02

4K 328 33
                                    

Ceritanya bermula disini.............

Sejak kecil lagi aku dapat melihat benda ghaib. Aku tidak tahu kenapa. Mungkin juga aku diberi kelebihan untuk melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seingat aku, ketika aku kecil dan umur ku dalam 2 atau 3 tahun, bayangan yang aku lihat tidaklah begitu jelas. Namun, selepas aku terlibat dalam kemalangan, pandangan ku semakin jelas dan aku dapat melihat rupa 'benda - benda' itu dengan jelas.

Sebenarnya, kalau anda lihat keadaan aku ketika kemalangan itu berlaku, pasti anda akan fikir aku yang terlibat. Tapi hakikatnya, aku seorang sahaja yang tahu perkara yang berlaku dan kali ini aku akan kongsikan cerita di sebalik kemalangan itu.

• • • • • • • • • • • •

Kisah ini berlaku pada tahun 1995. Ketika itu aku berusia 4 tahun. Ketika itu aku pulang ke kampung iaitu rumah nenek ku yang berada di Negeri Sembilan. Seingat aku, waktu itu adalah waktu petang. Biasalah, aku kanak - kanak yang aktif selalu berjalan keluar, bermain - main.

Kejadian itu berlaku semasa aku ingin ke sebuah kedai runcit berhampiran rumah nenek ku. Walaupun jaraknya dekat, tetapi aku perlu menyeberangi jalan untuk ke situ. Ketika itu aku bersama ibuku dan kami menunggu untuk melintas. Kenderaan ketika itu agak banyak dan jalan sedikit sesak. Maklumlah ketika itu merupakan cuti sekolah.

Setelah menunggu beberapa minit, ibu mula melintas. Aku ingin mengekori ibu tetapi aku tidak dapat melangkah kerana aku ternampak 'sesuatu' di seberang jalan. 'Dia' merenung ke arah ku tepat. Rupanya seiras aku. Pakaiannya juga seperti pakaian ku. Aku tidak tahu siapakah 'dia' memandangkan aku masih kecil ketika itu.

Anda pasti pernah mendengar cerita berkenaan dengan 'doppelganger' bukan?? Saya pasti yang anda sudahpun mengetahui tentangnya. Namun, ketika itu saya tidak tahu apa - apa. Ada diantara kita sudah melihat 'doppelganger' dirinya sendiri dan ada juga yang tidak pernah melihatnya.

Banyak andaian yang berkaitan 'doppelganger' yang anda boleh dapat di Internet dan ada andaian yang mengatakan jika kita terserempak dengan 'doppelganger', kita akan ditimpa nasib malang. Sebenarnya, 'doppelganger' merupakan syaitan yang bertopeng untuk menakutkan manusia dan kecelakaan yang menimpa manusia adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Dan aku... Mungkin takdir ku sudah tertulis begitu. Sebenarnya, aku berdiri jauh dengan jalan raya, tapi sesuatu yang pelik berlaku. Aku melihat 'dia' dengan mata yang tidak berkelip. Banyak kereta meluncur laju di tengah jalan dan ketika itu aku nampak 'dia' berjalan menuju ke arah ku. Melintasi jalan yang penuh dengan kereta.

Sedang aku perhatikan 'dia' menyeberangi jalan, satu kemalangan berlaku dan 'dia' dilanggar. Serentak dengan itu, aku terduduk dan rebah. Aku tidak merasakan kesakitan walaupun sedikit. Tapi yang peliknya, darah keluar dari mulut ku. Terdapat juga darah yang mengalir keluar dari hidung ku. Terlalu banyak darah sehinggalah aku tidak sedarkan diri. Aku juga pelik dengan apa yang berlaku. Seperti yang aku katakan tadi, mungkin takdir ku begitu.

Setelah kemalangan itu berlaku, aku tidak dapat melihat sesuatu melainkan dunia yang hitam pekat. Apa yang aku tahu ialah, sedar sahaja dari 'pengsan' aku melihat suasana hospital. Aku di maklumkan bahawa aku tidak sedarkan diri selama seminggu setelah terlibat dalam kemalangan. Aku jaga berasa pelik kerana aku tidak mengalami atau rasa sakit walaupun terdapat kesan luka pada tubuh ku.

Ibu memberitahu ku perkara yang telah terjadi. Tapi cerita ibu itu semuanya salah. Ibu memberitahu bahawa ada sebuah kereta yang melanggar ku dengan kuat sehingga tubuh kecil ku terpelanting ke tepi jalan. Ibu juga memberitahu ku bahawa ibu melihat kejadian yang berlaku.Aku hanya berdiam diri dan tidak menafikan kata - kata ibu walaupun aku tahu, cerita ibu itu tidak benar. Tidak benar sama sekali!


• • • • • • • • • • • • •

Sampai sahaja di rumah, ibu berkata kepada ku.

"Ini rumah baru kita. Kita akan tinggal di sini sekarang."

Memandangkan aku tidak mengetahui apa - apa ketika itu, au hanya mengikut kata ibu. Ibu membawa ku ke bilik tidur ku.

"Mulai sekarang, kamu akan tidur di sini. Kamu kan dah besar. Tak boleh tidur dengan ibu lagi."

Aku mengangguk seraya duduk di atas katil. Aku melihat bilik tidurku yang berada di tingkat atas. Dan di sinilah kisah hidup ku yang sebenarnya...

• • • • • • • • • • •

A/N : Heyyoo~ I'm 'Gee'
Saya tak tahu lah cerita nie best or tak.
Saya harap anda stay and read this..

Kisah nie adaptasi dari kisah benar.. Tak tahu sama ada cerita nie 'horror'
Or.....Tak!

It's up to you...nk baca atau tak

Please support me!
I need your support!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now