19

1.3K 131 32
                                    

Selepas sahaja aku mengalami mimpi yang sebegitu rupa, aku tidak lagi tidur pada waktu senja. Bak kata ustazah ku, 'waktu senja kita adalah waktu "subuh" bagi syaitan dan iblis'. Ini bermaksud, waktu senja adalah waktu di mana iblis dan syaitan aktif keluar mencari mangsa.

Namun begitu, hidup ku tetap sama seperti mimpi yang aku alami. Jika manusia biasa mengalami mimpi buruk dan dapat melihat benda ghaib di dalam mimpi mereka, mereka beruntung kerana apabila terjaga dari tidur, semuanya akan kembali normal dan benda ghaib itu akan hilang. Tapi berbeza dengan aku yang dapat melihat benda itu walaupun aku tidak tidur atau bermimpi. Akan tetapi, ada juga makhluk Allah yang dianugerahkan penglihatan yang tidak berhijab seperti para ulama dan ustaz serta ustazah.

Kisah ini terjadi semasa cuti penggal pertama. Ketika itu bulan Mac jika aku tidak salah. Sekolah ku menerima kedatangan ustaz baharu. Aku sudah lupa namanya, tapi yang aku ingat, kami memanggilnya Ustaz As yang dahulunya mengajar di salah sebuah sekolah kampung di Kelantan. Beliau dapat melihat benda ghaib sama seperti ku. Aku dapat tahu tentang perkara ini ketika pihak sekolah mengadakan Qiamullail. Tidak ramai pelajar yang mengikuti Qiamullail ini kerana ramai pelajar yang pulang ke rumah. Maklumlah cuti penggal ini agak lama, kalau tak salah, cuti ini selama 2 minggu.

Disebabkan ibu bapa ku berada jauh, aku mengambil keputusan untuk tidak pulang kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa ku. Nasib baiklah aku mempunyai rakan yang memahami jiwa ku. Mereka juga memutuskan untuk tidak pulang dan mengikuti aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah. Selalunya, kedatangan guru baharu di sekolah ini tidak mengganggu gugat "penghuni" sekolah ini. Namun, kehadiran ustaz As tidak disenangi oleh "penghuni" di sini.

Ketidaksenangan "penghuni" ini ditunjukkan apabila "dia" mengganggu salah seorang pelajar Tingkatan 4. Jika dicampur kesemua pelajar lelaki dan perempuan, hampir 150 orang pelajar yang tidak pulang.
Ia bermula apabila kami selesai solat Isyak. Salah seorang dari pelajar Tingkatan 4, seingat ku, nama Balqis. Jika aku tidak salah.

Usai sahaja solat. Dia terus berdiri dan berjalan ke arah satu sudut dalam surau. Aku melihat sekeliling. Semua pelajar perempuan termasuk guru yang berada di situ, memerhati sahaja perbuatan pelik Balqis. Mukanya nampak biasa jika dilihat dengan mata kasar, namun ia berbeza dalam pandangan ku. Ada "makhluk" ala - ala puteri gunung ledang sedang memeluknya dari belakang. Itu yang aku nampak. Balqis kemudiannya mencangkung dan menangis. Semua pelajar lain berdiri dan menjauhi Balqis. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Aku cuba untuk tidak melihat dan mendengar suara tangisan Balqis. Aku memejam mata ku serapat - rapatnya.

Selama beberapa minit, pandangan ku kelam. Mata ku terbuka luas seraya mendengar satu jeritan histeria dari seorang pelajar Tingkatan 3. Jeritannya seakan - akan sedang mengalami kesakitan yang teramat. Jeritannya yang tidak putus itu di sahut oleh 2 orang pelajar lelaki. Mereka juga mengalami histeria. Balqis yang tadinya menangis, kini ketawa sambil mencakar dinding. Pelajar di dalam surau bertambah takut apabila bumbung surau bagai di pijak - pijak. Bagai ada "sesuatu" yang sedang berlari di atas bumbung surau. Keadaan agak susah untuk dikawal ketika itu sehingga ada pelajar yang menangis kerana terlalu takut.

Aku pula tergamam dan pandangan ku terarah pada Balqis yang mencakar dinding. Andaian ku, kukunya sudah patah, mungkin, kerana tempat yang dicakar itu berdarah - darah. Ustaz As dan beberapa pelajar lelaki menyelak langsir yang membahagi ruang lelaki dan perempuan di dalam surau. Katanya, ini kerana terpaksa. Dia mengarahkan pelajar yang lain untuk membantunya dan guru lain memegang pelajar yang di"ganggu" kecuali Balqis.

Aku tidak pernah lupa kata - kata Ustaz As. Katanya
"Biarkan Balqis di situ sebab ibunya di situ".
(Lebih kurang macam itulah ayatnya)

Aku masih membatukan diri dan tidak menolong rakan yang lain memegang pelajar perempuan yang histeria itu. Pandangan ku tetap terarah pada Balqis. Pada mulanya aku tidak faham akan maksud yang hendak Ustaz As sampaikan. Apabila mata ku terus memerhati Balqis. Makhluk yang memeluk Balqis itu memandang ku. Dan ketika itu, barulah aku faham. "Ibu" yang dikatakan oleh Ustaz As itu adalah makhluk itu. Ustaz As menggelarkannya "ibu" kerana di situ bermula dan punca yang menjadikan pelajar ini histeria.

Aku sedikit terkejut apabila ada tangan yang menyentuh ku. Itu Ustazah. Aku sedikit lega. Beliau menyuruh aku dan rakan yang lain ke bilik guru dan mengambil air yang telah dibacakan dengan ayat - ayat suci al-Quran. Aku teragak - agak untuk ke sana. Maklumlah, dalam keadaan begini, siapa yang berani untuk keluar dari kawasan surau walaupun berteman.

Disebabkan rasa kasihan pada rakan yang sedang mengalami "kesakitan", aku memaksa diriku untuk ke bilik guru. Aku pergi bersama Maz, Aisha, dan Leen. Hanya mereka yang tahu tentang diriku yang dapat melihat "makhluk" selain manusia dan binatang. Aku melangkah perlahan keluar dari surau dan sekarang, aku tahu apa yang ada di atas bumbung surau. Susuknya seakan kanak - kanak yang berumur dalam lingkungan 6 tahun. Tapi yang menakutkan ku, dia merangkak! Rambutnya yang panjang menutupi wajahnya. "Dialah" yang membuat bunyi tadi.

Memandangkan aku tidak mahu diselubungi rasa takut, aku meneruskan perjalanan ku dan mengikuti rakan yang lain dari belakang. Kami perlu melalui bangunan lama untuk ke bilik guru yang dipindahkan ke bangunan baru. Jarak satu bangunan ke bangunan yang lain agak jauh dan keadaan jalan agak gelap walaupun bangunannya diterangi lampu. Tapi, bukan semua lampu di setiap bangunan dinyalakan. Waktu itu, aku mengeluh melihat tiang lampu yang tegak di situ namun lampunya tidak dihidupkan. Apa guna pasang tiang lampu di situ jika tidak berguna?

• • • • • • • •

Suis lampu di tekan. Bilik guru sekarang diterangi lampu sepenuhnya. Aku dan Maz melangkah ke hujung bilik guru untuk mengambil air yang dinyatakan. Langkah terhenti apabila aku terlihat satu susuk tubuh yang membongkok mencari sesuatu. Aku tertanya - tanya. Usai sahaja Maz mengambil air tersebut. Susuk tubuh itu mula menoleh ke arah aku dan Maz. Maz lari ke arah pintu utama bilik guru. Pada andaian ku, Maz nampak "hantu" yang berada di depan kami. "Dia" seakan - akan tiada tulang belakang. Aku pernah terdengar cerita "hantu lembik" yang menjadi buah mulut para pelajar. Rupanya, itulah "hantu lembik" yang dikatakan. Dadanya berada di atas lantai dengan tangan yang bergerak - gerak membawa tubuh yang tidak bertulang belakang.

Aku melangkah ke belakang apabila mendengar nama ku di sebut oleh Maz. Ternyata, Maz juga nampak apa yang aku nampak. Dan itu kali pertama matanya melihat "benda" yang sebegitu. Bukan apa, kadang - kadang benda ghaib ini sahaja menunjukkan rupa mereka kepada manusia untuk mengingatkan manusia yang mereka itu wujud. Kami keluar dari bilik guru dan terpaksa melalui bangunan lama sekali lagi untuk ke surau. Dan sekali lagi, langkah ku terhenti. Terlintas di fikiran ku, sekolah ini tiada tiang lampu sebenarnya. Jadi, tiang yang aku lihat tadi? Tiang apa itu?


• • • • • • • • •

Sampai sahaja di surau, kami melihat keadaannya lebih teruk apabila bilangan pelajar histeria bertambah. Tiba - tiba ustaz As meghampiri kami dan bertanya.

"Apa yang kamu bawa?"

Nadanya kedengaran agak kasar. Maz menjawab dan menunjukkan air yang kami ambil dari bilik guru.

Ustaz As bertanya soalan yang sama sekali lagi.

"Apa yang kamu bawa?!"
Kali ini suara Ustaz kedengaran keras. Matanya pula memandang tajam ke arah kaki Maz.

Aku tidak faham situasi tersebut sehinggalah aku sedar, Maz bukan sahaja membawa air yang diambil dari bilik guru. Maz juga membawa "hantu lembik" di kakinya. "Hantu lembik" itu kelihatan sedang memeluk erat kaki Maz.

Aku mendiamkan diri dan melangkah masuk ke dalam surau. Ustaz As menyatakan apa yang dia nampak dan memberitahu Maz. Maz ketakutan dan itulah pertama kali aku melihat Maz menangis teresak - esak kerana takut. Nasib baiklah keadaan dapat dikawal. Uztaz As membaca ayat suci
al-Quran dan membuang "benda" yang berada di kaki Maz. Setelah pelajar histeria diubati, semua para pelajar diarahkan untuk tidur di surau sehinggalah waktu Qiamullail. Dan Balqis. Pihak sekolah memberitahu ibu bapanya dan dia dibenarkan pulang.


••••••••
Sebenarnya, kawan sy ada cerita tentang bagaimana Uzstaz tu ubatkan Balqis. Tapi tak sanggup pulak nak tulis. Sbb ada unsur yang agak memalukan. Sy tak nak la buka aib dia..

Ini je yg sy dpt share untuk kali ni.. So, stay and still. Keep reading this story.

Thanks to readers!
Support me!!
I need your support!!!

(*^﹏^*)          ヽ(^。^)ノ

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon