06

1.9K 192 5
                                    

2004, ketika itu aku berada di tingkatan 1. Aku berumur 13 tahun. Aku rasa gembira kerana aku dapat berpindah dari rumah terutama dari bilik ku ke asrama sekolah memandangkan aku telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tahun lepas.

Aku hanya ingin lari dari penghuni - penghuni bilik ku. Bukannya aku tidak suka pada mereka lagipun merekalah kawan ku sejak aku lahir lagi. Tapi aku juga ingin berkawan dengan manusia seperti ku. Bukannya 'benda ghaib' yang tidak dapat dilihat mata kasar.

Sewaktu aku mengemas pakaian dan barang - barang yang aku ingin bawa ke asrama, aku du tegur oleh 'nenek'. Katanya, dia tidak mahu aku pergi ke asrama dan tinggal sahaja di rumah. Aku tidak pedulikan permintaannya kerana aku adalah orang yang paling gembira untuk ke asrama.

Niat aku adalah untuk lari dari 'nenek' dan berkawan dengan manusia yang nyata. Aku menoleh ke arahnya. Aku melihat lingkaran mata hitam dan senyumannya begitu menyeramkan. Aku mengendahkannya dan yerus mengemas untuk ke asrama.

• • • • • • • • • • •

Selepas mendaftarkan diri di sekolah baru, aku di berikan kunci bilik yang bernombor 321.
Bilik ku adalah bilik yang pertama, di tingkat 2, di Blok ke-3, Blok Kekwa. Ibu bapa ku terpaksa pulang awal dan tidak dapat menghantarku ke bilik atas urusan kerja. Jadi, aku terpaksa membawa beg pakaian ku sendiri menaiki tangga. Sampai sahaja di tingkat 2, aku terus mencari bilik ku. Rupa - rupanya bilik itu berada di hujung bangunan. Terasa jauh pula.

Aku membuka pintu bilik dan melihat keadaan sekitarnya. Bilik itu luas dan selesa. Terdapat 4 katil single di bilik itu. Aku tidak sabar untuk berkenalan denfan rakan - rakan baru. Aku menunggu sehingga waktu petang, dan akhirnya mereka tiba. 2 orang gadis yang sebaya dengan ku. Aku memanggil mereka Maz dan Leen. Aku belum lagi memilih katil untuk dijadikan tempat tidur, sebaliknya menunggu rakan - rakan yang lain.

Maz memilih katil yang paling dekat dengan dinding, Leen pula di sebelah Maz, manakala aku memilih katil yang paling hujung. Aku tidak suka tidur berhimpit dengan orang lain. Aku mudah tidak selesa dan panas ketika waktu malam. Terdapat satu lagi katil yang belum bertuan. Aku membiarkan sahaja, mungkin seorang lagi rakan sebilik akan datang.

Aku menolong Maz dan Leen mengemaskan pakaian mereka. Di bilik itu, di sediakan 2 buah almari untuk pelajar menyimpan barang - barang mereka. Usai mengemas, kami ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Mujurlah surau terletak di sebelah Blok 3. Tidak perlulah berjalan terlalu jauh tambahan pula keadaan di situ gelap.

• • • • • • • • • • • •

Setelah selesai solat maghrib, kami mendengar tazkirah daripada ustaz sementara menunggu waktu Isyak. Selain dapat berkenalan dengan rakan - rakan baru yang sebaya dengan ku, aku juga dapat berkenalan dengan senior - senior di situ. Mereka baik dan prihatin.


Selepas solat Isyak, pelajar harus ke dewan makan untuk makan malam bersama - sama. Memandangkan aku tidak lapar, aku mrminta diri untuk ke bilik terlebih dahulu. Aku mrmpercepatkan langkah ku kerana keadaan di situ amat gelap. Namun, langkah ku terasa berat apabila aku telihat kelibat wanita tua yang aku kenali sebagai 'nenek'. Aku berlari ke bilik ku dan apabila aku sampai, aku mendapati bilik ku tidak berkunci dan pintunya terbuka beberapa inci.

Jantung ku mula berdegup laju dan tangan ku terketar - ketar untuk memegang tombol pintu. Aku menguak pintu perlahan - lahan dan melihat............

• • • • • • • • • • • • •

Sorry lambat update.. Busy sgt sgt...
Hope enjoy..

Support me!!
I need your support!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now