan ni. Cuma semua pemenang tadi dah turun dah dewan dan berebut nak duduk kat sofa mewah kepunyaan sekolah. Aku tergeleng-geleng melihat mereka.

"Woihhh.. Patah sofa tu nanti." Laungku selamba.

Setelah aku bersuara tadi, mereka berhenti bertelingkah. Dan The Fliers berjaya duduk di sofa tersebut. Yang laun dengan pasrahnya duduk di atas lantai. Kesiann..

"Arin.. Kau nak duduk sebelah aku?" Tanyaku kepada Arin.

"Nak!!" Balasnya. Memang kitorang bestie sejak kecil lagi.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now