03

3K 271 12
                                    

Kisah sebenar dalam hidup ku akan kekal sehingga sekarang..
Kisah hidup ku yang bermula ketika aku menjejakkan kaki ke dalan bilik tidur ku yang baru.

Malam pertama...

Aku sedang mewarna buku kartun yang baru di beli oleh ibu. Aku sebenarnya tidak dapat melelapkan mata walaupun waktu sudah menjengah pukul 12 tengah malam. Biasalah budak seperti ku yang tinggal di tempat baru, sudah pasti tidak dapat tidur. Sebenarnya pada malam itu, seingat ku, hanya aku dan ibu yang berada di rumah kerana malam itu, ayah mendapat panggilan dari pajabat dan perlu ke luar negeri dengan segera. Jadi, tinggallah kami dua beranak di rumah baru itu.

Sebenarnya, ibu mengajak ku tidur bersamanya. Tapi aku menolak pelawaan ibu. Aku tudak tahu kenapa. Jujur aku katakan! Aku tidak tahu kenapa aku mahu tidur di bilik ku. Sendirian!

Sedang asyik mewarna, lampu bilik ku tiba - tiba berkelip. Aku yang sedang meniarap di lantai terus bangun dan memanjat katil. Lampu itu berkelip selama beberapa minit dan berhenti..

Dan aku.. Dalam kegelapan!

Aku bergelap selama beberapa minit. Apabila bilik ku kembali terang, aku memutuskan untuk pergi ke bilik ibu dan tidur bersama ibu. Sampai saja di bilik ibu, tiada siapa di situ melainkan aku seorang.

'Mungkin ibu di bawah'
Fikir ku sendirian.

Aku melangkah menuruni tangga. Aku menuju ke arah ruang tamu namun, aku hampa kerana ibu tiada di situ. Apa yang pelik ialah TV di ruang tamu tidak dimatikan tapi tiada siaran. Aku memerhati sekeliling rumah. Aku memanggil ibu beberapa kali tapi tiada jawapan.

Aku tidak berasa takut malah menunggu ibu di sofa yang terletak di ruamg tamu. Aku juga tidak tahu kenapa aku langsung tidak takut. Aku tidak takut sehinggalah aku terdengar satu suara memanggil namaku. Suaranya seakan suara ibu. Suara yang datang dari arah dapur. Aku berdiri dan menuju ke dapur dengan muka yang selamba. Tiada perasaan.

Sebaik saja aku melangkah masuk ke ruang dapur, suara tadi lenyap serta - merta. Entah kemana hilangnya. Aku berlagak biasa dan memanggil ibu. Dan kali ini, panggilan ku di jawab! Bukan di jawab oleh ibu tapi di jawab oleh satu suara yang kedengaran seperti sedang berbisik. Walaupun suara itu seakan berbisik, namun aku dapat mendengarnya dengan jelas. Seperti seseorang bercakap di sebelah telingaku.

Kemudian, rasa takut mula datang dan menyelubungi diri ku apabila pintu stor terbuka. Berkeriut bunyinya. Suara yang berbisik tadi lebih jelas. Tapi lebih jelas kedengaran apabila 'seorang' kanak - kanak lelaki sebaya ku yang kudung kakinya merangkak ke luar dari stor. 'Dia' merangkak ke arah ku perlahan. Matanya bulat berwarna hitam. Mulut nya sedikit robek dengan darah yang bercucuran. Aku tidak berganjak dari tempat ku berdiri. Tidak tahu kenapa aku begitu. Perkataan yang keluar dari mulutnya dapat ditangkap oleh telingaku. Apa perkataannya?? Anda nak tahu??

Perkataannya...

"Mati... Mati... Mati...Mati..."

'Dia' menyebutnya berkali - kali. Yang lebih menakutkan adalah 'dia' menyebutnya sambil melambaikan tangan ke arah ku. Seperti mengajak ku 'mati' bersamanya.

Baru sekarang aku memutuskan untuk lari. Aku lari ke dalam bilik ku. Naik ke atas katil dan menarik selimut untuk bersembunyi. Aku berharap yang 'dia' tidak akan menemuiku di sini. Tapi itu hanya harapan budak yang berumur 4 tahun. Hanya harapan. Namun, takdir sudah tertulis!

Ketika itu, aku sangat takut. Aku takut walaupun keadaan bilik ku terang. Tiba - tiba aku terdengar seseorang mengetuk pintu bilik ku. Aku harap ianya ibu. Ibu yang mengetuk pintu bilik ku. Seperti yang aku katakan, itu hanya harapan. Aku hanya berharap! Namun, aku salah! Apabila aku cuba mengintai dengan membuka sedikit selimut ku..

Aku terkaku..

Aku melihat 'dia' dengan matanya yang hitam menindih ku. Mata ku membulat terkejut. Mukanya begitu dekat dengan ku. Jaraknya hanya beberapa sentimeter saja. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan selain.......

Menjerit!!

Aku menjerit memecah kesunyian dan..............

• • • • • • • • • •

Okay...sorry sebab part nie tergantung di situuu...

Sy akan sambung di part yang seterusnya..

*adaptasi kisah benar*

Thanks kpd yg bca or vote.. Nk comment pn bole.. Kalau ad laa

Please support me!!
I need your support!!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora