29

545 80 3
                                    


Banyak perkara yang aku lalui dalam tempoh 8 semester belajar di universiti. Kenangan manis semuanya ketika aku bersama rakan-rakan di studio terutama bersama Ani dan Ong. Ada juga, ketika cuti semester kami mengunjungi rumah Ani di Terengganu. Di sini, aku akan cerita serba sedikit tentang Ani. Ani seorang anak yang patuh pada ibu bapa. Aku boleh cakap macam tu sebab aku lihat dari cara dia bercakap dengan ibu bapanya serta mengikut arahan dan tidak pernah sedikit pun melatah sekiranya mereka mengalami masalah dari segi kewangan.

Bapa Ani merupakan seorang nelayan dan ibunya seorang suri rumah. Kadang-kadang ibunya akan membuat kuih-muih dan ditinggalkan di kedai makan atau warung-warung kampung untuk mendapatkan wang yang lebih, mahupun hasilnya sedikit. Namun, sekurang-kurangnya wang tersebut dapat diberi pada anak-anak untuk belanja makan di sekolah.

Semasa di universiti, Ani tinggal sebilik dengan aku dan Ong. Memandangkan aku seorang anak tunggal dan ibu ayahku mempunyai wang yang lebih daripada tanggungan, aku berkongsi duit ku dengan Ani. Dia juga banyak menolong ku dan aku sudah menganggap Ani seperti kakak ku sendiri. Begitu juga Ong. Walaupun berlainan bangsa dan agama, Ong tetap membantu dengan menyumbangkan wang kepada Ani cukup untuk menanggung perbelanjaan peralatan studio.

Berbalik kepada cerita bercuti di Terengganu. Aku dan Ong sudah sepakat untuk bercuti dan melawat keluarga Ani di Terengganu. Setiba kami di sana, kami di sambut ceria oleh bapa Ani. Sebenarnya mereka disambut, tapi tidak aku. Riak wajah bapanya agak kurang senang apabila melihat ku. Senyuman di bibirnya terus pudar apabila aku memperkenalkan diriku. 

Bapanya memanggil Ani dan mereka bercakap atau berbisik dari jarak yang agak jauh dari aku dan Ong. Ong menggenggam tangan ku dan berkata "sabar". Aku mengukir senyum pada Ong untuk menunjukkan aku dalam keadaan yang baik walaupun aku tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun berasa sedikit kekok menaiki kereta bersama bapa Ani, aku juga berasa agak tenang dapat melihat dan merasai suasana kampung. Tenang dengan pemandangan laut yang biru dan angin yang sentiasa menghembus lembut menyapa kulit pada wajahku.

Sampai di rumah Ani, kami disambut pula oleh ibu dan adik-adiknya. Ani mempunyai 7 adik beradik. Jika diikutkan turutan, Ani merupakan anak kedua dan dia sepatutnya mempunyai 8 adik beradik. Tapi, kakak sulungnya lebih disayangi oleh Pencipta Yang Maha Esa. Kakaknya meninggal ketika berumur 15 tahun dan ketika itu Ani berumur 13 tahun. Kini dia merupakan ketua kepada adik-adiknya dan bagi ku, dia merupakan seorang kakak yang cemerlang dan patut dicontohi oleh adik-adiknya yang lain.

Aku memberi salam dan melangkahkan kaki kanan masuk ke rumah Ani. Satu perasaan yang aneh membuatkan aku gementar. Aku buat tak endah. Mungkin itu cuma perasaan sahaja walaupun aku sendiri tak dapat menipu akal ku yang mengatakan ada sesuatu yang pasti berlaku dan perkara itu mesti berkaitan dengan aku. Aku cuba sembunyikan perassan itu dari pandangan Ani dan Ong. Aku teruskan tersenyum agar mereka tidak nampak keresahan dalam diriku.

Aku dan Ong mula mengemas sedikit baju-baju kami dan diletakkan dalam rak kecil yang terletak bersebelahan almari pakaian Ani. Kami akan tidur di bilik Ani memandangkan biliknya agak besar dan dapat memuatkan kami bertiga. Hari itu agak letih, maklumlah baru sahaja sampai dan kami di bawa melihat sekeliling kampung. Makan malam pada malam pertama agak meriah dengan cerita kelakar Ani dan Ong. Adik-adiknya juga turun bertanya pengalaman kami dan kehidupan sebagai pelajar universiti. Aku tidak banyak berbicara memandangkan aku masih lagi gemertar sejak sampai di sini. 

Usai makan malam, Ani membantu adik-adiknya membuat latihan yang diberi oleh guru mereka di ruang tamu. Rumah mereka tidaklah terlalu besar dan tiada juga ruang khas untuk belajar. Tapi mereka tidak merungut dan menggunakan ruang tamu untuk belajar. Suasananya agak meriah dan kakak atau abang yang lebih tua dapat membantu adik-adik. Aku menemani Ani manakala Ong sudah hanyut dibuai mimpi. Kami biarkan sahaja Ong dengan mimpinya.

