18

1.3K 148 9
                                    

Huii..lama x update.. Sorry sy busy sgt2... Ok now, sy nk smbung crita kwn sy..

• • • • • • • • • • •

Selepas kejadian aku ditindih oleh lembaga hitam, aku terus diganggu setiap malam dan aku tidak dapat tidur lena.

Hari itu adalah hari Rabu (seingat aku, walaupun kisah ini sudah lama berlaku namun ia tetap segar dalam ingatan ku). Seperti biasa, hari Rabu adalah hari Kokurikulum di mana pelajar akan menyertai kelab persatuan di sekolah. Termasuklah aku yang menyertai persatuan pengakap. Sekolah ku telah terpilih untuk menyertai kawad kaki suatu perarakan yang akan berlangsung di sekolah pada minggu hadapan. Aku turut menyertainya kerana inilah masa untuk pelajar tingkatan 4 mengumpul sebanyak mungkin sijil. Sijil2 Kokurikulum juga penting untuk kemasukan ke Universiti nanti.

Memandangkan aktiviti kawad kaki ini menjanjikan sijil penyertaan walaupun hanya di peringkat sekolah, namun ia tetap termasuk dalam markah kokurikulum. Hakikatnya, aku tidak begitu berminat untuk menyertai aktiviti tersebut. Namun, demi sijil tersebut, aku menguatkan diri ku untuk menyertainya.

Seperti biasa, waktu persekolahan tamat pada pukul 5 petang. Tetapi, pelajar yang menyertai kawad kaki di benarkan pulang lebih awal iaitu pukul 3 petang dan dibenarkan rehat sebelum latihan kawad kaki yang akan berlangsung pada pukul 4 petang. Disebabkan aku tidak boleh menunaikan solat, aku menunggu kawan ku yang lain di padang. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang dan aku duduk berseorangan di tepi padang yang luas bagaikan padang pasir yang terhampar luas.

Sebenarnya, aku tidak berseorangan jika dilihat dari sudut yang lain. Aku ditemani oleh seorang  senior yang aku jumpa di tandas ketika aku mula2 melangkah ke sini. Aku sudah mengetahui namanya iaitu Qaisarah. Dia meninggal kerana dirinya sendiri yang bercinta hingga terlanjur dan hamil luar nikah. Namun, disebabkan iman yang lemah, dia mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungannya di dalam tandas pelajar senior. Dan akibatnya, dia mengalami pendarahan yang amat teruk sehingga nyawanya sendiri melayang.

Aku tidak takut apabila bersama pelajar senior itu kerana raut wajahnya tidaklah menakutkan. Hanya matanya lebam dan mukanya pucat sahaja. Aku berbual dengan pelajar senior itu sehingga kawan - kawan yang lain tiba di padang.

Aku menunggu hampir 30 minit dan seorang demi seorang pelajar datang untuk mengikuti latihan kawad kaki termasuklah beberapa orang guru yang akan melatih kami.

Aku mencuba sedaya upaya ku untuk mengikuti setiap arahan yang diberikan dan membuat gerakan dengan penuh berdisiplin. Sebenarnya, aku tidak menyangka bahawa aku mampu melakukan aktiviti itu walaupun aku tidak menyukainya.




• • • • • • • • •




Latihan kawad selesai tepat pukul 6.00 petang dan aku amat letih. Biasalah, aku yang tidak pernah melakukan aktiviti lasak, tiba - tiba sahaja melakukannya demi sijil yang ditawarkan. Usai sahaja latihan, aku terus melangkah ke bilik untuk berehat. Oleh sebab aku terlalu letih, aku terus berbaring di atas katil tanpa bersuara. Rakan ku yang lain menyatakan hasrat mereka untuk ke tandas dan bilik mandi kerana mereka tidak selesa dengan keadaan badan mereka yang terasa melekit akibat peluh yang terembes semasa latihan tadi. Aku bangun dan menganggukkan kepala dan berbaring semula.Biasanya aku akan membiarkan  peluh kering dahulu sebelum mandi.

Aku berbaring sambil memejamkan mata dan mungkin tanpa sedar aku tertidur. Bila mendapat satu mimpi yang buruk, aku tersedar dalam keadaan berpeluh. Itulah yang aku akan alami setiap kali tidur pada waktu petang yang hampir dengan waktu Maghrib. Bilik ku gelap. Aku bangun dan mencapai suis lampu dan menekannya. Aku berseorangan di dalam bilik. Aku menoleh ke arah jam dinding yang berbentuk bunga dan ia menunjukkan pukul 7.40 malam. Tapi aku tidak melihat kelibat rakan ku di dalam bilik. Anggapan ku, mungkin ramai pelajar yang menggunakan bilik mandi dan mereka perlu menunggu giliran.

