Selepas kejadian itu berlaku, aku dengan berat hatinya menceritakan apa yang telah berlaku. Aku menceritakan kepada mereka bahawa aku dapat melihat 'benda ghaib' dan terpaksa berbohong kerana aku takut kehilangan mereka.
Mana tidaknya, adakah individu yang ingin berkawan dengan manusia seperti ku? Hanya itu yang aku risaukan. Sebab itulah, aku terpaksa berbohong.
Nasib baiklah rakan - rakan ku masih ingin berkawan dengan ku. Mereka pula yang bersimpati drngan keadaan ku.
• • • • • • • • • • •
Akhir tahun 2006,
Aku pulang ke rumah. Terasa sedikit kekok apabila melangkah ke dalam bilik ku. Keadaannya tetap sama walaupun sudah 3 tahun aku meninggalkannya. Bilik tidurku tetap suram dan malap bagai tidak mendapat cahaya matahari yang cukup.Aku mengemas pakaian ku. Ketika itu juga seseorang masuk ke dalam bilik ku. Aku terus membuka mulut.
"Mama"
Aku menyebutnya serentak menoleh ke belakang. Namun apa yang aku lihat bukanlah mama. Tapi 'nenek' yang tersenyum menyeringai sehingga menampakkan barisan gigi yang tajam seperti suka apabila aku 'memanggilnya' mama.
Usai mengemas pakaian, aku turun ke bawah apabila nama ku di panggil oleh mama ku yang sebenar. Mama memanggil ku untuk makan tengah hari. Aku duduk bersama papa di meja. Kemudian papa memberitahuku bahawa dia telah di naikkan pangkat dan kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Perak.
Maklumlah papa ku seorang askar bahagian perisikan. Kadang - kadang aku dan mama terpaksa pulang ke rumah nenek di Negeri Sembilan kerana papa perlu ke luar negeri. Begitulah hidup ku. Berpindah lagi.
Papa memberitahuku bahawa dia sudah membeli sebuah rumah di sana. Dan esok kami akan bertolak ke sana untuk melihat kediaman kami terlebih dahulu.
• • • • • • • • • • • • •
Perjalanan untuk ke Perak memakan masa agak lama iaitu 5jam kerana musim cuti sekolah. Jalan raya sesak di tambah pula dengan kemalangan maut.
Sampai sahaja di rumah yang dikatakan papa, aku nampak sepasang suami isteri sedang menunggu kami. Lelaki tersebut seorang pensyarah manakala isterinya seorang guru. Mereka merupakan penghunj ke-3 rumah itu. Rumah itu seakan rumah banglo dengan halaman rumah yang teramat luas.
Namun, hanya rumah itu yang berada di sini. Tidak ada satu pun rumah jiran - jiran yang lain di sini. Bagi ku, suasana di sini agak menyeramkan.
Mereka membawa kami melihat sekeliling rumah. Dan apabila tiba di kawasan belakang rumah, aku melihat terdapat satu pokok besar sehingga pucuknya melebihi bumbung rumah. Dan di situ juga aku ternampak seekor kera besar berbulu hitam lebat bertenggek di atas dahan. Meremang bulu roma ku melihat tatapannya. Aku mempercepat langkah ku ke arah mama dan memaut tangannya.
Setelah melihat kawasan luar rumah, kami masuk ke dalam. Terdapat beberapa ayat al - Quran di dinding ruang tamu.
Keadaan di dalam agak berhabuk. Banyak barangan lama di tinggalkan di situ.Sepasang suami isteri itu berkata bahawa rumah ini sudah mereka tinggalkan selama 3 tahun dan ingin menjualnya. Namun, tiada yang ingin membelinya kerana kawasan rumah ini jauh daripada rumah jiran yang lain.
Namun, aku tidak berasa begitu. Pada pendapat ku, mereka tidak ingin tinggal di sini kerana terdapat 'benda' yang ingin menumpang. Mereka juga memberitahu kami bahawa rumah itu sudah berusia 12 tahun.
Memandangkan papa sudah bersetuju dan membayar harga rumah secara tunai, aku terpaksa mengikut papa dan mama untuk berpindah.
• • • • • • • • • • •
Okay..part nie x seram..Sy ada bgtau yang sy akan
pub malam esknya.
Tp...tak.Sy minta maaf ..
Sy xsempat, byk krja..wait for next part!!
Please support me!!
I need your support!!!
Thanks for 700+ readersss..
YOU ARE READING
APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]
ParanormalKisah ini betul - betul terjadi kepada kawan saya. Berminat untuk tahu kisah ini? Baca setiap chapter dan anda akan tahu apa yang dia nampak!