22

1.2K 132 13
                                    

Akhbar itu adalah keluaran tahun 70-an. Aku tidak faham. Apa kaitannya dengan sekolah ini? Kenapa pula Mayang merayau - rayau di kawasan sekolah ini?? Sekarang tahun 2007. Ini bermakna, kisah dan kejadian mengenai Mayang ini sudahpun 20 atau 30 tahun dulu. Jadi apa kaitannya dengan sekolah ini? Aku kembali ke asrama dalam pukul 11.00 malam, lebih dan kurang..

Tapi, aku tidak dapat melelapkan mata ku berbeza dengan rakan ku yang lain. Mereka sudah lama terlena dibuai mimpi. Aku masih tidak dapat melelapkan mata ku. Tiba - tiba aku membuka mata kerana terkejut terdengar suara perempuan menjerit. Entah bila aku tertidur. Aku langsung tidak sedar bila aku dibuai alam mimpi. Aku dengar lagi suara permpuan menjerit nyaring. Aku melihat sekeliling, rakan ku tiada di dalam bilik. Peluh mula terembes, aku beralih dari tempat tidur dan menuju ke tandas dan bilik mandi. 

Aku mempercepat langkah ku, takut sesuatu yang buruk terjadi kepada rakan ku atau mungkin pelajar lain yang menghuni bangunan asrama ini. Langkah ku tiba - tiba menjadi perlahan dan semakin perlahan. Langkah kaki ku kini hanya sekadar seretan pada lantai. Aku tergamam dan berasa pelik kerana ramai orang berkumpul di kawasan tandas dan bilik mandi. Namun, mereka bukanlah pelajar asrama ini. Mereka seakan penduduk kampung. Entah kenapa mereka berkumpul di sini.  Aku dengar lagi jeritan nyaring itu. Aku memberanikan diri untuk melihat apa yang berlaku.

Aku menyelitkan tubuhku di celah warga penduduk. Apabila aku dapat mengambil tempat di hadapan, aku tergamam sekali lagi. Dan tiba - tiba menjerit terkejut melihat seorang perempuan muda di bunuh dan ditikam dengan kejam. Seorang lelaki tua yang menikam permpuan itu kelihatan bengis. Dia kemudiannya bangun dan menuju ke arah ku. Seraya dengan itu penduduk kampung yang berada di belakang ku terus memegang ku dengan erat sehingga aku tidak dapat melepaskan diri.

Aku membuka mataku lagi. Ini sangat pelik. Apa yang aku nampak, Leen dan Maz memegang ku dan aku berada di dalam bilik. Ini sangat teruk! Keingian ku untuk mengetahui tentang Mayang sangat melampau sehingga terbawa ke dalam tidur. Rakan ku cuba menenangkan ku. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak menceritakan kepada rakan ku. Aku dan rakan yang lain terus mengikuti aktiviti Qiamullail di surau dan membiarkan apa yang telah berlaku tadi. Pada aku ,itu merupakan satu petunjuk.. Mungkin.. Apa yang pasti, perempuan yang aku lihat di dalam mimpi tadi sudah pasti Mayang.

  • • • • • • • •  

Qiamullail berjalan seperti biasa dan kali ini, tiada gangguan dari penghuni sekolah. Usai solat subuh berjemaah, aku bergegas ke bilik untuk mengkaji keratan akhbar yang menarik perhatian ku. Apa yang terjadi pada Mayang sebenarnya? Apa pula kaitannya dengan sekolah ini?

Aku perlukan jawapan. Jadi, aku mengambil keputusan untuk bertanya pada salah seorang tukang kebun sekolah. Dia mungkin tahu mengenai Mayang memandangkan rumahnya terletak di kawasan sekitar sekolah dan umurnya sudah menjangkau setengah abad. Aku terus mencarinya di bilik rehat yang disediakan khas untuk tukang kebun sekolah. Tapi, dia tiada di situ. Aku tidak putus asa dan mencarinya di sekeliling kawasan sekolah. Dan akhirnya, aku jumpa tukang kebun itu di kawasan dewan besar sekolah.

Aku memberi salam terlebih dahulu dan mula bertanya tentang gadis bernama Mayang. Reaksi mukanya ketika itu agak pelik. Dia berdiam diri dan bertanya aku kembali, bagaimana aku mengetahui tentang Mayang dan kenapa aku ingin mengetahui tentangnya. Aku menjawab ringkas dengan mengatakan Mayang mengganggu rakan ku dan aku ingin tahu siapa Mayang. Lagi pula, aku mendapat mimpi yang menggambarkan seorang perempuan muda dibunuh.

"Mari pergi tempat lain. Pak cik akan cerita, kat sini tak boleh."  Lebih kurang begitulah katanya.

"Kenapa tak boleh cerita kat sini?"

