24

1.1K 132 8
                                    

Pertengahan tahun dan kelas tambahan bermula. Kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 4 turut diadakan bagi persediaan ke tingkatan 5. Jadual kelas tambahan sudah diagihkan dan kelas tambahan bagi pelajar kelas ku diadakan pada waktu malam. Entah kenapa hanya kelas aku sahaja yang terpaksa ke jadual malam. Selalunya jadual malam hanyalah untuk tingkatan 5. Tapi, sebagai pelajar, aku terpaksa akur.

Aku bukannya tidak mahu mengikuti kelas tambahan, tapi aku lebih selesa jika kelas tambahan ini diadakan pada waktu petang bersama pelajar tingkatan 4 yang lain kerana aku boleh melihat dengan jelas wajah rakan - rakan ku. Jika waktu malam, aku agak sukar membezakan rakan ku dengan makhluk lain. Maklumlah, makhluk lain yang aku maksudkan ini boleh berubah bentuknya.

Malam pertama.
Aku usai solat isyak berjemaah di surau, pelajar tingkatan 4 dan 5 dibenarkan ke asrama masing - masing dan bersedia untuk ke kelas tambahan yang akan bermula pada pukul 9.30 malam sehingga 11.30 malam.

Aisha dan Lin bersiap lebih awal kerana mereka tidak solat (uzur). Kini tinggal aku dan Maz sahaja di dalam bilik memandangkan Aisha dan Lin sudah melangkah ke kelas. Kelas yang digunakan adalah kelas pelajar tingkatan 1 dan 2. Kelas mereka berada ditingkat paling bawah dan ini memudahkan para pelajar dan guru yang mengikuti kelas malam.

Aku sudah bersiap sedia untuk ke kelas tapi tiba - tiba perut Maz meragam pula. Kerana sahabat yang setia ini, aku dengan rela hati menemaninya ke tandas. Entah apalah yang dimakannya sehingga perutnya meragam. Langkah ku sederhana manakala Maz sudah jauh dihadapan. Tidak tahan agaknya. Aku melihat kelibat Maz menghilang di sebalik pintu tandas.

Aku menunggu di luar tandas sambil membelek - belek buku latihan kimia. Aku rasa, aku hanya menunggu beberapa minit dan kemudian Maz menepuk bahuku. Setelah melihat kelibatnya di hadapan ku, aku terus mengajaknya ke kelas memandangkan kami sudah lewat selama 10 minit.

Aku mempercepat langkah ku dan meninggalkan Maz di belakang. Bukan niat ku untuk berbuat begitu, tapi aku tidak mahu dimarahi oleh guru kimia yang terkenal dengan sifatnya yang garang itu. Aku terus berjalan dan ketika itu, aku berasa perjalanan ke kelas itu mengambil masa yang agak lama dan terasa jauh. Entah kenapa aku tidak sedap hati. Rasa gelisah menyelubungi diriku. Aku menoleh kebelakang, kiri, kanan, dan hadapan. Aku sendiri dan Maz tiada di situ.

Aku tercari - cari jalan menuju ke kelas dan ketika itulah aku terserempak dengan seorang mak cik tua bongkok. Muka tersembunyi dibalik kain yang menutupi kepalanya. Aku memberanikan diri untuk bertanya. Bagaimana dia dapat masuk ke dalam kawasan sekolah pada waktu malam? Setahu aku, orang asing tidak dibenarkan masuk jika tiada apa - apa urusan dengan pihak sekolah.

Dia memberitahu ku bahawa dia tinggal berdekatan sekolah dan selalu masuk ke kawasan ini untuk mencari cucunya. Aku bertambah hairan. Pelik betul mak cik ni. Dia memberitahu ku, jika aku ingin ke kelas dengan lebih cepat, ikut jalan yang berhampiran dataran perhimpunan. Aku hanya mengangguk dan berlalu. Aku tertanya - tanya. Bagaimana mak cik ni tahu jalan untuk ke kelas ku? Betul ke dia tu 'seorang' mak cik?

Aku tidak berfikir panjang. Aku mempercepat lagi langkah ku. Ketika melewati dataran perhimpunan, seperti biasa, askar - askar jepun sedang berbaris dan berkawad. Aku mula memperlahan langkah ku. Tidak mahu menggangu mereka dan aku tak nak mati. Aku mengatur langkah satu persatu dan saat itu, lutut ku berasa lemah. Air mata ku bergenang. Mana tidaknya, mak cik yang aku jumpa tadi ada di situ dan apa yang membuatkan jantung berdebar - debar, mak cik itu tidak menutup kepalanya dan dia tidak mempunyai wajah.

Wajahnya rata bagai dinding. Tiada mata. Tiada hidung. Dan tiada mulut. Jadi, bagaimana dia bercakap denganku tadi? Aku tidak bersuara dan terus berjalan. Aku menutup sedikit mata ku untuk mengaburkan pandangan agar aku tidak melihat mak cik yang tidak berwajah itu.

Aku terdengar nama ku di panggil. Dan ketika itu, aku bersyukur kerana aku melihat rakan sekelas ku bersama guru kimia sedang menunggu ku di hadapan kelas. Mereka ada bertanya kenapa aku lewat ke kelas. Mereka memberitahuku, mereka melihat aku berjalan ke dataran seorang diri dan dan mengelilingi dataran selepas aku bercakap seorang diri walhal tiada sesiapa pun yang bersama ku.

Seperti biasa, aku hanya berdiam diri. Aku tidak memberitahu apa yang berlaku dan cuba berlagak biasa. Aku tidak dapat fokus semasa belajar kerana fikiran ku terganggu apabila Maz bertanya, kemanakah aku menghilang? Aku tidak faham maksudnya. Selepas Maz menerangkan apa yang berlaku. Jantung ku bagai berhenti berdenyut seketika.

Maz menceritakan apa yang dia dengar ketika dia berada di dalam tandas dan aku menunggunya di luar. Baru sahaja Maz masuk ke dalam tandas beberapa minit, dia terdengar aku bercakap seorang diri dan mengajak 'seseorang' ke kelas. Usai Maz melepaskan hajatnya, dia tidak melihat kelibat ku dan terus berlari ke kelas. Sewaktu melalui dataran untuk ke kelas, dia ternampak aku berdiri ditengah tengah dataran. Maz berasa takut lalu terus menuju ke kelas dan memberitahu cikgu kimia dan rakan yang lain tentang lagak ku yang dilihatnya.

Anggapan ku salah lagi. Rupa rupanya 'Maz' yang keluar dari tandas dan berjalan ke kelas bersama ku tadi, bukanlah Maz yang sebenar. Inilah sebabnya aku tidak mahu ke kelas tambahan malam. Banyak makhluk yang menjelma dalam rupa rakanku.

Bermula malam itu, setiap kali aku menghadiri kelas tambahan malam, aku akan terserempak dengan mak cik yang tidak bermuka itu. Pada mulanya, aku takut. Tapi, aku sudah biasa dan kadang kadang, aku yang menegurnya. Kami bercakap antara satu sama lain walaupun aku tidak tahu bagaimana dia mengeluarkan suaranya.



• • • • • • • •

Itu je untuk part yg ni...
Part yg seterusnya dah tersdia... Cuma tak tahu bila nak up.
Takde masa nk up..
Soooo sorry...
Sy akn cuba untuk publish next part dgn segera.. Maybe

Please support me..
I need ur support...
Thanks 5K readers...
Korng boleh bg pndapat korng psl cerita ni..
Dan sy akn tetimanya dgn hti yg terbuka...
ヽ(^。^)ノ

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now