32

530 61 2
                                    


Seperti yang aku katakan. Hidup di alam univeristi bagi ku tidak begitu mudah dan tidak begitu susah. Aku mempunyai rakan-rakan yang sentiasa ada di sisi walaupun aku sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang lain. Aku akhirnya berjaya menamatkan pengajian ku dan aku sudah tidak sabar ingin melangkah ke alam pekerjaan.

Aku menjejakkan kakiku ke dalam bilik tidur yang telah lama aku tinggalkan. Bilik tidurku masih kelihatan seperti dulu. Aku melabuhkan punggung ku di atas katil. Mataku tertancap pada almari usang yang memang tersedia di bilik itu sejak hari pertama aku pindah ke rumah ini.

Kadang aku terfikir. Bisakah aku hidup seperti orang lain? Hidup normal seperti manusia biasa dengan pelindung mata daripada makhluk ghaib. Aku sudah muak melihat wajah si tua dengan gigi yang tajam. Memandangkan hanya aku dan mak sahaja yang berada di rumah, aku menceritakan pengalaman ku ketika berada di universiti termasuklah apa yang aku nampak selama aku berada di universiti.

................................

Hampir sebulan berada di rumah, aku kemudiannya bergerak ke Kuala Lumpur. Aku telah diterima bekerja di salah satu syarikat yang terletak di Kuala Lumpur. (kat tempat ni la sy jumpa si 'Aku' ni.. hehehe)

Pengalaman di tempat kerja agak berbeza. Aku juga kurang tidur kerana perlu menyiapkan kerja yang diamanahkan. Tambah pula aku perlu menjaga hati pelanggan serta menyiapkan apa yang mereka minta dalam tempoh yang diberikan. Aku juga perlu menjaga hati pengarah syarikat kerana beliau akan menilai setiap kerja yang dilakukan dan ini termasuk dengan bonus yang akan diberikan kepada pekerja. Jika prestasi aku bagus, maka akan ada bonus setiap kali aku mendapat bayaran gaji. Namun, jika prestasi ku menurun, maka tiadalah bonus yang diperoleh.

Di pejabat ini, tempat pekerja terbahagi kepada kepada Wing A, Wing B, dan Wing C. Bukanlah di blok yang berlainan. Aku masih berada di dalam satu blok yang sama dan satu ruang pejabat yang sama, cuma bahagian yang berbeza yang mana ia mengikut pangkat dan tugas masing-masing.

Aku ditempatkan di Wing C memandangkan aku baru sahaja memulakan tugas sebagai pekerja di situ. Di sini jugalah aku terjumpa dengan gadis penulis ini. (saya saya saya..saya lah tu) Suasana di ruang itu seperti biasa. Hanya beberapa kali sahaja aku terdengar jeritan suara dari ketua bahagian atau ketua projek. Biasalah, untuk menjaga hati pelanggan, diri ini sanggup dimarahi oleh ketua. Mungkin juga terdapat beberapa kesilapan.

Aku menyewa sebuah rumah yang dekat dengan pejabat. Mudah bagiku. Aku dapat ke pejabat tepat pada waktu dan aku tidak suka bersesak di jalan raya. Tambah pula, aku kini berada di Kuala Lumpur, sememangnya bandar yang tidak pernah tidur. Aku juga seorang pekerja yang pulang pada waktu yang ditetapkan. Bukan apa, aku tidak mahu berlama-lama di pejabat pada waktu senja kerana aku pernah terdengar ada beberapa peristiwa tragik yang pernah berlaku di pejabat ini.

Bangunan pejabat ini mempunyai 13 tingkat. Pejabat tempat aku bekerja ini berada di tingat 5 dan tingkat 6. Aku masih baru di sini dan aku di tempatkan di tingkat 5. Semasa di Wing C, aku ada terdengar perbualan rakan sekerja yang lain mengenai peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di sini. Gadis penulis ini juga begitu tertarik kepada cerita-cerita seram dan mistik.

Ketika itu, terdetik di hati ku untuk menceritakan kisah hidup ku kepadanya walaupun aku baru sahaja mengenalinya. Tapi, apa salahnya.

Aku mengambil masa untuk bercerita tentang kisah hidup ku. Setelah mengetahui kisah hidupku, gadis ini ingin berkongsi kisah ku kepada orang di luar sana melalui penulisannya memandangkan dia amat tertarik pada kisah ku. Aku bersetuju tapi dia harus merahsiakan identiti diriku.

...........................

Sepanjang bekerja di pejabat ini, terdapat beberapa makhluk yang muncul menunjukkan diri untuk memberitahu ku bahawa mereka wujud dan mungkin mereka telah berada di situ bertahun-tahun. Hari pertama yang mana aku perlu bekerja lebih masa setelah beberapa bulan pulang awal ke rumah. Ini juga merupakan hari pertama yang mana aku perlu bekerja pada waktu malam. Nasib baiklah aku tidak keseorang. Ramai juga pekerja yang tidak pulang.

Usai menunaikan solat isyak, aku dan beberapa pekerja yang menuju ke lobi. Salah seorang dari kami menekan butang lif untuk menuju ke tingkat 10. Tingkat 10 ini merupakan bahagian pekerja merehatkan diri dan mengisi perut mereka.

Kami memilih meja yang berhampiran dengan makanan yang disediakan. Senang untuk menambah kuantiti makanan katanya. Semasa makan, salah seorang dari kami mula membuka cerita tentang peristiwa seram yang berlaku di pejabat ini. Aku hanya mendengar cerita-cerita mereka tanpa menambah perisa. Sejujurnya, aku berasa sedikit takut setelah mendengar cerita dari mereka.

Setelah perut penuh diisi dengan makanan yang agak enak, kami kembali ke ruang kerja untuk menyiapkan tugas. Dan ketika itu juga, suara garau dari perutku mula kedengaran. Aku perlu ke tandas dan melepaskan apa yang patut. Aku menuju ke tandas yang terletak di tingkat 5. Ketika itu juga aku ternampak seorang wanita dalam lingkungan 40-an sedang terbongkok-bongkok membersihkan lantai.

Wanita itu memberitahuku bahawa dia baru saja memulakan pembersihan dan lantai tandas ini dibanjiri buih sabun. Dia juga mencadangkan tandas di tingkat 4 kerana dia sudah membersihkan tandas di aras itu. Aku mengangguk dan menuju ke aras lif. Cerita seram yang diceritakan semasa makan malam tadi mula terngiang-ngiang di telinga ku. Cerita tentang tandas tingkat 4. Katanya, seorang gadis berbangsa Cina telah membunuh dirinya di dalam tandas tersebut kerana gagal dalam percintaan.

........................

Kisahnya, gadis berbangsa Cina ini mempunyai seorang teman lelaki. Gadis ini sanggup melalukan apa sahaja demi jejaka yang dicintainya. Namun, mereka terlanjur dan menyebabkan gadis Cina ini mengandung. Beberapa pekerja dan rakannya menyuruh gadis ini berbincang dengan keluarganya dan memberitahu perkara yang benar. Namun, gadis ini terlalu takut dan menyembunyikan cerita ini dari keluarganya.

Gadis ini merayu pada jejaka tersebut namun dia tidak mahu bertanggungjawab dan cuba melarikan diri dengan mengatakan dia sibuk bekerja. Setelah mengetahui pekerjaan sebenar si lelaki, gadis berbangsa Cina itu begitu marah dan mengugut lelaki tersebut untuk membunuh diri. Selama mereka bercinta, si gadis tidak pernah tahu perkerjaan si lelaki yang sebenar. Lelaki itu merupakan salah seorang rakan sindiket pemerdagangan orang. (jual orang / perempuan untuk dijadikan sebagai pelacur.../ bapak ayam)

Gadis Cina yang bekerja di tingkat 4 ini membunuh diri di dalam tandas tersebut dengan menggugurkan kandungannya dan membuang janinnya di dalam mangkuk tandas. Keesokan harinya, rakan sekerjanya menjumpai mayat gadis itu di dalam tandas tersebut. Selepas kejadian tersebut, ramai pekerja yang sering terlihat kelibat gadis tersebut. Mereka juga akan terdengar suara seperti seseorang sedang muntah.


............................................................ 

wait for the next part!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now