"Mana boleh bercerita kat rumah orang." Kata tukang kebun itu dan berlalu.

Ketika itu, barulah aku perasan, 'rumah orang' yang di maksudkan itu adalah perkampungan bunian di sebelah dewan besar. Selama ini, aku tidak perasan langsung terdapat sebuah perkampungan di situ.

Aku mengekori tukang kebun itu ke kantin. Tiada sesiapa di situ melainkan kami berdua dan beberapa pekerja kantin yang sedang memasak dan menyediakan sarapan kepada pelajar. Aku bertanya soalan yang sama lagi. Dia mula bersuara selepas termenung seketika. Katanya, pada zaman 70-an dulu, ada sebuah kampung lama di kawasan ini. Penduduk kampung itu semuanya hipokrit dan pentingkan diri. Mereka juga tidak suka sesuatu yang buruk berada dalam kampung mereka dan terdapat sebahagian golongan yang sering membuat upacara bagi menolak bala. Walaupun penduduk kampung itu tahu bahawa amalan itu betentangan dengan agama Islam, tapi mereka tidak peduli kerana amalan itu sudah menjadi satu adab.

Nak dijadikan cerita, ada seorang remaja yang namanya Mayang, tiba - tiba megandung tanpa suami. Apabila cerita itu sampai di telinga penduduk kampung, mereka menghina dan mencaci gadis itu. Mereka mengatakan bahawa gadis itu pembawa malang dan sial dalam kampung ini. Jadi, tanpa belas kasihan, penduduk kampung yang pentingkan diri ini bersepakat membunuh gadis ini dan menyembunyikan mayatnya di rumah nya sendiri. Beberapa hari kemudian, laporan dibuat dan keterangan diambil dari penduduk kampung dan berita ini di siarkan di akhbar. Penduduk kampung hidup tak tenang sehinggalah kampung itu tidak berpenghuni.

Permulaan tahun 80-an, sekolah ini di bina di atas tapak hutan dan tapak perkuburan lama. Dan ketika itu juga pak cik mula bekerja disini sebagai tukang kebun. Pak cik dah nampak macam - macam kat sekolah ni. Pertengahan tahun 90-an, 5 buah bangunan baru di bina di atas tapak kampung lama . Termasuklah bangunan asrama dan bangunan yang menempatkan bilik guru baru, perpustakaan baru dan makmal - makmal sains yang baru. Kawasan bangunan bilik guru itu pula merupakan kawasan terletaknya rumah Mayang.

 • • • • • • • •

Aku mendengar dengan penuh perasaan. Tapi, pelik. Macam mana tukang kebun ni tahu cerita penuh tentang Mayang ni. Dan bila aku siasat, rupanya tukang kebun ini tinggal di sebuah kampung yang bersebelahan dengan kampung lama itu. Mungkin dia tahu semua cerita yang berlaku dalam kampung tu, iyalah, penduduk kampung dulu kan suka menjaja cerita. Itu anggapan ku.

Jadi, untuk mengetahui tentang bangunan baru sekolah, aku pergi ke perpustakaan baru untuk mencari buku sejarah pembinaan bangunan baru ini.  Aku terus mencari buku itu di rak  buku yang berdekatan dengan kaunter pinjaman. Selalu nya buku seperti itu atau buku yang berkaitan hal sekolah berada disitu. Tapi malang nasib ku, aku tidak menemukan buku itu. Aku termenung seketika sehinggalah mataku tertancap pada ukiran kayu yang tergantung pada pintu yang. 'Bilik Rujukan Guru' ukiran itu jelas di situ. Aku melihat keadaan sekeliling dan tiada sesiapa di situ. Aku terus bertindak menggeledah bilik itu dan akhirnya, aku jumpa buku itu.

Aku terus membaca dan tidak sedar yang aku tidak keseorangan sebenarnya, aku sedikit terkejut apabila melihat wajah Ustaz yang duduk bertentangan dengan ku. Untuk menjawab persoalan yang ada di mukanya, aku menceritakan apa yang aku lakukan dan aku sudah mengetahui siapa Mayang. Tapi, aku juga berasa pelik , seramai - ramai pelajar yang mengikuti Qiamullail ini, kenapa Maz dirasuk Mayang.

Kata Ustaz, "Jin dan Iblis ni ada di mana - mana, sama ada kita nampak atau tidak tapi kita perlu percaya yang mereka ni wujud. Sebab dalam al-Quran , Kalammullah, ada menyebut tentang Jin dan Iblis. Tentang Maz kena rasuk tu, mungkin sebab dia lemah. Mungkin juga makhluk itu tidak suka kamu menggangu rumah nya." (Lebih kurang begitulah katanya)



  • • • • • • • •  

Itu lah cerita Mayang yg kawan sy cerita.

1213 words..

Please stay and read the next part..

Tq readers and voters

Please support me!!

I need your support!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now