BAB 2

19.2K 957 17
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Hari ni ada tiga orang pelajar transfer dari sekolah yang berbeza akan berpindah ke Emerald Highschool. Aimin berharap semuanya perempuan keràna dia ada rancangan.

~Rancangan apa? Adalah.. Sibuk kau nak tahu hal aku.

Aimin cuba memfokuskan diri terhadap pembelajaran yang sedang berlangsung iaitu subjek Add Math.

*SKIP*

Waktu rehat...

Aimin ternampak seorang gadis yang sebayanya sedang bergegas ke bilik muzik. Aimin hairan seketika kerana dia belum pernah lagi lihat wajah tu sebelum ni. So, Aimin mengambil keputusan untuk mengikutinya.

Aimin mengekorinya perlahan-lahan. You know what? Aimin dah macam Detective Conan dah. Ok sekarang, gadis tu dah masuk ke dalam bilik muzik ni. Aimin membuka sedikit pintu tersebut dan mengintai di celah pintu yang terbuka itu.

Aimin lihat gadis tu tengah nak main piano! Aimin rasa budak ni lah pelajar transfer tu. Gadis tu memainkan irama Titanic. Aimin terkedu sekejap.

'Great! Hebat giler dia main benda alah tu. Hahah.. Ok satu dah jumpa.' Ujar Aimin sambil menutup daun pintu dan berlalu dari situ.

Aimin ke kantin untuk membeli roti ban berintikan coklat. Setelah itu dia mendaki tangga untuk menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat 3. Kelihatan seorang gadis sedang ralit membaca buku. Buku apa entah dia baca. Dia duduk di seat yang selalunya kosong di sebelah Aimin.

'Okey.. Aku rasa dia pun salah seorang daripada pelajar transfer tu. Haha.. Mujur perempuan jugak... Tapi..bila masa dia ada kat sini? Tadi bukan ke takde orang ke?' bisik Aimin sambil mengerutkan keningnya.

"Ermm.. Hai.. Kau pelajar transfer tu ke?" Tanya Aimin cuba untuk beramah mesra.

"Haii.. Yup. Nama aku Nur Amalia. Just call me Ama." Balasnya.

"Oh ya.. Nama Aimin Natasha. Panggil  aku Tasha. Nice to meet you." Ujar Aimin pula.

"Yaà.. Nice to meet you too." Balasnya kembali.

"Kau masuk kelas sejak bila lagi? Sebab aku rasa tadi takde orang pun kat sebelah aku ni." Soalku lagi.

"Ouh.. Aku baru je masuk. Aku nampak seat ni takde beg atau barang-barang lain, terus aku duduk sini." Ujarnya.

"Oh ok... Kau sambung la study tu. Sorry kalau aku ganggu tadi." Ujar Aimin memohon maaf.

"Ohh. Takpe. Lagipun aku tak ada kawan lagi sejak aku datang sini. Kau jer satu-satunya yang tegur aku." Balasnya sambil mengoyakkan senyuman.

"Ohh. Oklah kalau macam tu. Aku nak makan jap." Kata Aimin sambil membuka bungkusan roti tersebut.

"Ok." Balasnya sepatah. Aimin lihat dia kembali menelaah buku yang dipegangnya.

Waktu pulang...

Sedang Aimin asyik berjalan menuju ke tangga, dia terdengar bunyi hempasan buku. Segera dia berpaling ke arah bunyi tersebut. Sekarang dia berada di koridor di hadapan kelas 4 Silver. Aimin menjenguk melalui tingkap sisi kelas. Kelihatan kelibat seseorang di dalam kelas tersebut tapi tak jelas sebab tingkap ni jenis lutcahaya.
Aimin berjalan perlahan-lahan ke pintu hadapan kelas tersebut.

Kali ni Aimin ternampak lagi sorang yang unfamiliar. Dan orang tu ialah perempuan lagi!! Happy tak terkata nampaknya si Aimin ni. Nampaknya rancangannya akan berjalan dengan lancar... Muncul sorakan daripada cheerleaders yang kerdil di hati Aimin.

Àimin mengorak langkah mendekati gadis tersebut yang ketika itu sedang kalut menyimpan dan mengemas barang sebelum pulang.Entah apa yang dikalutkan, sampai buku-buku pun dihempasnya. Ilmu tu bro! 

School : World Of Musical ✔ Where stories live. Discover now