Setelah siap, kami semua menuju ke bilik masing-masing untuk menjengah ke alam mimpi. Namun tidak bagi diriku. Malam pertama sudah tidak dapat melelapkan mata. Aku masih gementar diikuti rasa mual dan pening. Aku cuba sedaya upaya untuk tidur tapi tidak berjaya. Beberapa ketika, keadaan menjadi sunyi. Tiada bunyi dari cengkerik seperti tadi. Aku mengalih tubuhku dan mengiring menghadap Ong. Aku memeluk lengannya dan memejamkan mata serapat yang mungkin.

Ketika itu telingaku menangkap satu bunyi yang datang dari luar bilik tidur. Bunyi itu datang dari arah ruang tamu. Aku mengamati bunyi tersebut. Semakin lama, semakin jelas bunyi tersebut dan aku yakin bunyi itu adalah bunyi loceng. Aku tidak tahu apa yang aku fikir. Fikiran ku mula bercampur aduk. Siapa yang berjaga lewat malam? Siapa yang belum tidur? Siapa yang main loceng? Ada loceng ke dalam rumah ni? Betul ke apa yang aku dengar? Aku ni gila ke? 

Gila. Aku selalu fikir sebegitu. Tapi, tidak! 

Bunyi loceng itu berterusan sehinggalah aku terdengar azan Subuh berkumandang. Aku membuka mata dan bunyi loceng tadi juga lenyap. Aku melihat sekeliling. Ani dan Ong masih nyenyak dan kedengaran dengkuran kecil dari Ong. Aku meraup muka dan berjalan perlahan ke arah pintu bilik. Aku menguak pintu dan menoleh ke kiri dan kanan sebelum melangkah keluar. Terdapat juga perasaan takut di lubuk hati ini. Aku berasa lega kerana terserempak dengan ibunya yang juga keluar dari bilik. Ibunya mengajak aku ke tandas dan bilik mandi bersama. 

Usai mengerjakan solat Subuh, aku tidak sambung tidur kerana sukar untuk melelapkan mata. Lagi pula, keadaan dalam rumah Ani agak gegak gempita dengan suara adik-adiknya yang sedang bersiap untuk ke sekolah. Aku hanya duduk di ruang tamu sambil memerhati gelagat Ani yang membantu adik-adiknya bersiap. Sedang asyik memerhati, bunyi loceng yang aku dengar semalam muncul. Aku cuba mencari dari mana bunyi itu datang. 

Mata ku kemudian tertancap pada kaki seorang gadis. Adik Ani. Namanya Zura. Semenjak aku tiba di rumah ini semalam, aku tidak bertegur sapa dengan Zura. Kata Ani, adiknya Zura, atau nama penuhnya Nurul Baizura, memang seorang gadis yang pendiam dan pemalu. Aku tidak kisah dengan sikapnya yang sebegitu. Ketika ini, aku hanya tertarik kepada loceng atau gelang kaki berloceng yan terdapat di kaki kiri Zura. Aku memerhati juga adik-adiknya yang lain. Namun, apa yang aku dapati, hanya Zura sahaja yang memakai gelang kaki.

Aku jadi tidak keruan untuk mengetahui, adakah Zura tidak tidur pada malam semalam dan adakah bunyi loceng yang aku dengar itu datang dari gelang kaki yang dipakainya? Waktu berlalu dengan cepat dan kini sudah menjengah waktu petang. Usai solat Asar, Ani membawa aku dan Ong ke pantai. Kami membawa sedikit bekalan makanan untuk berkelah kononnya. Aku tidak nafikan, aku berasa senang berada di situ.

Sambil makan makanan yang kami bawa, kami berbual-bual dan kadang-kadang sunyi dipecahkan dengan bunyi gelak tawa kami. Aku cuba gagahkan diri untuk bertanya tentang Zura kepada Ani. Aku tiada niat untuk masuk campur, tapi perasaan tidak sedap hati menyelubungi diriku. Ani menjawab soalan aku dengan tenang dan perasaanku yang mencurigakan itu hilang seketika.

NAMUN........

(Wait for the next part.. Thank you readers n voters sbb support sy.. Thank you jugak sbb still tunggu sy pub next part wlaupun agak lmbat.. sorry =(      Tapi, apa apa pun, sy akn cuba untuk pub part-part yang seterusnya secepat mungkin sbb sekarang cuti, jadiiiiiiii, x busy sgt.. so korang pleaseeeee stay at home n stay safe..dan selamat berpuasa kpd  semua yang beragama Islam..puasa tau, jgn tak puasa.... )

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu