BAB 11

10.2K 495 3
                                    

7.45 p.m.

"Girls!! Korang nak makan apa ni? Aku nak masak ni." Laung Aimin di dapur.

Krikk krikk...

Cehh... Kalau dah si cengkerik ni berbunyi, sah-sah suasana senyap. Mana perginya Ama, Aten dan Wanie?

Aimin melangkah ke tingkat atas untuk menjenguk kawan-kawannya itu. Dia mengetuk pintu bilik Aten terlebih dahulu.

Tok tok tok...

Dah lenguh tangan Aimin mengetuk pintu yang diperbuat daripada kayu jati itu, namun tiada jugak balasan.

'Hmmp.. Tidur kut.' Teka Aimin dalam hati.

Kemudian, dia berlalu pula ke bilik Ama yang berhadapan dengan bilik Aten. Aimin melakukan perkara yang sama, iaitu mengetuk pintu bilik.

Tok tok tok...

Yang ni pun sama... Tak bagi respond. Aimin pandang pintu tu macam nak makan. Tiba-tiba dia terdengar alunan lagu Mansae nyanyian Seventeen. Di samping itu, dia terdengar gabungan suara yang menyanyikan lagu tersebut.

Aimin memulas tombol pintu perlahan-lahan dan masuk ke dalam bilik Ama. Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya di dalam bilik tersebut, dia dibaling dengan bantal yang agak besar. Bantal itu mengenai muka Aimin.Dia terdorong ke belakang sedikit.

Manakala, Ama, Aten dan Wanie berpandangan antara satu sama lain. Mereka menjongketkan bahu.

"Asal korang baling bantal tu?!" Marah Aimin. Dia merapati mereka sambil menggosok-gosok mukanya beberapa kali.

"Erkk.. Kitorang tak sengaja pun. Kau tu apasal masuk tak ketuk dulu?" Bebel Ama sambil bercekak pinggang.

"Amboi amboi.. Kau nak suruh tangan aku patah baru kau nak bukak? Aku ketuk banyak kali tadi sampai merah tangan aku ni ha!" Balas Aimin pula.

"Hehe.. Yeke.. Sorry sorry.. Kitorang tak dengar." Kata Wanie pula.

"Kenapa kau datang sini?" Soal Aten.

Aimin mengambil tempat di kerusi kat meja studi. Dia memandang mereka bertiga.

"Ohh. Aku nak tanya korang nak makan apa pasni? Aku nak masak." Terang Aimin

"Hahh! Kau nak masak! Bagus..baguss.. Aku nak makan dessert jelah. Lagipun dah malam ni." Kata Ama.

"Aku pun." Ujar Wanie pula.

"Aku pun samalah." Kata Aten juga.

"Okay... You want to eat cake or what?" Soal Aimin kembali.

"Cake is enough for us." Balas mereka hampir serentak. Speaking pula tu.

"Okayy.. How about cheesecake?" Tanya Aimin lagi.

"Aku tak suka cheese la. Muak. Aku nak Tiramisu.." Rengek Aten. Ama hanya mengangguk. Lain pula bagi Wanie.

"Aku dah lama tak makan cheesecake. Terliur dowh.." Kata Wanie.

Aimin mengoyak senyuman.

"Sekarang 2:2. Macam mana ni?" Ujar Aimin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Cheesecake please..." Rayu Wanie.

"No way! Tiramisu!" Kata Ama dan Aten.

"Cheesecake!"

"Tiramisu!!"

"Cheesecake!!"

"Stop fighting!!... Korang ni buat semak kepala aku je. Macam ni... Aku tak pandai sangat buat kek Tiramisu tu. Cheesecake ngan kek coklat boleh la.. Korang pandai ke buat tiramisu tu?" Tanya Aimin kepada Ama dan Aten.

School : World Of Musical ✔ Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang