BAB 50

6.1K 326 6
                                    

Seminggu kemudian...

"Perhatian kepada semua ahli The Fliers dan juga TGT, sila ke bilik sukan sekarang juga. Arahan daripada Encik Zuhaimi."

4 Gold

"Tcchh! Hesy! Apahal pulak ni?!" rungut Ama sambil mengemas buku-buku di atas mejanya.

"Asyik-asyik kita yang kena panggil. Dah takde orang lain ke?" bebel Aimin pula.

"Hisy menyampah betul aku ngan TGT tu. Huhh! Baru beberapa bulan kat sekolah ni, dah naik kepala." kutuk sekumpulan gadis di dalam kelas mereka.

"Betul tu!" sokong mereka juga.

Aimin dan Ama hanya buat pekak badak.

"Ehh... Sir Zuhaimi la. Jom ah cepat!" ajak Khairul.

"Ha'ah.. Ni mesti ada something ni." Izzul bersuara, bersetuju dengan kata-kata Khairul.

Mereka berdua sudah bersedia untuk ke bilik sukan. Lain pula bagi Aimin dan Ama.

"Wehh cepatlah!!!" sergah Khairul.

"Aku ngantuk ah. Nak tidur." balas Ama sambil berpura-pura menguap.

"Ahh! Takde alasan. Korang turun cepat. Kalau tak, siaplah korang!" ugut Izzul sebelum mereka berdua berlalu dari kelas tersebut.

"Apahal nampak happy sangat diorang tu?" soal Aimin.

"Entah ah." balas Ama.

"Oh ya. Actually, who is Mr Zuhaimi?" soal Aimin dengan suara yang lantang.

"Cikgu sukan bhaii! Dan dia jugak trainer pasukan bola keranjang sekolah ni." jawab Mia.

Aimin dan Ama hanya menganggukkan kepala.

4 Silver

"Halahhh! Aku malas lah nak turun pulak. Baru je lepas rehat kut." rungut Syamid.

"Kepala kambing kau! Baru lepas rehat konon. Padahal masa rehat tu sejam setengah yang lepas." bebel Ad.

"Huk huk! Tapi aku......."

"Ah! Takde alasan! Jom turun sekarang!" gesa Ad sambil menarik tangan Syamid.

"Weh korang. Tunggulah woii!" laung Aten.

"Aten jom." ajak Iffah.

"Jom!"

4 Bronze

"Ada apa pulak ni?" rungut Wanie.

"Entah ah.. Eh jomlah turun cepat. Kang membebel pulak cikgu tu." ajak Arin.

"Herm.." balas Wanie. Mereka berdua beriringan keluar dari kelas dan menuju ke bilik sukan.

"Woii Wan! Bangunlah weh! Sir Zuhaimi panggil!!" firdaus menggoncang tubuh Shazwan yang lena tidur beralaskan lengannya itu.

Badannya mula bergerak-gerak, memberikan respons. Matanya dicelikkan  dan dikerdipkan beberapa kali.

"Hehh cepatlah!!!" laung Firdaus, geram.

"Apee?!" soal Shazwan bingung.

"Ahh, jom ikut aku!" gesa Firdaus.

Firdaus menarik Shazwan dan mereka berlalu ke bilik sukan.








🏆🏆🏆








Di bilik sukan...

"Okey.. Semua dah ada?" tanya Sir Zuhaimi.

"Dahh!" jawab mereka semua serentak.

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now