BAB 30

7K 380 2
                                    

Setelah selesai berbincang mengenai dekorasi hiasan khemah, aku dan Arin bergegas ke kelas. Mana tak nya, sekarang dah pukul 11:15 pagi. Kalau kat kelas aku, sekarang ni masa Addmath. Matilah aku!!! Sir Kamil garang nak mampus!

Sampai sahaja di tingkat 3, kami berpisah ke kelas masing-masing. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu depan kelasku. Kat situ, aku boleh nampak Ama tengah menulis. Ni confirm ada cikgu.

Aku kuatkan hati. Aku menghembus nafas perlahan. Setelah itu, aku mengetuk pintu kelas.

Tok tok tok...

Semua mata di dalam kelas tu memandang aku. Aku menelan air liurku perlahan-lahan, takut dikecam. Apahal diorang ni? Aku lewat sikit je kut...? Aku kerling jam tangan, 11:59 pagi. Aiikk! Kau tipu aku eh jam? Tadi baru pukul 11:15 !!

"Nak jadi patung cendana pulak ke? Dah lah masuk kelas saya lewat... Awak tahu tak?? Tahun depan tu awak dah SPM! Masih tak sedar diri!" Tengking Sir Kamil sambil bercekak pinggang.

"Er... S-saya tak s-sengaja.." Balasku sambil memandang Sir Kamil. Nak pandang bawah takut macam kurang ajar pulak.

"Alasan! Pergi duduk!" Tengkingnya lagi.

Aku rasa macam nak nangis sekarang. Aku segera ke tempat dudukku dan duduk. Aku mengeluarkan segala benda yang diperlukan masa subjek ni.

Aku mengerling Ama sekilas sebelum mula menyalin soalan yang ditulis di white board. Banyak nak mampus! Dahlah nak kutip esok! Adumakk!!!

~~~~~

Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Tinggal beberapa hari lagi sebelum Hari Sukan tu. Aku berkira-kira untuk ke gym memandangkan hari ni hari minggu. Aku segera menukar pakaian yang sesuai. Setelah itu, aku menyandang sling bagku di bahu. Aku turun ke ruang tamu.

"Haii girls.. Aku nak pergi gym ni.. Ada yang nak ikut?" Tanyaku sambil membetulkan rambutku.

"Bolehlah.. Aku pun dah lama tinggal gym." Jawab Arin.

"Taknaklah!!" Balas Ama,Iffah,Wanie dan Aten serentak.

"Okey... Arin kau taknak tukar baju ke?" Soalku.

"Tak kut... Baju ni dah okey. Sesuai." Balasnya sambil menilik pakaiannya.

"Jom ahh... Naik kereta aku." Kataku sambil berjalan ke pintu diikuti Arin.

"Woiihh!!! Korang jaga rumah ni bebaik! Aku AMANAHKAN korang." Kataku kuat dari luar rumah.

"Iyaaa!!!" Jawab mereka.

~~~~~

Mika's Sport Gym (reka jer)

Setelah membuat booking, kami ke tempat tersebut. Luas jugaklah ruangan yang aku booking. Tapi receptionist tu cakap setiap ruangan kena kongsi. Adumakk!! Aku pun setuju jelah kongsi pun.. Asalkan kurang dari 10 orang. Setelah itu, aku kembali meneliti ruangan tadi. Ada macam-macam jenis alatan gym kat sini.

Aku ke 'walking machine'. Aku putar tombol kelajuan ke tahap dua. Aku mula jogging atas tu. Arin pulak main dumbell.

Klingg!

Bunyi pintu dikuak. Aku dan Arin memandang pintu tersebut menanti kedatangan share partner kitorang.

1

School : World Of Musical ✔ Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu