BAB 36

6K 335 8
                                    

Seminggu kemudian...

"Weh Tasha! Pengetua cakap had cuti kau akan tamat hari ni. Maknanya kau kena pergi sekolah esok." Ujar Wanie yang baru sahaja sampai di ruangan menunggu tersebut bersama Arin.

Aku melopong. Aa sudahh! Macam mana ni?

"Err... Ama dah mula sekolah ke?" Soalku gugup. Bukan apa aku tak nak dia buat hal kat sekolah pulak.

"Dah. Dua hari lepas kau ambil cuti tu." Balas Arin.

"Ohh..." Balasku. Hatiku dah mendendangkan lagu yang amat tidak menyenangkan hati. Malah semakin menyakitkan hati.

"Kau okey tak?" Soal Arin ramah.

"Emm.. Aku akan masuk sekolah esok." Kataku perlahan.

Wanie dan Arin nampak terkejut sedikit. Namun, mereka mengawalnya dengan senyuman di bibir.

"Betul ni??" Soal Wanie.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Papa kau?" Soal Arin pula.

Aku mendongak memandangnya.

"Aku akan upah bodyguard untuk jaga dan awasi papa." Kataku tenang. Ya, aku akan upah bodyguard papa yang telah setia bekerja di bawah naungannya selama hampir berpuluh tahun.

"Oh okey.." Balas mereka berdua hampir serentak.

Aku mengambil smartphoneku di dalam kocek blouseku. Jariku menekan-nekan skrin telefon tersebut. Aku membuka aplikasi Line dan menyentuh contact bodyguards setia papanya. Mujur saja dia ada save nombor diorang. Kalau tak... Entah apa nak jadi lagi..

Setelah menghantar mesej-mesej penting kepada 'mereka', aku menutup telefon dan kembali meletakkannya di dalam kocek blouse.

__________

Aku melangkah masuk ke dalam kelas 4 Gold dengan langkah yang perlahan. Aku menundukkan kepala memandang lantai kelas yang berwarna kelabu asap itu. Aku rasa bakteria dan kuman dan seangkatannya dah mendirikan 'rumah' atas lantai ni.

Aku dapat rasa yang aku diperhatikan. Aku mendongak sedikit memandang seisi kelas. Aku tersenyum hambar. Memang betul tekaan aku. Diorang semua pandang aku dengan ekspresi muka yang berbeza-beza. Risau ada, benci ada, marah ada, terkilan ada... Pendek kata, semua pandangan ada punyalah. Tujunya kat aku okey... Kat aku!!!

Aku tidak mempedulikan mereka. Aku berlalu ke tempat dudukku yang berada di sebelah Ama. Ama kulihat sedang sibuk menyiapkan homework maybe? Tertunduk-tunduk. Aku tahulah kau benci sangat nak tengok muka aku kan? Aiyohhh!

Pembelajaran pada hari itu bermula seperti biasa. Cuma yelah... Ramai jugak cikgu-cikgu yang tanya keadaan papa. Ama aku tengok, meluat kot ngan aku. Terserah kau lah Ama. Aku dah kata yang aku tak buat, so memang aku tak buat lah.

Kringg kringgg!!

"Baiklah. Siapkan latihan yang saya beri tadi dan hantar sebelum balik nanti. Munir, kamu kumpul semua buku budak-budak ni sebelum hantar kepada saya." Tegas Cikgu Masitah berkata.

Munir mengangguk.

Aku terpanar sekejap. Mana taknya, cikgu panggil kitorang budak-budak? BUDAK-BUDAK wehh... Dah tu Munir tu bukan budak-budaklah? Sentap weh sentap. Nak nangis pun ada ni. Lahaii emo betul kau Aimin.

Setelah Cikgu Masitah keluar, para pelajar kelasku juga turut beredar. Biasalah waktu rehat, ada yang pergi kantin, perpustakaan dan sebagainya. Tapi tak bagi aku. Aku sekarang tengah khusyuk siapkan latihan tadi. Nak hantar selalu! Tak nak tangguh-tangguh.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now