Last Note

563 68 15
                                    

Aku sudah pun berpindah ke pejabat yang baru. Suasana di sini sama sahaja seperti suasana di pejabat yang lama. Tapi sedikit berbeza kerana kawan yang biasa ada bersama ku sudah jauh. Aku juga dapat di naikkan ke Wing B yang mana kerja ku bertambah banyak. Namun aku bersyukur kerana aku berada di samping mak.

Begitulah kisah hidupku dan beberapa pengalaman ku melihat makhluk-makhluk ghaib. Nampaknya, beginilah aku sehingga tua dengan hijab yang terbuka. Pengalaman ini membuatkan aku lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu supaya tidak termakan hasutan 'benda' tersebut.

Ia juga menguatkan imanku sendiri yang mana pengalaman ini membuatkan aku lebih berani dan percaya bahawa iblis dan djin yang dicipta untuk menyesatkan manusia. Walaupun sehingga sekarang aku masih sukar membezakan sama ada seseorang itu manusia atau hanya jelmaan untuk melemahkan imanku. Walaupun begitu, aku tetap berdoa kepada Allah agar sentiasa melindungi ku serta ahli keluarga ku yang lain.

Terima kasih kerana sudi membaca serba-sedikit kisah hidup ku. Bagi orang-orang yang dapat melihat perkara-perkara ghaib ini, janganlah merungut walaupun ia sukar bagi kamu. Sama juga seperti ku. Ia adalah satu kelebihan yang perlu diguna untuk menjadikan kamu lebih kuat.

Kepada yang tidak boleh melihat perkara-perkara sebegini, janganlah kamu meminta untuk melihat pula. Bagiku, lebih baik jika kamu tidak mengetahui rupanya, jika tidak mahu menyesal di hari kelak.

Terima kasih.

............................................

Thanks kpd semua yang baca and vote cerita ni..this is the last part. Stay tune for the next story from me..(Maybe..?) next story tau, bkn next chap!

Thank you sbb support sy.. love all of you

Stay safe, walaupun dh boleh keluar.

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now