Tanpa berlengah, aku mencapai tuala yang tergantung di dalam almari dan menuju ke bilik mandi. Aku mempercepat langkah ku kerana tidak mahu dimarahi oleh ustazah jika lewat ke surau. Walaupun aku datang bulan, aku tetap perlu ke surau untuk mencatat nama ku di dalam buku kehadiran. Pihak sekolah perlu berbuat demikian agar tiada pelajar yang ponteng solat. Entah mengapa, aku rasa semakin cepat aku melangkah, semakin jauh jarak bilik mandi. Sehingga aku terpaksa berlari dan akhirnya aku tiba di bilik mandi.

Patutlah rakan ku tiada di bilik! Benar anggapan ku, ramai pelajar yang menunggu giliran untuk mandi. Aku memanjangkan leherku, menjenguk untuk mencari rakan ku. Aku terlihat di satu sudut, 3 orang rakan ku sedang tertawa kecil-kecilan. Aku melangkah masuk dan menuju ke arah mereka. Tapi, apa yang pelik, aku seperti diabaikan bagai jasad ku tidak wujud. Aku memanggil nama mereka berkali - kali, namun tiada jawapan dari mereka.

Aku terus menunggu sehinggalah seorang demi seorang pelajar keluar dari bilik mandi dan menuju ke bilik masing - masing. Akhirnya 3 orang rakan ku mendapat giliran mereka. Tapi aku. Aku terus berdiri tanpa bersuara. Aku masih terfikir tentang 'aku' yang tidak dipedulikan. Bunyi air bercucuran di dalam bilik mandi. Semua pintu bilik mandi tertutup rapat menandakan ada orang di dalamnya. Aku yang masih termenung tiba - tiba terkejut apabila mendengar suara seakan - akan 'orang-yang-tercekik' di dalam salah satu bilik mandi. Aku melangkah perlahan ke arah bilik mandi tersebut dan mengetuknya berkali - kali sambil bertanya. Namun tiada jawapan melainkan bunyi yang sama aku dengar tadi. Aku cuba menolak pintu itu dan akhirnya ia terbuka luas. Pintu itu tidak berkunci dan tiada seorang pun di dalamnya melainkan air yang keluar bercucuran dari paip.

Aku tergamam dan melangkah ke belakang. Aku mndengar bunyi itu lagi. Dan kali ini, di bilik mandi yang lain. Bunyi tersebut semakin kuat dan memaksa aku menutup telingan. Aku tidak tahu apa yang terjadi, semua pintu bilik mandi terbuka luas dan aku nampak rakan - rakanku melutut dengan 'air-berdarah' keluar dari dari paip. Mata ku membulat apabila aku melihat rakan ku muntah darah dan mereka seperti tercekik sesuatu. Mereka menjolok ke dalam mulut mereka. Aku berasa loya tapi aku menahannya. Aku terduduk di atas lantai dan menutup telinga lagi. Namun, bunyi itu tetap menembusi telinga ku dan masuk ke fikiran ku. Air mata ku mengalir. Aku menutup mata dan menangis. Aku menangis teresak - esak sehinggalah aku membuka mata.

Aku melihat Aisha, Leen dan Maz duduk mengelilingi ku. Muka mereka nampak risau. Mereka bertanya keadaan ku dan pelik kerana aku menangis ketika aku tidur tadi. Aku melihat jam dinding. Dahi ku berkerut. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Dan rakan ku sudah selesai mandi. Aku hanya diam dan tidak memberitahu apa yang berlaku tadi.

Jujur aku cakap, ini betul - betul berlaku. Siapa yang baca kisah ini dan cakap benda ni rekaan..ouhh tolonglah, korang tak alami benda ni. Kalau lah korang alami benda ni, tentu korang akan percaya setiap apa yang aku cerita.

(👆 ayat kawan sy, bila sy cakap cerita dia macam drama.. Ksian dia😞)



• • • • • • • • •
Sampai sini je..
Nnt sy akan smbung
lagi cerita kawan sy ni
Hope korang stay n still
bca cerita ni..

Keep reading..
N thanks kpd reader
yg vote citer ni.
Thanks you so much.
Dan sbb citer ni dah
3K Readers,
Sy bnarkan korang tnya
tentang diri sy. Klau
korang berminat nk knl
sy dgn lebih lg...
Korang bole comment atau chat je sy kt wattpad ni..
Okay👌👌

One more,
abaikan typo okay
😁😁

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now