BAB 24

7.1K 382 15
                                    

"Yargghh!! Aku dah jumpa!" Jeritku gembira.

Aku mengambil patung strawberi yang mempunyai huruf S yang aku jumpa dan mendakapnya. Aku ke meja penentuan dan meletakkan patung tersebut. Aku meneliti dua patung strawberi yang lain di meja tersebut. Aku tengok huruf kat badan patung tersebut. T ngan U. Tus?
Aku berfikir sejenak tentang tempat-tempat yang ada kat Cameron ni.

"Hah!! Cactus! Cactus Valley! Got it!" Kataku dengan teruja.

Terlupa nak bagitau korang... Misi kitorang kat sini ialah kitorang kena cari patung strawberi yang disorok kat sini. Setiap patung strawberi tersebut mempunyai satu huruf di badannya. Huruf-huruf tersebut kalau digabung, akan membentuk suatu perkataan atau paling mudah... Destinasi seterusnya.

"Woiii!!! Aku dah dapat nama tempat tu! Korang!!!" Jeritku. Aku tak tahu diorang kat mana sekarang ni.

"Blue Teaamm!!!" Laungku lagi.

Setelah itu, barulah aku nampak kelibat ahli kumpulan aku di segenap penjuru. Mereka berlari-lari menuju ke arahku.

"Apa nama tempat tu?" Tanya Edry tercungap-cungap.

"Cactus Valley." Jawabku.

"Jom!!" Ajak Firdaus. Dia mengetuai kami ke kereta.

~~~~~

Sampai sahaja di Cactus Valley, kami berenam turun dari kereta. Aku dapat lihat kumpulan Orange dan Hijau yang turut berada di situ.

"TGT!! Rindu korang!!" Laungku sambil berlari ke arah mereka diikuti Arin.

"Tashaa! Arin! Kitorang pun rinduu kau" balas Ama. Dia berlari ke arahku dan memelukku. Aku hanya membalas pelukannya.

"Ehem.. Ehem.." Khairul berdehem.

"Hek eleh.. Jeles ke? Dia peluk aku je kot." Sindirku. Merah muka Khairul menahan malu.

"Hisy... Apalah kau ni." Kata Ama sambil menepuk bahuku.

"Ehem.. Ehem.." Firdaus pulak berdehem. Aku dan Ama memandangnya jelek.

"Haa cik abang kau dah panggil tu.." Sindir Ama pula.

Pantas aku mencubit tangannya. Ternganga Ama sebentar.  Main-main lagi ngan aku.

"Arin.. Jom" kataku sebelum beredar ke kumpulanku.

Keadaan Cactus Valley itu terang-benderang dengan cahaya lampu. Hari dah nak senja. Kitorang pulak duk tercongok kat sini.

"Wehh.. Kita tengah tunggu sapa sebenarnya ni?" Tanyaku agak kuat.

"Entah" jawab TGT serentak.

"Aku pun tak tahu kita tengah tunggu siapa. Yang aku tahu, tadi ada sorang kakak ni dia yang bagitau aku suruh tunggu bos dia katanya." Balas Syamid.

Aku hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba pandanganku menjadi kelam. Erkk.. Apasal lak ni? Takde elektrik ke?

"Korang??!" Panggilku.

"Arin... Tgt??" Panggilku lagi.

Namun tiada yang menyahut.

"Mmmm...mmmm" sayup-sayup kedengaran suara seseorang.

Belum sempat aku hendak membuka mulut, mulutku ditutup dengan kain. Perlahan-lahan aku diheret. Ke mana aku tak tahu. Sebab mata aku pun ditutup. Sebab tu la kelam tadi.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now