Selepas peperiksaan pertengahan tahun, cuti penggal kedua pun bermula. Tiada apa apa perkara yang menarik sepanjang pertengahan tahun ini (tahun 2007). Perkara yang biasa berlaku kepada ku seperti ditemani 'nenek', terserempak dengan mak cik tak bermuka, hantu lembik tergantung di kaki ku... Perkara itu sudah biasa berlaku.
Ketika cuti penggal kedua bermula, aku sudah memberitahu ibu bapa ku bahawa aku ingin mengikut mereka pulang ke kampung. Ketika itu pertengahan bulan 9. Ibu bapa ku menjemputku di sekolah setelah mereka menyelesaikan kerja mereka. Dan kami terus menuju ke kampung, rumah nenek ku.
Entah kenapa hari itu, hujan turun sangat lebat. Ayah ku memandu dengan perlahan kerana pengalihatannya terjejas dek hujan yang mencurah lebat. Pandangan ayah juga tidak berapa elok, maklumlah semakin meningkat umur, semakin kurang jelas penglihatannya.
Aku mengeluh berat dan menoleh ke kanan. Aku lihat sesusuk tubuh yang berbau busuk di sebelahku. 'Nenek'. 'Nenek' juga ingin mengikutku ke kampung. Dia tersenyum memaparkan barisan gigi taringnya.
Aku membalas senyumannya dan menoleh ke sebelah lain. Tidak mahu lagi melihat senyuman di wajah itu. Kereta terus meluncur menuju ke kampung.
• • • • • • • • •
Aku tersedar dan membuka mata ku. Entah bila agaknya aku terlelap. Aku masih lagi berada di dalam kereta. Tapi ibu dan ayah ku tiada bersama ku. Mataku melilau sekeliling. Aku berada di sebuah stesen minyak. Tahulah aku kemana ibu dan ayah pergi. Aku menunggu beberapa minit dan ibu ku masuk ke dalam kereta.
Ketika itu aku ingin membuang air kecil dan meminta ibu ku menemaniku. Keadaan diluar masih hujan. Aku bersama ibu ke tandas. Aku masuk ke dalam tandas selama beberapa minit dan keluar menuju ke singki untuk mencuci tangan. Ketika aku mengerling ke arah salah satu cermin di dalam tandas, aku nampak sesusuk tubuh yang aku kenal.
Nenek. Bukanlah nenek yang bermuka buruk yang selalu menemani ku itu. Tapi itu adalah nenek. Emak kepada ibuku. Wajah nya kelihatan lebam dan darah bercucuran keluar dari mulut, hidung, dan telinganya. Nafas ku naik turun. Aku mengalihkan pandangan ku dan segera keluar dari tandas. Aku menarik tangan ibu dan menuju ke kerata.
Perjalanan kami masih jauh. Aku hanya berdiam diri di dalam kereta. Susuk tubuh nenek tadi masih melekat dalam fikiran ku. Mungkin juga itu hanyalah gurauan dari makhluk lain. Sengaja untuk menakut-nakutkan ku.
• • • • • • • • •
Tepat jam 3 pagi, kereta ayah masuk ke halaman rumah nenek. Sampai sahaja di rumah nenek, kami sekeluarga terus mengangkat barang masuk ke dalam rumah. Kami disambut mesra oleh nenek. Setelah mengemas barang, kami terus tidur.
Tapi mata ku tidak terlelap. Fikiran ku masih terbayang wajah nenek yang aku lihat di dalam tandas tadi. Entah kenapa aku tidak sedap hati. Aku cuba sedaya upaya untuk melupakan wajah yang ngeri tadi sehingga lah azan subuh bergema. Aku bangun dan solat subuh dan kemudian aku dapat tidur dengan lena walaupun sekejap.
Lebih kurang pukul 8 pagi aku bangun dan bersiap - siap untuk bersarapan. Aku lihat nenek sangat gembira pagi ni. Ibu dan nenek tidak berhenti - henti ketawa. Aku biarkan mereka berbual. Lagi pula, sudah lama kami tidak pulang ke kampung.
Nak di jadikan cerita, pukul 10 pagi, nenek ke pasar kecil yang terletak di seberang jalan untuk membeli barang dapur untuk di masak tengah hari ini. 15 minit kemudian, aku dan ibu mendapat satu berita buruk. Jiran sebelah rumah memberitahu kami bahawa nenek dilanggar semasa dia melintas.
Aku dan ibu bergegas ke luar rumah dan menuju ke jalan kecil di hadapan rumah nenek. Aku lihat sekujur tubuh yang sudah tak bergerak di tepi jalan. Aku terkejut. Aku lihat ibu menangis dan memanggil ayah. Aku hanya terkaku disitu. Aku tak tahu apa yang aku patut lakukan. Aku terkejut kerana wajah nenek yang aku lihat di dalam cermin itu adalah wajah yang aku lihat di hadapan mataku sekarang. Wajah nya lebam, darah mengalir dari hidung, mata, mulut, dan telinga.
Nenek di bawa ke hospital tapi nenek tidak dapat di selamatkan kerana mengalami pendarahan yang teruk. Nenek meninggalkan kami sekeluarga dengan cara yang agak ....hmmmmm (sorry time ni sebak sangat, si "aku" tak dapat nak teruskan cerita. Tapi, apa yang pasti, "aku" bgtau bahawa jika dia terlihat susuk tubuh di dalam cermin dengan muka yang sedih, maka itu adalah petanda bahawa orang tersebut akan meninggal.)
LONG TIME NO SEEEEEE
SORRY SBB LAMA SGT TAK UPDATESY AKN SMBUNG PUB STORY NI
IF IM FREETHANK TO READERS N VOTERS
PLEASE SUPPORT ME!!
I NEED YOUR SUPPORT!!!!●~● ●~●
YOU ARE READING
APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]
ParanormalKisah ini betul - betul terjadi kepada kawan saya. Berminat untuk tahu kisah ini? Baca setiap chapter dan anda akan tahu apa yang dia nampak!