17

1.4K 137 1
                                    

Pernahkah anda mendengar istilah ditindih jin atau syaitan??

Benarkah ia berlaku..?

Dalam segi saintifik, fenomena ini dipanggil sebagai "SLEEP PARALYSIS". Sleep Paralysis atau dalam bahasa melayu nya ialah "Paralisis Lumpuh". Ia terjadi apabila kita hendak memasuki ke fasa tidur dan hendak ke fasa bangun tidur. Apabila kita hendak ke fasa tidur, otak kita akan shut down perlahan lahan. Apabila otak kita dah fully shut down, badan juga ikut sama shut down kecuali Jantung (bernafas). Anda pasti berasa sesak nafas, kejang, tidak mampu bergerak bagai dihempap oleh sesuatu yang berat, tidak mampu mengeluarkan suara, dan sebagainya.

Tapi.. Lain pula dengan kisah aku dan aku percaya bahawa aku tidak mengalami Sleep Paralysis.
Ceritanya begini.......











Seperti yang dialami setiap wanita, pada hari itu aku datang haid dan sudah menjadi kebiasaan ku, aku akan mengalami sakit perut yang teramat atau lebih tepat senggugut. Kebetulan hari itu adalah hari persekolahan, aku tidak mengikuti pembelajaran kerana tidak mampu menahan sakit. Pada hari itu, aku hanya tidur dan berehat di bilik rawatan.

Tamat sahaja persekolahan pada hari itu, rakan ku datang menjemput ku dan membantu ku menuju ke bilik. Biasanya waktu sekolah berakhir pada pukul 5 petang dan diakhiri dengan solat asar berjemaah. Dan rakan ku sudah menunaikan kewajipan mereka sebagai umat Islam.

Melangkah sahaja ke bilik, aku terus mencari katil ku dan berbaring. Kesakitannya sudah berkurangan. Nasib baik lah aku mempunyai rakan yang baik hati. Aku berehat seketika dan tanpa sedar aku tertidur.

Pada mulanya aku mengalami mimpi yang kurang menyenangkan. Dan mimpi ku membuatkan aku terjaga. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku melihat keadaan bilik ku yang malap. Aku mencapai jam loceng yang aku letakkan di atas rak buku kecil yang berhampiran katil ku.

Mata ku sedikit meluas kerana keadaan yang kurang cahaya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.00 pagi. Rakan - rakan ku yang lain juga sudah tidur. Perut juga tidak sakit lagi. Tapi, yang menjadi masalahnya sekarang adalah mata ku.

Mata ku langsung tidak mahu tertutup. Rasa mengantuk hilang mungkin disebabkan aku sudah tidur terlalu lama. Sangat lama! Aku hanya berdiam diri dalam keadaan terlentang dan menanti matahari menunjukkan rupanya.





....

Aku masih tidak dapat tidur sehingga lah 'sesuatu' memaksa ku. Begini...

Ketika itu, jam menunjukkan hampir pukul 2.00 pagi dan mataku langsung tidak tertutup. Aku cuba memejamkan mata beberapa kali sehinggalah aku ternampak satu 'lembaga hitam' yang berdiri di hujung katil ku. Aku yang masih dalam keadaan terlentang, tidak bergerak walau sedikit pun.

'Lembaga hitam' itu tiba - tiba bergerak ke hadapan menghampiri ku dan dengan serta merta, 'lembaga' itu jatuh menghempap tubuhku. Aku sesak nafas. Aku tidak dapat bergerak sedikit pun. Mulut ku terkunci.

Hampir sejam aku berada dalam keadaan begitu. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan ku sehingga hari ini.




• • • • • • • • • •

Part yg nie pendek sikit.
😷
Nnt sy share lagi
kisah seram yang entahlah
seram or tak.

Ape pn..thanks sbb
sudi baca..

Thanks for
2.1K Readers!!

Thanks support me
Please support me
I need your support

👉👈 sorry klau ad typo

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now